

Welcome...
Campus Internet Radio (CInR) adalah usaha pelajar-pelajar Pusat Pengajian Komunikasi yang berminat dalam mengendalikan rancangan radio web kampus. Siaran akan berlangsung (online) setiap hari isnin - jumaat ( 9 pg - 5 ptg ) melalui laman web http://www.usm.my/comn/cinr.html
CInR akan menawarkan rancangan-rancangan radio yang innovatif dan kreatif untuk warga kampus USM seperti permintaan lagu, carta lagu popular, carta lagu nasyid, isu-isu terkini kampus, gaya hidup dan sembang-sembang siswa.
Tunggulah penampilan istimewa juruhebah-juruhebah, hos rancangan dan pembaca-pembaca berita berbakat yang pasti menawan hati pendengar.