Text Box:  KONSEP
Sekretariat pelaksana Ekspo Konvokesyen 2005 Dan Hari Terbuka Ke-34 Universiti Sains Malaysia (ConvEx ‘05) pada tahun ini dipimpin oleh pasukan sukarelawan pelajar dengan dibantu oleh badan Ko-Kurikulum dan beberapa persatuan pelajar yang berkonsepkan kerjasama antara semua pihak yang terlibat secara sukarela. Mereka menyertai keluarga sekretariat ini tanpa mengira platform dan pangkat dalam mana-mana pertubuhan pelajar dan mendapat sokongan penuh daripada pihak Universiti Sains Malaysia, khususnya Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) USM. Konsep gabungan pelajar ini adalah idea Yang Berbahagia Dato’ Profesor Madya Dr. Jamaludin Mohaiadin, Timbalan Naib Canselor (BHEPP) USM dan kali ketiga diwujudkan dalam sejarah Ekspo Konvokesyen dan Hari Terbuka Universiti Sains Malaysia, dan akan turut menjanjikan satu kelainan dari tahun-tahun yang sebelumnya. 
Tujuan reformasi konsep ini diadakan ialah bagi memberi peluang kepada setiap mahasiswa/i untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan kepimpinan yang telah ada supaya dapat menghasilkan mahasiswa/i yang serba boleh dalam sebarang situasi, selari dengan motto Universiti Sains Malaysia ‘Kami Memimpin’. Selain itu, semangat kerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk dan disemai antara mahasiswa/i tanpa mengira agama, bangsa, keturunan mahupun agenda. Dengan berpadunya tenaga dan perkongsian idea dapatlah kita merealisasikan satu matlamat, satu tujuan dan satu kejayaan iaitu menjayakan Ekspo Konvokesyen 2005 dan Hari Terbuka Ke-34 (ConvEx ‘05) dengan jayanya dan sama-sama menyemarakkan lagi ‘Semangat Kita Adalah USM Dan USM Adalah Kita’. 
 
 

Hakcipta Terpelihara GabanInc Artwork email