Accueil ::Communiquer en français ::Jouer avec la langue ::France/Malaisie


France/ Malaisie : hier

French version | English version

"KENANGAN PERANCIS DI MALAYSIA"  

"(…) Dan tiba-tiba, nun jauh, daratan menjelma… Di sinilah tanah di mana segala impian tercapai . Malaysia ! Negara zaman remajaku, tanahnya yang luas dan penuh misteri (…). Aku dilamuni perasaan “cinta pandang pertama” setiap kali aku melihatnya. Aku terpukau dengan kecantikannya dan aku membiarkan diriku dibuai mimpi yang indah (…)"

Henri Fauconnier, Kepulangan ke Malaysia, Nota, 1957.

 

Pengembara, pemilik dan peneroka ladang, jurutera, karyawan adalah antara ratusan rakyat Perancis yang telah jatuh cinta dengan Semenanjung Malaysia dan budaya serta penduduknya. Kadangkala dilupai, seringkali juga tidak dikenali, mereka hidup bersama-sama keghairahan sejarah dan arus perkembangan Tanah Melayu.

 

Ahli-ahli geografi telah menghasilkan lakaran peta rantau ini mulai kurun ke 17. Berikutnya pada akhir kurun ke 19, jurutera Perancis bernama Jacques de Morgan melukis peta pertama negeri Perak sedang beliau mencari timah. Hasil daripada lawatanya ke negeri ini dan pergaulanya dengan penduduk tempatan telah menjadikan beliau seorang ahli etnologi yang dikenali, terutama bagi kajiannnya mengenai Orang Asli.

 

Pada kurun ke 19 juga, para akademik dan mubaligh Perancis mula menunjukkan minat mengenai Bahasa Melayu dan bersama-sama mereka berjaya menghasilkan kamus Bahasa Melayu-Perancis pertama, selain daripada kerja-kerja sosial dan pendidikan.

 

Pada awal kurun ke 20, belia-belia Perancis yang pada mulanya datang sebagai pengembara kemudiannya menjadi pemilik ladang. Bermula dengan menanam pokok getah di kawasan persisiran pantai, para peladang ini sepertimana Henri Fauconnier mula menyedari akan keuntungan membuka ladang getah di lereng-lereng bukit. Beliau seterusnya memperkenalkan kelapa sawit mulai 1912. Tanah Melayu juga menjadi sumber inspirasi kepada Fauconnier dan berikutnya beliau menulis novel Malaisie yang memenangi Anugerah Goncourt, anugerah sastera Perancis yang tertinggi, pada tahun 1930. Pierre Boulle pula menulis Le Sacrilège Malais, Sumpahan Melayu, pada tahun 1952.

 

Tidak ketinggalan juga tradisi turun temurun pembinaan perahu Perancis yang masih diamalkan keturunan Melayu mereka di Terengganu ; cubaan menembusi Genting Kra oleh Léon Dru; Emile Brizay, akitek bangunan Pasar Seni dan dua pemilik ladang Perancis, Bung dan Grisar di mana singkatan kedua nama keluarga ini memberi nama kepada daerah Bangsar.

LADANG-LADANG GETAH.

Henri Fauconnier dan Franck Posth tiba di Singapura pada tahun 1905 dengan tujuan menjadi pengusaha ladang getah. Permintaan getah dunia naik secara mendadak sebaik sahaja syarikat tayar Michelin memperkenalkan tayar getah untuk kereta. Lantas mereka menyedari akan keuntungan yang akan dikecapi. Mereka bermastautin di Rantau Panjang, tidak jauh daripada Sungai Selangor. Ianya merupakan ladang getah pertama yang terletak jauh daripada kawasan tanah rendah dan berpaya. Henri Fauconnier juga mendirikan Maison des palmes, Rumah Kelapa, pada tahun 1906. Pada tahun 1909 pula, dengan bantuan pelaburan Inggeris, Fauconnier menubuhkan Société des Plantations Fauconnier & Posth atau SOCFIN bersama-sama Adrian Hallet, seorang rakyat Belgium. Kemudiannya pada tahun 1912, berikutan lawatannya ke Sumatra, timbul pula idea menanam kelapa sawit di Malaysia. Berikutan itu syarikat-syarikat Perancis yang lain seperti SAFIC-ALCAN mula melabur di Malaysia.

The House of the Palm Trees Henri Fauconnier. Hevea tapping, 1910 Packing up crepe rubber soles, 1920's "The French Planter"

 
SASTERA DAN SENI.

 

Pengusaha-pengusaha ladang yang bermastautin disini merupakan juga karyawan atau pelukis yang jatuh hati pada Malaysia, negeri yang menjadi sumber inspirasi kepada mereka.

 

Henri Fauconnier adalah rakyat Perancis pertama yang menulis mengenai Malaysia. Puisinya diterbitkan mulai tahun 1910 dan pada tahun 1930, novelnya berjudul Malaisie memenangi Anugerah Goncourt. Adik lelakinya Charles, juga seorang pengusaha ladang getah, menceburi bidang seni lukis. Beliau bertanggungjawab bagi illustrasi salah sebuah novel terbitan abangnya. Pierre Boulle pula terkenal dengan karyanya Le Pont de la rivière Kwai, Jambatan Sungai Kwai, Le Sacrilège Malais, Sumpahan Melayu, dan Aux Sources de la rivière Kwai, Di hulu Sungai Kwai.

Illustration by Charles Fauconnier, Visions, 1948 Illustration by Charles Fauconnier, Visions, 1948 Henri and his brother Charles, House of the Palm Trees, 1922

Illustration of Malaisie, Henri Fauconnier Illustration of Malaisie, Henri Fauconnier
 
SAINS TULEN, KEMANUSIAAN DAN SOSIAL.

Sedang syarikat-syarikat Perancis menjalankan aktiviti-aktiviti perlombongan bijih timah di Melaka dan Perak, Jacques de Morgan, seorang jurutera carigali mula meninjau secara aktif dan systematik, kawasan-kawasan perlombongan baru. Beliau dikenali dengan nama "Tuan Kuat" kerana sering mengembara tanpa beg mahupun bekalan dan mengalas perut dengan sekadar makan buah-buahan dan minum air kelapa muda. Apabila penat, beliau akan berhenti dari sebuah kampung ke sebuah kampung dan tidur di rumah seorang penduduk. Di Klian Lalang, Jacques de Morgan menemui kawasan kaya dengan timah dan dengan konsesi yang diterima, beliau menukarkannya untuk peta perkongsian air kerajaan negeri Perak yang kemudiannya diberi kepada Gabenor Inggeris. Pengembaraanya dan hasil pergaulannya dengan Orang Asli, membawa kepada penulisan berpuluh-puluh kajian etnografik.

 

Pada kurun ke 19 juga, Edouard Dulaurier dan Aristide Marre menkaji teks-teks lama sastera Melayu. Beberapa tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1936, George Codedès menerbitkan kajiannya mengenai Empayar Sri Vijaya. Hasil kajian tersebut membawa kepada penubuhan cawangan Ecole Française d’Extrême-Orient, Institut Perancis bagi Timur Jauh, di Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Arrival and weighing of tin Frenchmen working in tin mines, Kampar, 1930's


BAHASA MELAYU DAN PANTUN.


Pierre Favre (1812- 1887)

Sejak awal lagi, Bahasa Melayu dengan bunga bahasanya yang indah dan kepelbagaian bentuk puisinya terutama pantun, menarik perhatian pakar-pakar bahasa dan penulis Perancis. Mubaligh-mubaligh pertama yang tiba di Pulau Pinang berusaha menangi masalah untuk berhubung dengan penduduk tempatan. Dengan itu, paderi Perancis bernama Garnault, mengambil keputusan, bukan sahaja untuk mempelajari Bahasa Melayu, malah mengajarnya pada akhir kurun ke 18. Pada tahun 1875, Pierre Favre, professor di Ecoles des langues orientales, Institut Kajian bahasa-bahasa timur, menerbitkan kamus Perancis-Melayu yang pertama selepas berpuluh-puluh tahun bermastautin di sini.

 

Pada masa yang sama, pantun diperkenalkan di Perancis. Sasterawan Perancis yang terkenal, Victor Hugo menulis Les Orientales dan Charles Baudelaire pula Harmonie du soir. Walaupun ditulis dalam Bahasa Perancis, struktur puisi-puisi tersebut merupakan struktur pantun Melayu. Penulis-penulis lain seperti Leconte de Lisle, Théodore de Banville dan Paul Verlaine cuba meniru pantun yang disifatkan oleh Victor Hugo sebagai "keaslian yang sungguh unik".


PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN.

Pada awal tahun 1850an, mubaligh-mubaligh Perancis dari oder Dames de Saint-Maur dan Freres de la Salle tiba di Malaysia. Mereka menubuhkan sekolah-sekolah dan rumah-rumah kebajikan khususnya untuk mendidik anak-anak yatim. Sekolah pertama ditubuhkan pada tahun 1853 di Singapura, 1860 di Melaka, 1899 di Kuala Lumpur dan Taiping, Kota Bahru pada tahun 1903, Seremban pada tahun 1905, Ipoh pada tahun 1906, Johor pada tahun 1925 dan Cameron Highlands pada tahun 1935. Sesetengah sekolah dan rumah kebajikan masih wujud sehingga hari ini. 

Playground, Penang, 1930's Orphans, Penang, 1930's Gymnastic, Penang, 1930's Meal, Penang, 1930's

>> view slideshow <<

|    Contact Us    |   Terms of use    |    Privacy Policies    |   Acknowledgements   |