;  
s

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat kami menyiapkan laman web Bakti Permai seperti yang dirancangkan. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi sepanjang menyiapkan laman web ini, namun kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak telah membantu kami.

Sekalung perhargaan saya tujukan kepada mentor kami, Muhammad Taufik bin Abdul Wahab yang banyak menyumbangkan tenaga, buah fikiran serta membantu kami menyiapkan laman web ini dengan jaya. Tidak juga dilupakan kepada ahli-ahli Portfolio Teknologi dan Teknikal Fizikal(TDTF) yang membantu dalam mencari maklumat serta mengumpul gambar untuk dimasukkan ke dalam laman web ini. Tanpa usaha kalian, saya pasti laman web ini tidak akan dapat disiapkan seperti yang dijadualkan. Kejayaan laman web ini merupakan kejayaan kita bersama.

Menerusi laman web ini, saya amat berharap penghuni Desasiswa Bakti Permai khususnya dan penghuni desasiswa lain di USM amnya mendapat informasi terkini mengenai Bakti Permai. Seiring dengan kemajuan teknologi, menerusi laman web ini, penghuni akan menjadi lebih peka mengenai aktiviti yang bakal dijalankan oleh desasiswa Bakti Permai selain mengetahui pencapaian serta maklumat-maklumat lain.

Akhir sekali, saya mewakili ahli-ahli TDTF menyusun sepuluh jari seandainya terdapat kesilapan serta kekurangan sepanjang saudara dan saudari melayari laman web Desasiswa Bakti Permai ini. Segala kesilapan dan kekurangan itu datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri. Insyaallah, pada masa hadapan, segala kesilapan dan kekurangan itu akan diperbaiki. Kami juga sudi menerima idea-idea dalam penambahbaikkan laman web ini demi keselesaaan kita bersama.

Selamat melayari lawan web Desasiswa Bakti Permai.

Sekian, terima kasih.
Muhammad Anas b Md Rejab