Assalamualaikum w.b.r.k.t
Dan salam sejahtera
Pertamanya, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya, maka dapatlah kita sama-sama menganjurkan Ekspo Konvokesyen 2004 dan Hari Terbuka USM Ke-33 (ConvEx’04).
Dalam kesempatan ini setinggi tahniah diucapkan kepada Sekretariat Pelaksana ConvEx’04 kerana dengan usaha yang gigih dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan ConvEx’04 kali ini. Tema kali ini “ConvEx Pemacu Ke Arah Keintelektualan” adalah sejajar dengan usaha universiti dalam menerapkan budaya keintelektualan dalam pelbagai aspek kerja yang dijalankan dan sebagai pemacu ke arah budaya kerja yang cemerlang. Dengan moto “No Excuse” menjadi peransang semangat budaya kerja yang penuh komited sungguhpun sebagai pelajar dalam masa yang sama perlu melaksanakan tugas utama iaitu akademik. Etika kerja yang membawa kepada nilai semangat setiakawan, kerjasama, menepati masa dan semangat berpasukan yang tinggi menjadikan segala cabaran yang dihadapi dengan tabah dan penuh komited bagi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Akhir kata, jutaan terima kasih juga kepada pihak pengurusan termasuk urusetia yang telah memberi kepercayaan kepada pihak sekretariat bagi menjayakan ConvEx’04 dengan jayanya.
Sekian, wassalam.
Encik Mohd Yusoff Haji Abdullah
Penolong Pendaftar, BHEPP
Selaku Penasihat
Ekspo Konvokesyen 2004 dan Hari Terbuka USM Ke-33