Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya sebagai YDP MPDBP 08/09 ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baru serta selamat kembali kepada semua pelajar lama ke Universiti Sains Malaysia(USM).
MPDBP 08/09 dengan rasminya telah tertubuh pada bulan Ogos 2008. Saya selaku YDP mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjaga kebajikan semua penghuni Desasiswa Bakti Permai. Seperti yang kita sedia maklum, MPDBP 08/09 telah merancang pelbagai aktiviti yang menarik untuk sidang ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelajar tahun satu yang telah mengambil bahagian dan menjayakan Malam Variasiswa. Terima kasih juga diucapkan kepada tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus mendidik pelajar-pelajar tahun satu ini sehingga berjaya menjulang nama Bakti Permai dengan mendapat kedudukan sebagai Johan dalam Malam Variasiswa.
Untuk pengetahuan semua penghuni, desasiswa Bakti Permai akan menghantar dua pasukan bagi minggu Festival Kesenian Islam. Satu pasukan adalah untuk acara Tilawah Al-Quran dan satu lagi pasukan adalah untuk pertandingan nasyid. Aktiviti yang sedang dirancang pula adalah program ‘Masih Ada Yang Sayang Di Negeri Kedah’. Program ini dijangka bakal berlangsung pada pertengahan bulan September.
Akhir kata dari saya selaku YDP MPD Bakti Permai 08/09 mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh semua penghuni. Saya berharap agar semua penghuni dapat berganding bahu dan bekerjasama dalam menjayakan semua program yang akan dijalankan serta mengharumkan nama Bakti Permai dalam pertandingan yang akan disertai pada masa akan datang.
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN BAKTI PERMAI
MUHAMMAD AMIN BIN AZIZ
YANG DIPERTUA
MAJLIS PENGHUNI DESASISWA BAKTI PERMAI
SIDANG 2007-2008