Ekspo Konvokesyen 2004 Dan Hari Terbuka Ke-33 Universiti Sains Malaysia (ConvEx ‘04) ini mempunyai beberapa objektif utama. Antaranya ialah:-
Menjadikan Ekspo Konvokesyen Dan Hari Terbuka Ke-33 (ConvEx ‘04) sebagai satu acara terulung dan kemuncak bagi meraikan para graduan dan keluarga masing-masing selepas tamat tempoh perjuangan dalam pendidikan di Universiti Sains Malaysia.
Menampilkan imej Universiti Sains Malaysia sebagai satu platform utama untuk menjana minda dan sahsiah yang berteraskan ilmu selaras dengan pembangunan negara.
Membuka peluang kepada mahasiswa/i untuk meluaskan skop pemikiran dan kekreatifan dalam mengaplikasikan apa jua yang dipelajari dan mencetuskan idea-idea baru melalui keterbukaan minda.
Meneruskan hasrat universiti dalam membentuk identiti ‘kampus sejahtera’ dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan budaya selari dengan tuntutan semasa.
Mewujudkan ruang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil, syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk mempamer dan mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka kepada seluruh masyarakat.