Latihan Industri (KIE 360) merupakan suatu kursus opsyenal yang digalakkan diambil oleh pelajar dan ditawarkan kepada pelajar sains kimia yang mengikuti Program Sarjana Muda Sains dan Sarjana Muda Sains Gunaan. Kursus ini terbuka kepada pelajar yang telah menamatkan sekurang-kurangnya empat semester (Tahun 2) pengajiannya. Latihan Industri ini mengambil masa selama 8 minggu yang bermula pada awal bulan Julai hingga akhir bulan Ogos. Kursus ini tidak mempunyai sebarang unit kredit dan hanya keputusan lulus atau gagal akan diberikan. Pelajar yang lulus dalam kursus ini akan diberikan Sijil Tamat Latihan Industri dan keputusannya akan dicatatkan dalam transkrip akademik pelajar.
Semua pelajar yang ingin mengikuti latihan industri perlulah mendaftarkan diri dengan mengisi Borang LI-1 dan kembalikan borang tersebut ke pejabat PPS Kimia pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Terdapat dua kaedah yang diamalkan oleh PPS Kimia bagi mendapatkan tempat latihan industri.
Permohonan Diuruskan Oleh PPS Kimia.
- PPS Kimia melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Jaringan akan memabantu untuk mendapatkan tempat latihan industri dan senarai industri yang menawarkan tempat akan dimaklumkan kepada pelajar. (Borang LI-3)
- Pemilihan tempat akan diputuskan oleh Jawatankuasa Hubungan Industri (JHI) PPS Kimia. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang tinggal berdekatan dengan tempat tinggal pelajar semasa bercuti.
- Keputusan mereka yang berjaya untuk mengikuti latihan industri akan dimaklumkan kepada pelajar dan keputusan JHI adalah muktamad.
Prosedur terperinci permohonan oleh PPS Kimia ditunjukkan pada Carta I.
Pelajar Memohon Sendiri.
- Pelajar diberi kebebasan untuk memohon tempat latihan industri sendiri.
- Surat sokongan (Borang LI-2) dari PPS Kimia akan dibekalkan kepada pelajar dan pelajar perlu melampirkan surat sokongan ini semasa membuat permohonan.
- Pelajar yang berjaya mendapat tempat hanya perlu memaklumkan kepada PPS Kimia bersama salinan surat tawaran dari industri yang berkenaan.
- Prosedur terperinci permohonan oleh pelajar ditunjukkan pada Carta II Pada amnya bilangan tempat latihan industri yang diperolehi oleh PPS Kimia jauh lebih kecil berbanding dengan bilangan pelajar yang memohon tempat. Oleh itu amat diharapkan pelajar berusaha sendiri untuk mendapatkan tempat dengan sokongan PPS Kimia
School of Chemical Sciences
11800, Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia
+604 - 653 3888
+604 - 658 9666
gyyeap@usm.my