| Main | Faculty and Staff | Academic Programs | Research | Publication | Faculty News | USM Main Page |
© 2002 School of Educational Studies, USM. | All Rights Reserved. | Last update: 20/05/04 | Contact Webmaster (Lee Lay Wah) |
The Journal of Educators and Education is published annually by the School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. It aims to cater for the professional needs and interests of educators in Malaysia and other countries, and to promote the exchange of ideas and experience amongst them as well as their institutions. Such effort hopefully will enhance the standard of education in schools specifically and in Malaysia generally.
Issue: Vol. 17 2000/2001

Fantasies Of Truth And Change: Applying Qualitative Research To 'Improve' Education - John Schostak

Artikel ini memberi kesedaran kepada pembaca tiada siapa yang dapat menukar keadaan sosial, menolak paradikma yang sedia atau menentukan sesuatu revolusi yang akan datang kerana semua ini dikawal oleh sesuatu kuasa yang berpunca daripada mekanisma politik dan undang-undang global dan tempatan. Penguasa sering mengawal peruntuhkan sumber, mentafsir perlakuan adab dan menetapkan peraturan bagi mentadbir ganjaran dna kebenaran mengikut keperluan penguasa. Jelas di sisni penentuan perubahan sosial ditentukan melalui kebolehan kuasa pusat mangawal rakyat supaya patuh kepada perubahan sosial yang ditentukan oleh pemerintah. Penyelidikan gunaan tidak boleh terkecuali daripada hakikat ini kerana peruntuhkan kewangan untuk menjalankan penyelidikan ditentukan oleh pemerintah yang mengawal perjalanan peruntuhkan kewangan supaya sejajar dengan keperluan, kehendak dan potensi kreatif pemerentah. Kesannya tiada siapa yang mampu mencetus dan menukar keadaan sosial dalam keadaan sebegini. Kelangsungan begini harus diubah. Dialog perlu diadakan kerana sesuatu projek kreatif memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak. Melalui dia;og dua hala in dapat mempertemukan keperluan, kehendak dan peluang bagi menguntungkan masyarakat dan negara. Hasil penyelidikan dapat menyumbang ke arah pemupukan kasih sayang dan penyataan realiti keadaan kemasyarakatan dan peluang-peluang mengadakan pembaharuan bagi menjamin kelangsungan kesejahteraan rakyat.

Abstract :

School of Educational Studies
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden
Tel:04-6533888 ext 3231

Persembahan Animasi: Perspektif Penting Untuk ICT Multimedia - Fong Soon Fook, Ng Wai Kong & Wan Mohd. Fauzy Wan Ismail

This study examined the effects of animated graphics in a multimedia computer-based learning presentation on the procedural knowledge of a biology topic entitled Meiosis. A two-hour lesson was developed in three different modes, text with static graphics (TGS), text with animated graphics (TGA) and text with transitional-animated graphics (TGAB). A total of 250 form four students from three secondary schools were randomly assigned to one of the treatments. The independent variables were the general ability of the students. A 3 x 2 quasi-experimental factorial design was used. The t-test procedure was used to determine significant differences of mean gain scores among the three treatment groups (TGS, TGA and TGAB) and the Catell groups. Analyses of variance (ANOVA) and Stepwise Multiple Regression Analyses were alos conducted. Students presented with the TGAB mode performed significantly better than those in either the TGA or the TGS mode, while students with the TGA mode did not perform significantly better than students in the TGS mode. This study concluded that animated graphics were an important aid to learning as compared to static graphics, but only when presented in the transitional-animated graphics mode (TGAB mode). General ability was contributory towards the mean gain score. ANOVA confirmed the significant contribution of general ability and treatment modes towards the mean gain scores. Stepwise regression analyses showed contribution of general ability and treatment modes to be 15% and 12% towards mean gain score respectively.

Assessing Education At Multiple Levels Of The Education System - Halim Ahmad

Keefisienan sistem pendidikan menjadi tumpuan dalam perancangan pembangunan negara kerana pendidikan bertindak sebagai pemangkin pembangunan lestari. Tumpuan kepada keefisienan didorong oleh keperluan pembangunan pendidikan dan sumber tenaga manusia merupakan sektor yang memerlukan sumbangan kewangan kerajaan terbanyak. Keperluan sumbangan kerajaan yang besar ini akan menjadi sebagai kekangan kepada negara-negara sedang membangun kkerana berhadapan dengan dua keadaerana berhadapan dengan dua keadaan iaitu pertambah penduduk dan juga keperluan mendapat lebih ramai pekerja yang berkemahiran. Antara pendekatan yang dapat diamalkan apabila sesebuah negara menghadapi tekanan pertambahan permintaan social dan ekonomi untuk pendidikan ialah:nmendapat sumber kewangan tambahan atau sumber kewangan baru bagi tujuan tersebut. Membekal perkhidmatan pendidikan dengan kualiti yang lebih rendah atau mengurangkan akses pendidikan; dan meningkatkan keefisienan sistem pendidikan. Bagi negara membangun, aktiviti meningkatkan keefisienan bertujuan untuk mengawal kos dan bertindak sebagai organisasi Pusat dalam perancangan, membekalkan perkhidmatan dan menilai program pendidikan dan latihan menjadi amalan. Kertas kerja ini bertujuan untuk membina penunjuk bersifat kuantitatif bagi keberkesanan dan keefisienan pendidikan, dan menggunakan indikator pendidikan dibentuk daripada pembolehubah di bawah kawalan pentadbir atau perancang pendidikan. Penilaian indikator ini dapat menerangkan bagaimana sistem pendidikan itu berfungsi dan langkah yang akan diambil oleh perancang berusaha untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan.

Pengalaman Belajar - Mengajar Guru-Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia- Abdul Rashid Mohamed, Zurida Ismail

This study tried to take a peek at the experience of a group of USM student teachers undergoing their teaching practice. The researchers were omterested tp find out what went on in the absence of the USM supervisors. They were also interested to find out whether the preparation the students received were adequate or otherwise and were the students able to cope with the demands of real life teaching. The results of the study suggested that there were some conflicts between what was planned and what actually transpired.

Teacher's Influence On Adult's Images Of Mathematics - Lim Chap Sam

Kertas kerja membincangkan sebahagian daripada hasil dapatan satu kajian penyelidikan yang telah dijalankan untuk mengenalpasti punca-punca pembentukan imej matematik di kalangan orang dewasa. Analisis data kualitatif (sejumlah 62 temubual) telah mencadangkan bahawa guru matematik adalah fakta utama yan mempengaruhi imej matematik orang dewasa, terutamanya dari segi kegemaran matematik. Berasaskan kepada sorotan kajian yang berkaitan dan dapatan kajian ini, beberapa implikasi dan cadangan untuk pendidikan matematik telah dibincangkan dan dibentangkan.

Individual Differences In Commitment To Selected Culturaal Values Among University Students- Mohd Daud Hamzah

Penyelidikan ini meninjau pegangan pelajar-pelajar universiti berketurunan Melayu, Cina dan India terhadap nilai budaya; iaitu nilai-nilai 'kesejahteraan, progresif, liberal, yakin, pedantik, penyayang, kerajinan, pencapaian dan keruhanian'. Sampelnya terdiri dari 207 orang pelajar Melayu, Cina dan India dari jurusan Seni Halus, Kemanusiaan, Sains Tulen dan Kejuruteraan. Mereka diminta menjawab soalselidik tentang nilai di atas yang dibina oleh penyelidik. Data soalselidik dianalisis menerusi pengiraan ANOVA dan ujian-t. Keputusannya menunjukkan tidak terdapat perbeazzn di kalangan pelajar-pelajar tersebut dari segi pegangan kepada nilai kesejahteraan, progresif, liberal, pedantik dan kerajinan. Bagi nilai-nilai lain terdapat perbezaan ras. Pelajar-pelajar Melayu dan India mendapat skor yang serupa bagi nilai keyakinan dan kedua-keduanya lebih tinggi dari rakan Cina mereka. Pelajar-pelajar Melayu dan India juga mendapat skor yang serupa bagi nilai penyayang. Namun hanya skor pelajar-pelajar Melayu sahaja yang lebih tinggi dari pelajar-pelajar Cina. Dari segi nilai pencapaian pula, skor pelajar-pelajar Cina dan India didapati serupa dan kedua-keduanya lebih tinggi dari pelajar-pelajar Melayu. Akhirnya bagi nilai keruhanian, pelajar Melayu dan India mendapat skor yang serupa dan kedua-keduanya lebih tinggi dari pelajar-pelajar Cina. Kesimpulannya, penyelidikan ini menegaskan bahawa kerendahan dari sudut nilai penyayang dan keruhanian 'merabunkan' pandangan dalam mengharungi liku-liku hidup. Di sebaliknya kerendahan dari segi nilai keyakinan dan pencapaian boleh melemahkan keperkasan diri ketika mengharungi gelora kehidupan. Dari segi ini ditegaskan pemerolehan nilai di kalangan pelajar-pelajar India nampaknya agak seimbang; tetapi di sebaliknya pelajar-pelajar Melayu memerlukan peningkatan nilai pencapaian dan pelajar-pelajar Cina pula peningkatan nilai keyakinan.

Pandangan Sekolah Terhadap Latihan Perguruan Dan Prestasi Guru Lepasan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang - Tan Poh Kuen, Ivan D. Filmer Jr. & Asmah Mohammed

"The Views Of Schools On The Training And Performance Of Teachers Trained In The Malayan Teachers College"

The purpose of this study is to elicit the views of schools on the performance of college-trained teachers. The views of these teachers themselves were sought regarding the effectiveness of the college training in helping them to face challenges in carrying out their duties in schools. The schools were also asked to suggest ways in which the college can upgrade its training towards the concept of smart training. The samples of this study are made up of all teachers who were formerly trained in the Malayan Teachers' College and who have served between one to six years in schools. The respondents in this study are the headmasters, senior assistants, heads of departments and the selected trained teachers. This study involves 125 college-trained teachers from 82 schools. Four instruments for data collection were developed. The first instrument is a form to survey the number of these teachers serving in all schools in Penang. The second and third instruments are quite similar questionnaires to be answered by the schools and the teachers regarding the effectiveness of the college teacher training in preparing these teachers to serve in schools. The fourth instrument, also a questionnaire, is used to obtain suggestions from schools to upgrade teacher training towards the concept of smart training. The findings of this study indicate that the schools are generally satisfied with the performance and motivation of these teachers. The teachers themselves also agreed that their training has helped them tremendously in facing their responsibilities in schools. The schools suggested that additional training be given to student teachers and also trained teachers to upgrade their knowledge and skills in curriculum, co-curriculum and conputer usage. Other aspects suggested include the improvement of the college environment, the elevating of entry qualifications to college, the upgrading of expertise of lecturers as well as the moral values and attitudes of teacher trainees.

Cohesion And Consensus: The Prevalence Of Ethnic Harmony In A University Campus - Mansor Mohd Noor

Ada sesetengah perhubungan di antara manusia dipengaruhi oleh kedua-duanorma kesejagatan dan etnik, manakala dalam yang kes perhubungan lain, individu-individu berbeza-beza dalam meletak keutamaan yang mereka berikan secara relatif dengan orang lain, sesetengah perbezaan ini dicorak oleh etnisiti, gender, status, agama dan pembolehubah lain. Kajian yang telah dijalankan dalam tahun 1996, 1998 dan 1999 di kalangan pelajar-pelajar Melayu, Cina dan Indai dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di sebuah universiti di Pulau Pinang telah menunjukkan dalam beberapa keadaan sosial di mana dorongan kepentingan individu (berbentuk material dan status) dan ikatan sosial telah menjadi pengimbang kepada pilihan tingkahlaku etnik.

Pilihan tingkahlaku etnik sedia wujud, dan akan menjadi kuat semasa persaingan berbentuk politik dan ekonomi, tetapi pertumbuhan ekonomi semenjak tahun 1970an telah menghadkan peranan itu. Pelajar-pelajar Malaysia didapati tidak sedar betapa besar perubahan sosial yang sedang berlaku sekarang ini. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi dan perubahan teknologi yang sedang berlaku ini secara bersahaja dan tidak melihat kesan sosialnya.

Artikel ini cuba menengahkan yang penyebab kepada tingkahlaku etnik tidak terkira banyaknya. Ia menunjukkan identiti etnik bukan bersifat primodial yang diprogramkan dalam diri individu, tetapi sentiasa dibentuk melalui tindakan manusia apabila mereka memilih untuk menghubungkan diri mereka dengan yang lain, tanpa menggira cara mana yang dipilih, telah menggunakan gambaran sosial yang dikongsi bersama untuk mengkategorikan siapa boleh diterima atau sebaliknya. Fenomenon ini bukan sahaja menunjukkan yang beberapa ahli satu dari kumpulan sosial telah meningalkan kumpulan etnik mereka, atau ditarik dari pelbagai arah, tetapi setiap ahli dari kumpulan etnik lain juga sentiasa berinteraksi hingga membawa perubahan kepada kumpulan mereka sendiri. Kumpulan sentiasa berhubungan dengan kumpulan-kumpulan lain. Ikatan etnik juga berinteraksi dengan kebanyakan institusi sosial dalam masyarakat dan ini akan mempengaruhi mereka juga untuk berubah.

Artikel ini mempunyai bukti untuk merumuskan, sekurangnya di kawasan bandar, kekuatan tingkahlaku pilihan etnik sedang menipis. Rakyat Malaysia yanf terdiri dari pelbagai keturunan etnik patut memperakui perubahan realiti sosial ini dan yang mana kesedaran mereka itu pun tidak tepat. Perubahan sosial yang berlaku sekarang ini adalah lebih pantas daripada apa yang mereka sedari. Jika masa hadapan Malaysia mahu dijadikan lebih baik daripada apa yang ia telah buktikan dalam satu atau dua dasawarsa ini, maka penting untuk kita tidak menggalakkan perkara yang kontroversi dan sebaliknya memahami dengan tepat akan apakah faktor-faktor yang menentukan ikatan etnik itu.

Persepsi Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat Tentang Kurikulum Dan Pengajaran - Ismail Jusoh

This article elaborates the results of a case study on perceptions of religious school teachers on curriculum and teaching. The study was conducted based on the concepts introduced by Prof. Dr. Abdullah Nasih Ulwan (1988) who claimed that there were two schools of thoughts that influenced the school teachers perceptions. The first school of thought is that of contemporary writers and Islamic thinkers and writers adopt the second. Results from this study indicated that religious school teachers are more inclined towards the concepts hosted by contemporary writers.

Quantitative And Qualitative Research Methods: Some Strengths and Weaknesses - Siti Hawa Abdullah & Santhiram Raman

Rencana ini membincangkan kedua-dua kaedah penyelidikan iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Tumpuan perbincangan lebih kepada kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua kaedah dalam mencapat matlamat penyelidikan iaitu pengumpulan sebanyak mungkin data penyelidikan. Kaedah "triangulasi" yang merupakan gabungan kedua-dua kaedah penyelidikan di atas dan politik dalam penyelidikan pendidikan turut diberikan perhatian.