Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Illahi kerana laman web Bakti Permai dapat disiapkan dengan jayanya. Walaupun pelbagai halangan terpaksa dihadapi bagi menyiapkan laman web ini, namun atas kerjasama semua pihak, laman web ini dapat juga dilaksanakan.
Tujuan laman web ini diwujudkan adalah untuk memberi maklumat kepada semua penghuni dan juga warga Universiti Sains Malaysia mengenai perkembangan Desasiswa Bakti Permai. Dengan adanya laman web ini, diharapkan maklumat yang dibekalkan dapat menjadikan penghuni Bakti Permai lebih peka dan tahu akan tanggungjawab mereka.
Sekalung penghargaan buat Portfolio Teknologi dan Teknikal Fizikal yang berusaha membangunkan laman web ini. Laman web ini juga merupakan titik permulaan kepada penghuni desasiswa Bakti Permai ini untuk menonjolkan bakat kepimpinan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu teruskanlah usaha murni saudara/i semua untuk melaksanakan yang terbaik. Semoga usaha saudara/i ini dapat menjadi wadah terbaik untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan berketerampilan demi kebaikan dan kegemilangan Desasiswa Bakti Permai.
Sebagai Penggawa Desasiswa Bakti Permai, saya sentiasa sedia memberikan bantuan dari segi idea, dorongan dan sokongan yang diperlukan untuk saudara/i semua menimba pengalaman.. Semoga usaha saudara/i semua ini diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.
TUAN HAJI AHMAD MOGHNI B SALBANI
PENGGAWA DESASIWA BAKTI PERMAI, USM