Kaunseling Online Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia
| USM | PPIP | HOME |
 
TIPS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OR  
 
  KOD ETIKA
"Kaunseling on-line" PPIP yang ditawarkan kepada warga kampus USM tertakluk kepada Kod Etika yang diperkenalkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).
 
 

 

Dalam konteks ini, Bahagian B: Perhubungan Kaunseling dalam Kod Etika tersebut dijadikan asas panduan kepada kaunselor dan juga klien yang menerima khidmat "Kaunseling on-line" ini.

Bahagian ini merujuk kepada amalan, peraturan dan cara hubungan kaunseling individu dan kelompok yang sesuai mengikut agama dan adat.

 
 

1. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak-kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien. Ahli harus sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

2. Tanggungjawab utama ahli ialah menghormati integriti dan memelihara kebajikan klien sama ada yang dibantu secara individu atau kelompok

3. Ahli mestilah menyedari keperluan dan hak klien untuk memilih tajuk perundingan. Sekiranya pemilihan tidak dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perundingan berkenaan.

4. Perhubungan kaunseling serta maklumat yang didapati, mestilah dianggap rahsia, sesuai dengan tanggungjawab ahli sebagai seorang professional. Rekod perhubungan kaunseling termasuklah nota temuduga, data ujian, surat menyurat, rakaman-rakaman keset dan video dan lain-lain dokumen, hendaklah dianggap sebagai maklumat professional yang digunakan dalam proses kaunseling. Maklumat ini tidak boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rekod agensi atau institusi di mana ahli bekerja, melainkan dinyatakan oleh undang-undang negara.

5. Menggunakan data yang diambil dari perhubungan kaunseling bagi kegunaan latihan dan kajian, hendaklah terbatas kepada kandungan yang boleh menyembunyikan identiti klien. Ahli hendaklah sentiasa menjaga kerahsiaan identiti klien dengan sebaik-baik mungkin.


6. Sebelum memulakan sebarang perhubungan kaunseling, ahli hendaklah memberitahu klien akan matlamat, prosedur kerja dan limitasi yang ada serta apa yang diharapkan akan berlaku semasa proses kaunseling dijalankan. Semua cara yang dicuba bagi menolong klien hendaklah dinyatakan dengan terang kepada klien serta langkah-langkah keselamatan yang cermat hendaklah diambil oleh ahli.

7. Apabila keadaan klien, mengikut pertimbangan ahli, menunjukkan dengan terang bahawa diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, ahli hendaklah menggunakan kebijaksanaannya mengambil tindakan sendiri dengan adil, atau memaklumkan kepada pihak yang berkuasa. Perundingan dengan professional yang lain bolehlah dibuat jika difikirkan perlu.

8. Sekiranya seseorang individu telah membentuk perhubungan kaunseling dengan seorang professional yang lain, ahli tidak boleh mengadakan hubungan kaunseling dengannya tanpa memberitahu professional tadi atau memastikan bahawa perhubungan yang pertama telah ditamatkan.

9. Ahli-ahli boleh memilih untuk berunding dengan professional lain sebagai pakar perunding yang berkelayakan mengenai seseorang klien. Dalam usaha memilih pakar perunding ini, ahli hendaklah tidak menimbulkan apa-apa konflik atau mempengaruhi pakar perunding untuk menolong klien.

10. Jika ahli merasa tidak mampu untuk memberikan pertolongan yang professional kepada klien, ia haruslah jangan memulakan hubungan kaunseling atau menamatkannya secepat mungkin. Dalam keadaan tadi, ahli mestilah mencadangkan pilihan-pilihan lain yang sesuai. (Ahli haruslah mengetahui sumber-sumber rujukan supaya pilihan yang memuaskan boleh dibuat). Sekiranya terdapat keadaan di mana klien enggan menerima rujukan yang dicadangkan, ahli tidaklah bertanggungjawab untuk meneruskan hubungan itu.

11. Dalam keadaan di mana ahli mempunyai pertalian tertentu dengan mereka yang meminta perkhidmatan, seperti hubungan yang melibatkan pentadbiran dan berunsurkan penilaian, ia tidak boleh menjadi kaunselor malah ahli hendaklah merujukkan kepada professional lain, kecuali jika tidak ada pilihan lain yang boleh dibuat.

12. Hubungan tertentu seperti saudara mara , kawan baik atau hubungan emosi/selks dengan klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesioanl dan objektif. Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien dirujuk kepada professional lain yang layak.

13. Ahli hendaklah cuba memerhatikan sesuatu perhubungan kaunseling sekiranya jelas kepada ahli bahawa klien tidak mendapat apa-apa manfaat daripada perhubungan tersebut.

14. Dalam suasana hubungan kaunseling kelompok, ahli hendaklah bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang berjaga-jaga bagi melindungi individu daripada sebarang ganguan fizikal dan atau psikologi hasil daripada interaksi dalam kelompok.

15. Dalam menjalankan kaunseling kelompok, ahli atau kaunselor hendaklah membentuk norma-norma kerahsiaan mengenai apa yang telah dilahirkan oleh peserta-peserta dalam kelompok.

16. Ahli digalakkan menapis dan menimbang terlebih dahulu peserta-peserta kelompok terutama jika penekanan kelompok dibuat ke atas kefahaman diri yang boleh membawa kepada pendedahan kendiri. Ahli perlu sedar tentang perkembangan dan penglihatan peserta kelompok sepanjang hayat kelompok.

17. Jika sekiranya ahli terlibat dalam pengendalian kaunseling kelompok jangka pendek atau program latihan seperti kelompok maraton dan lain-lain, ahli bolehlah menentukan adanya bantuan professional semasa dan selepas kelompok itu diadakan.

18. Jika sekiranya ahli berada dalam suasan kerja yang mengkhendaki pengubahsuaian kenyataan di atas, ahli-ahli hendaklah bertanggungjawab untuk berunding dengan professional lain bila perlu untuk mempertimbangkan pilihan yang lebih sempurna.

 
     
     
© 2002 Pusat Pengajian Ilmu Pendidkan | Hakcipta Terpelihara | Kemaskini: 31/7/02 | Contact Webmaster

 

Kaunseling
Team Building
Kesediaan Peperiksaan
Kerjaya
Study Group
Komunikasi
Kepimpinan
Personaliti
Keremajaan
Pendidikan Dadah
Motivasi
Keibubapaan
Pengurusan Stress
Pengurusan Masa