AMBILAN SALURAN ALTERNATIF
Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti APEX (Program
Pemacuan Untuk Kecemerlangan) yang pertama di Malaysia
mempelawa calon-calon daripada warga negara Malaysia yang
berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti program pengajian
Ijazah Sarjana Muda secara penuh masa bagi Sidang Akademik
2010/2011.
Calon-calon yang terpilih mengikut kategori tertentu layak
untuk dipertimbangkan potongan separuh daripada yuran
pengajian. Calon-calon mestilah memenuhi syarat am dan
syarat khas kemasukan bagi ambilan Saluran Alternatif
seperti yang terdapat dalam syarat kemasukan. Calon-calon
yang berminat bolehlah melayari laman web rasmi usm
http://www.usm.my/kemasukan untuk mendapatkan maklumat
lanjut. Calon-calon perlu mencetak Borang Permohonan
tersebut melalui laman web dan menghantar sebelum tarikh
tutup permohonan.Permohonan biasanya dipelawa bermula pada
Disember sehingga Januari setiap tahun.Borang permohonan
yang lengkap bersama-sama maklumat yang diperlukan dan yuran
proses sebanyak RM60.00 (dalam bentuk wang pos) hendaklah
dihantar ke alamat berikut:-
Pengambilan & Kemasukan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Aras 2, Jabatan Pendaftar
Canselori
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang.
Sebarang
pertanyaan sila hubungi :
En.
Nadzrull :
04-6532769
En.
Rohaizam : 04-6533141
Cik Salmi :
04-6532688
|