BULETIN AMAN DAMAI

EDISI KHAS RAMADHAN, SEPTEMBER 2007

BIRO PUBLISITI & MULTIMEDIA

DESASISWA AMAN DAMAI, USM

 

Suara  NYDP

Assalamualaikum……

Salam sejahtera dan salam ukhwah…

                

                 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesihatan yang secukupnya untuk kita meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini. Sedar tidak sedar sekarang kita sudah berada di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan iaitu Bulan Ramadhan. Kita sedia maklum bahawa bulan inilah pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Jadi, kita sebagai seorang muslim haruslah berebut untuk mendapat rahmat dari-Nya. Dalam bulan ini jugalah ada satu malam yang sangat berkat iaitu malam Lailatul Qadar.

                

                 Kita harus ingat bahawa masa tidak pernah menanti kita sedangkan kitalah yang terkejar-kejar jika tidak pandai mengurus masa dengan sebaiknya. InsyaAllah kita mampu mendapat keputusan yang membanggakan dalam apa jua aktiviti yang kita sertai kerana kita berpegang pada slogan “TIADA YANG MUSTAIL”. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana mempercayai saya untuk menjawat jawatan Naib Yang Di Pertua  Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (NYDP MPDAD) bagi sidang 2007/2008. Saya akan berusaha sedaya upaya menyumbang khidmat supaya MPDAD akan terus gah diantara desasiswa yang lain. Saya percaya dengan bantuan dan sokongan barisan Majlis Tertinggi, exco-exco, pembantu exco serta seluruh penghuni Desasiswa Aman Damai akan memberi impak yang terbaik kepada semua. “Bekerja mencapai sasaran, bukan bekerja untuk kepuasan” merupakan prinsip saya dalam menjalankan tugas sebagai NYDP MPDAD.

                

                 Sebelum saya mengundur diri, saya berharap anda semua mengingati tujuan kita  ke sini  dan pada bulan yang mulia ini kita memohon kepada-NYA agar kita semua boleh mengharungi cabaran yang semakin mencabar  dan diberikan kesihatan yang baik. Selamat menjalani ibadah puasa, selamat menyambut hari raya dan selamat menghadapi peperiksaan yang bakal tiba…... 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penghuni Islam Desasiswa Aman Damai. Bertemu sekali lagi dalam buletin Aman Damai. Edisi kali ini adalah khas bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Selamat berpuasa kepada penghuni yang beragama Islam daripada pihak Pengurusan dan Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai khususnya daripada Biro Publisiti dan Multimedia. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diisi dengan aktiviti yang berfaedah selaras dengan kemuliannya.

 

        Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPDAD) telah menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah majlis berbuka puasa bersama Penggawa dan Penolong Penggawa serta Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai yang diadakan pada 29 September 2007.  Dalam bulan Ramadhan ini juga USM telah menganjurkan majlis tilawah Al-Quran yang telah berlangsung di Kampus Seri Ampangan, Nibong Tebal pada 22 dan 23 September 2007. Desasiswa Aman Damai tidak ketinggalan menghantar wakilnya untuk sama-sama bertanding. Selain itu,  MPD Aman Damai juga telah melancarkan radio Ramadhan di kafe Aman pada setiap petang bermula dari pukul 5.30 petang hingga pukul 7.00 malam.

 

             Dengan kehadiran Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan akhir yang jatuh dalam musim perayaan ini.Selamat berjaya kepada semua...TIADA YANG MUSTAHIL…..

Dari Meja PengarangText Box:

 

ASPIRASI AMAN DAMAI, ASPIRASI UNIVERSITI