Dokumen:
DTMK-01-03-02
Dasar
Penggunaan Aturcara / Perisian / Lain-lain bahan berbentuk digital
2.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menyatakan
tanggungjawab dan peranan pengguna dan pihak USM didalam mengguna-pakai atur
cara / perisian / lain-lain bahan berbentuk digital (selepas ini disebut
perisian).
2.2 Skop Dasar
Melibatkan
semua perisian yang dimiliki atau diguna atau berada didalam simpanan pengguna,
bagi tujuan penggunaan hal-hal berkaitan universiti, tidak kira dimana perisian
itu berada.
2.3 Dasar Penggunaan
2.3.1 Hakmilik
Semua
perisian yang diperolehi untuk atau bagi pihak USM atau semua perisian yang
dibangunkan oleh staf atau pelajar USM untuk tujuan pengajaran, pembelajaran,
penyelidikan atau pentadbiran adalah menjadi hakmilik USM.
Bagi
perisian yang dibangunkan, maklumat tentang semua pengarang / pencipta mestilah
dikekalkan.
Semua perisian
hakmilik USM tidak dibenarkan dijual, disewa, dilesenkan semula, dipinjam,
disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa kebenaran USM.
2.3.2 Kelulusan Penggunaan
Semua
perisian yang diperolehi perlulah mendapat kelulusan daripada pihak pembekal
atau pembuat perisian dan di guna mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh
pihak pembekal atau pembuat. USM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
penyalahgunaan perisian, termasuk penggunaan tanpa lesen yang dilakukan oleh
pengguna.
2.3.3 Tanggungjawab pengguna
Setiap
pengguna secara peribadi bertanggungjawab untuk membaca, memahami dan mematuhi
peraturan penggunaan dan pelesenan bagi setiap perisian yang digunakan.