Carta Organisasi
 
PENERIMAAN SIJIL MS ISO 9001:2000

Pada 12 Februari 2004, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah menerima Sijil MS ISO 9001:2000 Sistem Pengurusan Kualiti daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

PPIP menerima sijil itu berikutan kejayaan mencapai piawai antarabangsa dalam Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Program Prasiswazah dan Siswazah.

Sijil MS ISO 9001:2000 telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif, Sirim QAS International Sdn Bhd kepada Naib Canselor USM, Prof Dato' Dzulkifli Abdul Razak dalam satu majilis yang diadakan di Dewan Persidangan Universiti baru-baru ini.

PENGENALAN
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam tempatan yang menawarkan produk perkhidmatan melalui rancangan-rancangan pengajian peringkat prasiswazah dan siswazah kepada bakal guru dan guru terlatih yang sedang berkhidmat. Bagi mencapai misi organisasi, pusat pengajian ini bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti utama melalui suatu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan bagi memenuhi kepuasan pelanggan secara menyeluruh dan berterusan. Bagi tujuan itu, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan bersetuju melaksanakan pengurusan aktiviti-aktiviti utama berasaskan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001: 2000 sejak 1 Jun 2003.
MISI USM
Misi utama Universiti Sains Malaysia ialah memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran, pemupukan kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan profesional, perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi universal.
MISI PPIP
Misi PPIP adalah memaju dan menyebarkan ilmu melalui inovasi pengajaran dan penyelidikan untuk melahirkan ahli pendidikan yang profesional dan cemerlang melalui program-program yang berkualiti dan bertaraf dunia serta memberi sumbangan dengan penuh komitmen kepada masyarakat, negara dan antara bangsa.
SLOGAN PPIP
Kecemerlangan PPIP, Amanah Kita Bersama
 
 
SKOP PENSIJILAN
Skop pensijilan MS ISO 9001:2000 khusus tertumpu kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran bagi rancangan pengajian prasiswazah dan siswazah yang dikendalikan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (tidak termasuk kursus-kursus yang diambil oleh pelajar pendidikan di pusat-pusat pengajian dan Institusi Pengajian Luar) bagi memenuhi keperluan pengijazahan.
DASAR KUALITI
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan komited dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi bagi memenuhi kepuasan pelanggan secara menyeluruh dan berterusan.
OBJEKTIF KUALITI

Dalam menyokong Dasar Kualiti yang telah ditetapkan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah membentuk Objektif Kualiti pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

  • Memastikan aktiviti pengajaran dilaksanakan mengikut Perancangan Pengajaran dan Buku Panduan Rancangan Pengajian
  • Memastikan Perancangan Pengajaran dilakukan penambahbaikan sekurang-kurangnya dua (2) tahun sekali.
  • Memastikan Rancangan Pengajian yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dinilai oleh Pemeriksa Luar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali.
  • Memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja.
Laman PPIP
Contact Webmaster: Lee Lay Wah