“ConvEx Pemacu Ke Arah Keintelektualan”
Dalam menyusuri era modenisasi, generasi intelek diperlukan bagi merealisasikan visi dan matlamat negara. Oleh itu ungkapan “ConvEx Pemacu Ke Arah Keintelektualan” dijadikan tema Ekspo Konvokesyen 2004 dan Hari Terbuka Ke-33 USM (ConvEx ’04) pada tahun ini. ‘ConvEx’ merupakan satu pertubuhan pelajar yang terdiri daripada mahasiswa/i, bergabung memgembleng tenaga dan idea secara sukarela bagi menjayakan Ekspo Konvokesyen Dan Hari Terbuka Ke-33, Universiti Sains Malaysia. Manakala ‘Pemacu’ bermaksud pemangkin ke arah sesuatu. Seterusnya ‘Keintelektualan’ bermaksud bijak pandai. Oleh itu, “ConvEx Pemacu Ke Arah Keintelektualan” memberi maksud mahasiswa/i USM yang bergabung tanpa mengira bangsa dan agama merupakan pemangkin kepada kecemerlangan. Secara tidak langsung tema ini bertepatan dengan hasrat Universiti sempena kelahirannya yang ke 35 tahun untuk melahirkan graduan yang cemerlang. Matlamat ini adalah selaras dengan perkembangan arus globalisasi sekaligus menjadi paksi dan landasan untuk mencapai impian dan matlamat dalam menyahut cabaran wawasan 2020.