| |
|
PENERIMAAN SIJIL MS ISO
9001:2000
|
|
|
Pada 12 Februari 2004, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah
menerima Sijil MS ISO 9001:2000 Sistem Pengurusan Kualiti daripada
SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
PPIP menerima sijil itu berikutan kejayaan mencapai piawai antarabangsa
dalam Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Program Prasiswazah
dan Siswazah.
Sijil MS ISO 9001:2000 telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif,
Sirim QAS International Sdn Bhd kepada Naib Canselor USM, Prof Dato'
Dzulkifli Abdul Razak dalam satu majilis yang diadakan di Dewan
Persidangan Universiti baru-baru ini.
|
|
|
| Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia merupakan
salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam tempatan yang menawarkan
produk perkhidmatan melalui rancangan-rancangan pengajian peringkat
prasiswazah dan siswazah kepada bakal guru dan guru terlatih yang
sedang berkhidmat. Bagi mencapai misi organisasi, pusat pengajian
ini bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
utama melalui suatu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan bagi
memenuhi kepuasan pelanggan secara menyeluruh dan berterusan. Bagi
tujuan itu, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan bersetuju melaksanakan
pengurusan aktiviti-aktiviti utama berasaskan sistem pengurusan kualiti
MS ISO 9001: 2000 sejak 1 Jun 2003. |
|
|
| Misi utama Universiti Sains Malaysia ialah memimpin dan menginovasi
untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan
dan penyebaran ilmu dan kebenaran, pemupukan kualiti yang menekankan
kepada kecemerlangan akademik dan profesional, perkembangan individu
yang menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat,
aspirasi negara dan aspirasi universal. |
|
|
| Misi PPIP adalah memaju dan menyebarkan ilmu melalui inovasi pengajaran
dan penyelidikan untuk melahirkan ahli pendidikan yang profesional
dan cemerlang melalui program-program yang berkualiti dan bertaraf
dunia serta memberi sumbangan dengan penuh komitmen kepada masyarakat,
negara dan antara bangsa. |
|
|
| Kecemerlangan PPIP, Amanah Kita Bersama |