Assalamualaikum w.b.t

 

            Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya Ekspo Konvokesyen 2004 dan Hari Terbuka ke-33 dapat dianjurkan pada tahun ini.

 

            Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada pihak BHEPP kerana telah memberi kepercayaan kepada kami pihak Sekretariat Pelaksana ConvEx’04 untuk melaksanakan Ekspo Konvokesyen 2004 dan Hari Terbuka USM ke-33 ini. Tanpa adanya sokongan padu dan tunjuk ajar dari pihak Jawatankuasa Dasar, pastinya gerak kerja kami tidak dapat berjalan dengan lancar.

 

            Ucapan terima kasih ini juga tidak lupa kami ucapkan kepada para Sekretariat ConvEx’04 yang telah banyak mengorbankan banyak masa dan tenaga bagi memastikan Ekspo Konvokesyen 2004 dan Hari Terbuka USM ke-33 ini terlaksana dengan jayanya.

 

            Harapan saya agar ConvEx’04 pada tahun ini dapat memberikan pengalaman yang paling berharga kepada semua dan dapat melahirkan generasi pemimpin yang bijak pandai selaras dengan temanya “ConvEx Pemacu Ke Arah Keintelektualan”

 

 

 

Sekian, wassalam.

 

 

 

 

Arief Alimuddin,

Pengarah,

Ekspo Konvokesyen 2004 dan Hari Terbuka USM ke-33