Text Box:  TEMA
“KREATIVITI, KUALITI DAN KEUNGGULAN”
Dalam menyusuri era modenisasi, generasi intelek diperlukan bagi merealisasikan visi dan matlamat negara. Oleh itu ungkapan ‘Kreativiti, Kualiti dan Keunggulan’ dijadikan tema Ekspo Konvokesyen 2005 dan Hari Terbuka Ke-34 USM (ConvEx ’05) pada tahun ini. ‘ConvEx’ merupakan satu pertubuhan pelajar yang terdiri daripada mahasiswa/i, bergabung memgembleng tenaga dan idea secara sukarela bagi menjayakan Ekspo Konvokesyen Dan Hari Terbuka Ke-34, Universiti Sains Malaysia.  ‘Kreativiti’ adalah suatu daya pemikiran dan cetusan ilham yang lebih inovatif bagi menghasilkan suatu perubahan yang terbaik dalam ekspo konvokesyen ini samada dalam aktiviti yang dianjurkan atau pengurusan keseluruhannya untuk menuju ke arah kebaikan bersama. ‘Kualiti’ dalam tema memberi maksud apa yang dibawakan atau dipersembahkan dalam ekspo konvokesyen pada kali ini adalah bermutu dan boleh diakui di mata masyarakat. Manakala ‘Keunggulan’ pula membawa maksud pencapaian kecemerlangan ekspo konvokesyen ini adalah berada di peringkat global. Secara keseluruhannya tema ini membawa maksud perubahan yang dilakukan dalam ekspo konvokesyen kali ini mementingkan kualiti untuk mencapai kejayaan dan menjadi sebutan ramai. Secara tidak langsung tema ini bertepatan dengan hasrat Universiti setahun selepas kelahirannya  yang  ke 35 tahun untuk melahirkan graduan yang cemerlang di mata dunia. Matlamat ini adalah selaras dengan perkembangan arus globalisasi sekaligus menjadi paksi dan landasan untuk mencapai impian bersama. Dengan itu warna tema yang dipilih pada tahun ini ialah Merah dan Hitam. Warna ini dipilih kerana ia mengambarkan semangat juang yang tinggi kepada semua pelaksana ConvEx’05. 
 
 

Hakcipta Terpelihara GabanInc Artwork email