| |
|
Pertukaran Laluan Keluar Kampus Bagi Kenderaan(Van/Lori) Yang Membawa Keluar Barang
|
|
|
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pintu Sungai Dua yang digunakan oleh van dan lori untuk membawa barang keluar dari kampus pada masa lepas akan dihentikan. Sebagai gantinya, semua van dan lori yang membawa barang keluar diarahkan menggunakan Pintu Stadium sebagai laluan keluar dan akan diperiksa di dalam padang kawad berkuatkuasa pada 8 Jun 2009(Isnin). Pertukaran atau perubahan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna kenderaan lain yang menggunakan Pintu Sungai Dua kerana jumlah trafik disini adalah tinggi berbanding dengan penggunaan Pintu Stadium. Selain daripada itu, ia juga untuk memberi ruang dan masa kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas di Pintu Sungai Dua untuk memeriksa kenderaan yang hendak keluar dengan lebih efisyen.
Dalam hal ini, pihak Keselamatan ingin memohon kerjasama daripada semua PTJ untuk memaklumkan kepada pemandu-pemandu van dan lori yang hendak membawa barang keluar dari PTJ masing-masing menggunakan Pintu Stadium.
Kerjasama daripada semua PTJ dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
|
|
|
|
(4/6/2009)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|