BULETIN AMAN DAMAI

EDISI KHAS PILIHAN RAYA KAMPUS

SIDANG  AKEDENIK 2007/2008

PILIHAN RAYA KAMPUS 2007/2008

             Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sidang 2006/2007 telah pun dibubarkan pada 24 September 2007. Kini tiba masanya barisan MPP yang baru dibentuk. Jadi untuk membentuk MPP yang baru, semua pelajar perlu mengundi dalam Pilihan Raya Kampus yang akan diadakan pada 2 Oktober 2007. Dalam pilihan raya kali ini, terdapat lima orang calon dari Desasiswa Aman Damai yang mewakili Konstituensi Umum dan juga Pusat Pengajian. Mereka ialah Mariati binti Bachok, Mohd. Amirul bin Mahamud, Engku Arif bin Engku Harun, Faizan bin Yusof dan Mastura binti Mansur. Diharap semua penghuni turun beramai-ramai ke kafe Damai bagi mengundi calon pilihan anda. Undilah dengan bijak dan pilihlah calon yang berwibawa dan berkelayakan bagi menerajui barisan MPP sidang 2007/2008.

ANTARA CALON DARI DESASISWA AMAN DAMAI YANG BERTANDING...

MARIATI BINTI BACHOK

 

                                       Mariati merupakan pelajar dari Pusat                                        Pengajian Ilmu Pendidikan tahun 2 dan                                        merupakan calon Konstituensi Umum.                                        Beliau menyertai SUKSIS dan me                                       megang jawatan sebagai Penghulu Kor                                        SUKSIS Skuad 2, dan NYDP Per                                       satuan Kor SUKSIS sidang 2007/2008.                                        Selain    itu, beliau juga merupakan                                        Pembantu Pelajar Minggu Suai kenal                                        (PPMS) 07/08, Exco MPD Aman Damai 07/08 dan penyelaras bola jarring ke-17 USM.

             Antara manifesto beliau ialah menjadi wakil bagi suara mahasiswa untuk dibawa kepada pihak Pentadbiran Universiti, memastikan harga barang dan makanan di setiap kafe kampus induk berpatutan dan menjalinkan hubungan yang lebih akrab antara pihak MPP dan pelajar melalui aktiviti yang bersesuaian. Selain itu, beliau juga akan berusaha untuk mengatasi masalah bas seperti menambahkan tempat menunggu bas agar keselesaan pelajar terjamin, mengutamakan perbincangan dengan mengambil kira pendapat dari mahasiswa/i dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar kurang upaya agar mereka tidak terasa tersisih.

 

MOHD. AMIRUL BIN MAHAMUD

 

                                       Mohd Amirul adalah pelajar                                        dari Pusat Pengajian Sains                                        Matematik tahun 2 dan mer                                       upakan calon Konstituensi                                        Pusat Pengajian Sains Mate                                       matik. Antara jawatan yang                                        disandang oleh beliau sepan                                       jang belajar di USM ialah                                        memegang jawatan sebagai                                        NYDP Persatuan Sains                                          Matematik 07/08, Math Nite & Math Quiz 06/07, Penasihat Math Convo 07/08, dan Mentor Rakan Siswa 06/07.

             Antara manifesto beliau adalah memperjuangkan kebajikan pelajar-pelajar Sains Matematik, memperbanyak aktiviti-aktiviti MPP dengan pelajar-pelajar Sains Matematik dan mengeratkan perpaduan antara pelajar-pelajar Sains Matematik. Perjuangan beliau pula ialah tidak mengira kaum dalam setiap perjuangan yang dilakukan. Inilah serba sedikit tantang Mohd. Amirul bin Mahamud…….

ASPIRASI AMAN DAMAI, ASPIRASI UNIVERSITI