Serumpun Ungkapan

Naib Canselor

 

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Alhamdulillah, kerana atas limpah perkenan Allah s.w.t, kita akan sekali lagi mengadakan upacara Konvokesyen ke-33 bersamaan dengan Sambutan Ulangtahun ke-35 USM. Ekspo Konvokesyen dan Hari terbuka (ConvEx’04) merupakan kesinambungan tradisi memeriahkan upacara tersebut dengan meraikan para graduan dan keluarga.

 

            Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur’04 kerana memilih tema ‘Convex Pemacu Ke Arah Keintelektualan’ pada tahun ini bagi menyemai kesedaran dan keyakinan untuk bersikap inovatif dan kreatif demi pembangunan masa depan negara. Masa depan Negara bergantung kepada graduan yang mempunyai daya intelek dan kekuatan menjana setiap kekuatan untuk membina generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

 

            Saya berharap ConvEx’04 dapat mempamerkan imej kecemerlangan mahasiswa dan siswazah yang selaras dengan tema tersebut. Ia harus menjadi satu showcase yang boleh dibanggakan yang bukan sekadar satu pesta keramaian biasa. ConvEx’04 seharusnya mampu mencetuskan rasa bangga terhadap mahasiswa dan kemahsiswaannya dan sekaligus membangunkan persepsi yang kita ingini di kalangan semua pihak.

 

Syabas dan selamat maju jaya.

 

Wassalam

 

 

[PROF DATO’ DZULKIFLI ABDUL RAZAK]