Kesedaran Diserap Melalui 'HARI KESELAMATAN DESA'

HKD27 Mac 2013 - 16 Mac 2013 tercatat sebagai Hari Keselamatan Desa yang julung kalinya diadakan oleh Desasiswa Aman Damai. Bertemakan “ KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN DESA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA" program tersebut dianjurkan oleh Exco Kebajikan, MPDAD di bawah naungan Ezan Natasha, selaku Pengarah Projek bertujuan memberi ruang kepada penghuni mengumpul maklumat, memberi pendapat dan bersoal jawab berkaitan dengan keselamatan mereka sepanjang menetap di Aman Damai khususnya. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Dianggarkan 120 penghuni telah hadir ke program ini. Setiap perincian persoalan diperjelaskan melalui sesi dialog dan ceramah daripada Pengarah Jabatan Keselamatan USM, Mejar Mohd Fadzil Ibrahim yang telah dijemput khas. Menurut Mejar, program seperti ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana desasiswa USM. Beliau berbangga dengan cetusan idea sebegini kerana dapat meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan diri masing-masing dan masyarakat. Justeru , masalah dapat dielakkan dan dihapuskan secara paling positif. Menurut beliau lagi, diharapkan semua pihak mengambil iktibar daripada setiap perkara yang berlaku dan agenda seperti ini terus dilakukan dari semasa ke semasa meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan. Turut hadir memberi informasi mengenai keselamatan ialah Penggawa Aman Damai sendiri, Encik Nazru Hj Ismail.