Bakti Permai kembali meriah
Projek menaik taraf Bakti Permai sudah selesai nampaknya, horay..semua bekas penghuni yang dahulunya ditempatkan di desasiswa Fajar Harapan, Cahaya Gemilang, Aman Damai dan Saujana..ada yang sudah pulang ke desasiswa Bakti Permai. Nampaknya desasiswa Bakti kembali meriah dan laungan Cak A Cak A bergema di setiap sudut Bakti Permai. So kepada sesiapa yang berminat untuk memeriahkan lagi Bakti Permai, kemukakan permohonan anda kepada pejabat Bakti Permai ye..

Pelajar lelaki kembali ke bakti permai
Selesai sahaja projek menaik taraf Bakti Permai, kesemua pelajar lelaki yang menetap sementara di Fajar Harapan dan Cahaya Gemilang pulang menetap di Bakti Permai. Kini pelajar lelaki kembali untuk menggegarkan Bakti Permai. Kalau korang masih kurang percaya, datanglah berkunjung ke blok H12 Bakti Permai. Opss..pastikan..HANYA PELAJAR LELAKI DIBENARKAN MASUK..!! Dan kalau anda masih belum berpuas hati, datang melawat Bakti Permai pada waktu petang, penghuni lelaki Bakti selalu main sepak takraw..kalau kurang puas hati lagi la…

Sukad membuktikan keegoan Bakti!
Sukad kembali! Kepada semua warga Bakti Permai yang ingin menyumbangkan sesuatu kepada desasiswa tercinta, jangan lupa untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Marilah kita bersama-sama membuktikan bahawa Bakti Permai juga hebat! Ayuh buktikan keegoaan kita!

 

 







 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 











 

  ;  
s