Pembantu Program Siswa Lestari (PPSL) Aman Damai Bersedia!

30 Ogos 2013 - Tinggal dua hari lagi Aman Damai akan menyambut kehadiran penghuni baru dari kalangan pelajar tahun 1 Sidang Akademik 2013/2014. Untuk itu seramai 20 orang PPSL Aman Damai telah merancang dan membuat pelbagai persiapan untuk melancarkan proses pendaftaran dan seterusnya membantu para pelajar baru di sepanjang program ini. Mereka adalah tunjang kepada kejayaan program ini samada di peringkat desa mahupun di induk. PPSL Aman Damai terbaik!