| Main | Faculty and Staff | Academic Programs | Research | Publication | Faculty News | USM Main Page |
© 2002 School of Educational Studies, USM. | All Rights Reserved. | Last update: 20/05/04 | Contact Webmaster (Lee Lay Wah) |
The Journal of Educators and Education is published annually by the School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. It aims to cater for the professional needs and interests of educators in Malaysia and other countries, and to promote the exchange of ideas and experience amongst them as well as their institutions. Such effort hopefully will enhance the standard of education in schools specifically and in Malaysia generally.
Issue: Vol. 17 2000/2001

The Moral Dimensions Of Teacher Student Interactions In Malaysian Secondary Schools - Thomas Barone

Kajian ini bertujuan melihat pandangan pelajar di sekolah menengah di Malaysia terhadap nilai yang diterima masyarakat. Satu soal selidik telah diedarkan kepada 400 orang remaja untuk mengukur tahap penerimaan pelajar terhadap nilai umum. Hasil kajian menunjukkan pelajar memang mengikut noma yang ditentukan masyarakat. Untuk meningkatkan pemahaman terhadap dimensi moral di sekolah, kaedah temubual juga dibuat dengan guru-guru dan pelajar. Hasil kajian keseluruhannya menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai pandangan bahawa undang-undang yang ketat di sekolah tidak membantu pihak sekolah dalam membentuk nilai-nilai moral yang hendak diketengahkan. Kajian juga menunjukkan bahawa nilai-nilai seperti hormat menghormati dan keadilan adalah penting di dalam membina hubungan antara pelajar dan guru di Malaysia. Oleh yang demikian penggubal dasar menitik beratkan peranan pelajar sebagai agen pembentuk nilai.

Abstract :

School of Educational Studies
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden
Tel:04-6533888 ext 3231

Nilai-Nilai Kemanusiaan Dalam Matematik Sekolah - Shaharir bin Mohamad Zain

Five mathematical characteristics currently listed do not possess any humanistic values. The reasons as to why there existed nonhumanistic approach are listed and discussed in this paper. The need for humanistic factors in mathematics is connected to the field of ethnomathematics and humanistic mathematics in the United States. In Malaysia there is effort to Islamize mathematics, creating new ethnomathematics and humanizing mathematics promoted by the author and of course the KBSM syllabus. This article will discuss the weaknesses of KBSM in incorporating values and ways to overcome the weaknesses. Five characteristics of humanistic mathematics that are more compatible to Malaysia will be discussed by giving examples of humanistic approach.

Effecting Children's Social Cognitions And Behavior Through An Intervention Program - Anna Christina Abdullah

Sungguh nyata bahawa tidak ramai yang menafikan pendidikan sosial harus dibekalkan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat memperoleh kemahiran dan tingkah laku sosial yang diingini. Namun, kebanyakan orang beranggapan bahawa kemahiran tersebut dipelajari secara semula jadi atau secara kebetulan sebagai akibat daripada proses kematangan dan perkembangan kanak-kanak. Peristiwa-peristiwa malang yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini dan juga kajian terkini menunjukkan kita tidak boleh lagi membuat andaian sedemikian. Sebaliknya perlu diadakan satu program terancang yang mensasarkan kemahiran sosial sama ada sebagai satu strategi peningkatan atau pencegahan. Kajian ini telah dijalankan untuk menilai keberkesanan satu program intervensi yang mempunyai objektif memperkembangkan atau meningkatkan kognisi sosial kanak-kanak prasekolah, khususnya kemahiran pemikiran penyelesaian alternatif dan pemikiran akibat, yang dijangkakan akan membawa kepada peningkatan tingkah laku prososial. Program intervensi ialah pengubahsuaian program yang telah diciptakan oleh Shure (1992) yang dipanggil "the Interpersonal Cognitive Problem Solving (ICPS) Program". Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi dengan sampel kanak-kanak prasekolah seramai 142 orang.

Using Peer-Review As Motivation Tool In A Writing Class- Norlida Ahmad

Kebanyakan maklum balas terhadap hasil kerja penulisan pelajar adalah dalam bentuk gred akhir yang diberikan guru. Pendekatan ini menyebabkan ramai pelajar tidak memahami kesalahan yang telah mereka lakukan dan mereka tidak dapat memperbaiki penulisan mereka. Sudah tiba masanya penulisan perlu dilihat sebagai alat komunikasi dan bukannya latihan di dalam kelas semata-mata. Kajian ini bertujuan melihat peranan maklum balas dari rakan sebaya terhadap tugasan penulisan pelajar pada setiap peringkat mengarang: merangka karang, membina deraf pertama. membaik pulih dan menulis deraf akhir. Pelajar diharap mendapat latihan yang secukupnya untuk menjadikan mereka penulis yang tidak hanya mengharap kepada guru untuk membuat pembetulan atas kesilapan yang mereka lakukan. Sekiranya pelajar menyedari kesilapan kereka sendiri dan berupaya memperbaikinya maka mereka akan lebih bermotivasi untuk menulis.

Peranan Guru Pembimbing Dalam Penyeliaan Latihan Mengajar- Abdul Rashid Mohamed & Zurida Haji Ismail

The involvement of schools in teacher education programs have been going on for years because the schools are seen as the most appropriate place to educate teachers. The school community has the teaching experience, background knowledge of the school, and understand the school atmosphere. In an environment such as this, the teachers are experts and qualified to guide, assist, and counsel the teacher trainees during the teaching practice. The school teachers can play the role of mentors in the process of moulding professional teachers. Past researches have shown that these teachers' participation in the practicum programs was very encouraging. As such their contribution have been increased and enhanced over the years. Nevertheless, there are still problems especially with regards to their role as mentors. Most teachers are keen to assist in guiding and advising but are reluctant to assess the trainees' performance. They believe that assessment is against their basic role of assisting the trainees. This paper will discuss the role the teachers can play through 'power sharing' and eventually 'empowerment' to implement the mentors' role via a more thorough process. The discussion in this paper is based on the experience gained from the School Based Teaching Practice Project, which was implemented during the previous teaching practice session, with emphasis on the role of the mentors as assessors in the teaching practice program

Orientations of School Mathematics In Malaysia - Parmjit Singh

Kertas ini membincangkan tentang perkembangan mata pelajaran matematik di sekolah dari segi pembelajaran, pengajaran adan kurikulumnya yang merupakan komponen-komponen utama dalam pendidikan matematik. Ketiga-ketiga ciri ini dibincangkan berasaskan objektif-objektif matematik seperti yang terkandung dalam huraian sukatan mata pelajaran sekolah menengah di Malaysia. Kurikulum matematik sekolah selama ini yang menekankan penghimpunan fakta dna pengetahuan tidak mampu untuk merangsang pemikiran pelajar. Ini adalah kerana sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan, akibatnya para guru serta pelajar "mengajar, belajar" untuk peperiksaan dan ini tidak memadai untuk merangsang pemikiran pelajar. Adakah pelajar-pelajar sekolah yang mendapat "A" dalam matematik di peperiksaan kebangsaan merupakan pelajar-pelajar yang berkemampuan berfikir serta menyelesaikan masalah-masalah 'non-routine' dalam matematik? Satu lagi persoalan yang dibincangkan dalam kertas ini adalah mengenai istilah konsep pemahaman (understanding) pelajar-pelajar dalam matematik yang kerap digunakan dalam kalangan para pendidik. Isu yang dibincangkan adalah mengenai jenis pemahamam yang dipraktikkan atau dititiberatkan di alam persekolahan matematik masa kini iaitu "instrumental understanding" dan "relational understanding". Kertas ini tidak menawarkan sesuatu yang baru ataupun suatu formula yang ajaib untuk mengatasi masalah-masalah yang dibentangkan di atas tetapi hanya sebagai suatu pentas untuk 'perturb' pemikiran para pendidik mengenai sistem pendidikan matematik di sekolah-sekolah di Malaysia.

Persekitaran Kerja Dan "Burnout" Di Kalangan Guru Pendidikan Jasmani Dan Sukan - Lim Khong Chiu

The aim of this study was to evaluate burnout level among physical educators and sports' teachers (PJS) and its relation to work environment in schools. The adapted questionnairres from Fejgin et. al (1995) and Pines and Aronson (1981) were administered to 82 respondents. The results of the study showed that the PJS teachers had low level of burnout A t-test analysis indicated that there was a significant difference in burnout level between the PJS teachers in primary and secondary schools. The result of the study also revealed that there were significant relationships between each score on the dimensions of work environment and the score on burnout among the PJS teachers. Thus, stepwise multiple regression analysis proved that bureaucratic and social dimensions were the significant contributors on burnout among PJS teachers. This study suggests an improvement of the work environment and the PJS teachers should play a wider role in the management and administration of the schools.

Mole: Furry Animal, In-House Spies Or Amount Of Substance? Vocabulary Problems In Teaching Science- Zurida Haji Ismail, Mohd Ali Samsuddin

Mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu serta enam rendah di sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Matlamat utama pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahas Ingerris ialah untuk membolehkan pelajar menguasainya sebagai bahasa ilmu dua bidang pengetahuan berkenaan sejak di peringkat awal. Namun pengajaran dan pembelajaran sains adalah suatu proses yang kompleks yang melibatkan penbinaan makna oleh dalam usaha mereka untuk memahami perkara yang diajar. Masalah dan kesukaran timbul bukan sahaja dari synbol yang digunakan bagi mewakili konsep. tetapi juga dari bahasa yang perlu dikuasai, terutama perkataan teknikal dan bukan teknikal. Artikel ini membincangkan dapatan daripada suatu tinjauan yang melibatkan 82 orang guru pelatih sains dengan tujuan untuk mengetahui sikap mereka terhadap mengajar sains dalam bahasa Inggeris dan kefahaman mereka tentang beberapa istilah bukan teknikal yang dikenalpasti menimbulkan masalah kepada pelajar sekolah menengah dari aspek maknanya dalam konteks sains (Johnstone, 1985). Dapatan menunjukkan kebanyakan daripada mereka berpendapat bahasa Inggeris adalah bahasa yang agak sukar dan lebih dari separuh berpendapat mereka akan menghadapi masalah bila mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Dapatan juga menunjukkan facility value (bilangan mereka yang memilih jawapan betul) bagi setiap perkataan adalah rendah dan ini menunjukkan mereka mempunyai kesukaran untuk memahami maksud istilah berkenaan dalam konteks sains.

Locus Of Control Among Secondary Schools' Counselors In Penang- Namir Hassan, Hairul Nizam & Shurouk Kadiem

Satu kajian mengenai lokas kawaln telah dilakukan keatas 32 orang kaunselor dari beberapa buah sekolah menengah di Pulau Pinang. Responden terdiri daripada 11 orang kaunselor lelaki dan 21 orang kaunselor perempuan yang mempunyai pengalaman kaunseling di sekolah yang berbeza. Kaunselor-kaunselor tersebut telah melengkapkan Skala Mlutidimensi Levenson yang mempunyai bahagian atau sub-skala Lokas kawalan jenis "Internal", "Powerful others", dan "Chance" (I, P, dan C). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis lokas kawalan di kalangan responden dan untuk mengetahui sama ada kaunselor sekolah yang berbeza jantina dan pengalaman kerja menjawab instrumen I, P, dan C lokas kawalan dengan berlainan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaunselor sekolah yang terlibat mempunyai lokas kawalan "internal". Tidak ada perbezaan yang signifikan di antara lelaki and perempuan dan di antara individu yang mempunyai pengalaman berkerja yang kurang dan yang lebih daripada lima tahun di dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka berdasarkan Skala I, P, dan C.

The Culture Of Teaching And Learning InSuccessful Sixth Form Physics Classroom - Ooi Hean Beng & Tan Sok Khim

Artikel ini cuba memberi penjelasan tentang kejayaan SMJK Berjaya dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Enam. Kajian iini meneliti pengalaman pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar daripada dua pekspektif. Ia juga membuat eksplorasi tentang ekspektasi pelajar dalam pembelajaran fizik dan peranan guru dalam pengajaran. Dengan menggunakan keadah etnografi, satu jadual telah dibina untuk memerhat aktiviti yang sedang berlaku di dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan paten pengajaran yang di penuhi dengan aktiviti 'kapur dan cakap' yang disulami dengan 'hentian' tetapi disusuli oleh tugasan yang berorientasi kandungan pelajaran, akhirnya memberi faedah kepada pelajar. Budaya kesungguhan dan usaha, bertanggungjawab dan berdikari adalah nilai-nilai yang ketara di kalangan guru dan pelajar yang disanjung oleh pentadbir sekolah. Secara keseluruhan, pelajar dan guru mempunyai sikap positif terhadap hasil akademik mereka. Ini merupakan petanda kepercayaan tentang kemampuan mereka sendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan budaya pengajaran dan pembelajaran di SMJK Berjaya memainkan peranan penting dalam membantu kejayaan akademik pelajar dalam peperiksaan STPM.

The Remoteness Of English - Sabariah Morad & Abdul Rashid Mohamed

Artikel ini adalah berdasarkan suatu kajian yang telah dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di sebuah pulau yang terpencil jauh arus pembangunan. Kajian ditumpukan kepada penguasaan bahasa Inggeris dan pendedahan terhadapnya. Ia merupakan satu satu kajian kes yang mempergunakan pendekatan kualitatif disebabkan penulis ingin maklumat dan pengetahuan yang mendalam tentang subjek dan fenomina yang sedang berlaku. Kajian ini membuka mata kita tentang apa yang sedang berlaku di sekolah-sekolah pendalaman. Kajian ini mungkin melibatkan hanya segelintir pelajar tetapi perpatah Melayu ada mengatakan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Ini mungkin sedikit tetapi banyak lagi bukit-bukau dan pulau yang melalui masalah yang sama dan kita perlu perihatin akan fenomina ini agar ia tidak menjadi masalah yang membukit.