Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan pengharagaan di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan ini.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi Ekspo Konvokesyen atau ConvEx dan Hari Terbuka berjaya diadakan dan kali ini merupakan kali yang ke-33 bersempena dengan sambutan Universiti Sains Malaysia yang ke-35
Setiap kali ekspo diadakan, kita semua berharap agar ia dapat meningkatkan lagi mutu pelaksanaan dan pencapaiannya kerana ekspo seumpama ini sememangnya wajar dijadikan landasan kepada kalangan graduan, warga USM mahupun masyarakat umum untuk menyemai kesedaran dan keyakianan, selain dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam persediaan menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran bersesuaian dengan tema "ConvEx Pemacu Ke Arah Keintelektualan".
Saya amat berbangga dengan sekretariat ConvEx'04 atas komitmen yang ditunjukkan dan satinggi-tinggi syabas dan tahniah kerana berjaya merealisasikan ekspo ini. Semoga ConvEx'04 pada tahun ini akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk menaikkan nama dan imej pelajar USM ke arah keintelektualan.
Sekain, wassalam.
Y.Bhg Profesor Madya Dato' Dr.Jamaludin Mohaiadin,
Timbalan Naib Canselor,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Universiti Sains Malaysia