KIT 253 - PENGENALAN TERMODINAMIK   KEJURUTERAAN KIMIA

KATA PENGANTAR

Modul " Pengenalan Termodinamik Kejuruteraan Kimia", ini disusun khas untuk pelajar Kimia Industri yang mengambil kursus teras Termodinamik Kejuruteraan Kimia. Dengan bantuan modul ini pelajar dapat mengikuti kuliah dengan lebih baik dan dapat memahaminya dengan lebih mudah, yang sememangnya telah dianggap oleh kebanyakan pelajar sebagai satu kursus yang sukar.

Kandungan modul ini hanya sebagai asas mempelajari Termodinamik Kejuruteraan Kimia. Tajuk-tajuk yang dibincangkan telah diringkaskan, kandungan juga tidak meliputi seluruh silibus yang dipelajari oleh pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Kimia sebagai major.

Modul ini ditulis berdasarkan beberapa buah buku rujukan, antaranya ialah R. E. Sonntag dan G. J. Van Wylen "Introduction to Thermodynamic, Classical and Statistical, edisi ke-3, John Wiley (1991), J. R. Howell dan R. O. Buckius, Fundamentals of Engineering Thermodynamics, McGraw-Hill, (1987), dan G. Boxer, "Engineering Thermodynamics, Mcmillan, (1990).

Selamat maju jaya.
ISMAIL AB RAHMAN
PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG
JUN 2003

Kandungan

Bab 3(a) Hukum Termodinamik Pertama Bab 5(b) Kitaran Termodinamik
Bab 3(b) Hukum Termodinamik Pertama Bab 5(c) Kitaran Termodinamik
Bab 3(c) Tugasan Bab 5(d) Tugasan
Bab 4(a) Entropi & Hukum Kedua Bab 6(a) Hubungan Sifat-Sifat Termodinamik
Bab 4(b) Entropi & Hukum Kedua Bab 6(b) Tugasan
Bab 4(c) Tugasan Bab 7(a) Pembakaran Bahan Api
Bab 5(a) Kitaran Termodinamik Bab 7(b) Tugasan