Dokumen:
DTMK-01-03-03
Dasar
Penggunaan Rangkaian dan Penyambungan
3.1 Tujuan Dasar
Dasar ini
menghuraikan penggunaan kemudahan Rangkaian USMNet dan garis panduan
penyambungan talian rangkaian.
3.2 Skop Dasar
3.2.1 Kemudahan Rangkaian USMNet
Merangkumi
semua sumber rangkaian, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) peralatan
rangkaian seperti hub, switches dan routers, perisian rangkaian
seperti e-mail, browsers, dan ftp, konsep konfigurasi rangkaian seperti
penggunaan Alamat IP, dan teknologi yang diguna seperti Teknologi Gigabit dan
Protokol TCP/IP.
3.2.2 Penyambungan talian
Penyambungan
adalah termasuk Rangkaian Setempat (LAN), Rangkaian Antara Kampus (MAN) dan
Rangkaian Luas (WAN).
3.3 Pentadbir Rangkaian
Pusat Komputer USM adalah Pentadbir
Rangkaian. Pentadbir Rangkaian bertanggungjawab mengawal-selia penggunaan dan
penyambungan Rangkaian USMNet dan semua sumber yang dihubungkan.
3.4 Dasar Penggunaan Rangkaian
Penggunaan Rangkaian adalah
tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:
i. Kemudahan rangkaian hanya boleh diguna untuk tujuan yang berkaitan dengan urusan USM. Kegunaan peribadi, terutama yang berunsur komersial tidak dibenarkan.
ii. Pengguna tidak boleh mengguna USMNet untuk aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang / peraturan-peraturan USM, negeri dan negara. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menghantar dan menerima maklumat yang berunsur subversif, menghantar dan menyebar maklumat yang rahsia / sulit mengenai USM tanpa kebenaran pihak pentadbir USM yang berkenaan.
iii. Pengguna tidak dibenarkan dalam apa bentuk sekali pun mengganggu pengguna USMNet, Internet dan sebarang rangkaian yang lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menghantar maklumat rambang secara mel-elektronik atau mesej 'on-line'.
iv. Pengguna tidak boleh memberi kemudahan yang ada padanya untuk diguna oleh orang lain walaupun kepada pelajar atau kakitangan USM.
v. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti di stesen kerja / komputer peribadi yang melibatkan / melalui USMNet termasuk akses ke Internet dan rangkaian-rangkaian yang lain.
vi. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan kata laluannya tidak diketahui oleh orang lain samada secara sengaja atau tidak, seperti menulis kata laluan pada kertas dan meletaknya di tempat terbuka.
vii. Penggunaan alamat IP dibawah domain USM sama ada setempat atau global adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh MTM, dan berada dibawah kawalan Pusat Komputer. Semua penggunaan perlu didaftarkan.
viii. Pengguna perlu mengikut peraturan penggunaan stesen kerja / komputer peribadi yang ditetapkan oleh Pusat Komputer atau Pusat Tanggungjawab yang berkenaan.
Pihak
Universiti berhak menarik balik kemudahan penggunaan Rangkaian USMNet jika
pengguna didapati melanggar mana-mana peraturan di atas.
3.5 Dasar
Penyambungan Talian
Sebarang
pemasangan talian rangkaian, sama ada hendak dihubungkan dengan USMNet atau
tidak, perlu dimaklumkan kepada Pusat Komputer.
Kelulusan
dari Pusat Komputer perlu diperolehi untuk pembelian peralatan rangkaian dan
penyambungan talian ke USMNet. Konfigurasi penyambungan hendaklah dibuat oleh
pembekal dibawah pengawasan dan kawalan staf Pusat Komputer.
Sebarang
penyambungan ke USMNet yang tidak mendapat kebenaran dari Pusat Komputer adalah
menyalahi peraturan dan Pusat Komputer berhak menarik balik penyambungan.
Tindakan susulan boleh diambil keatas pengguna atas nasihat MTM.
Penyambungan
Rangkaian Antara Kampus (MAN) dan Rangkaian Luas (WAN) tidak boleh dilakukan
oleh pengguna tanpa mendapat kelulusan dari MTM.
Borang permohonan pemasangan rangkaian tambahan adalah seperti di DTMK-01-03-LAMPIRAN (11.6).
3.6 Dasar
Pendawaian Bangunan Baru
Setiap bangunan baru yang akan dibina perlu merangkumkan semua pendawaian rangkaian yang ditentukan bersama oleh pengguna, Pusat Komputer dan Jabatan Pembangunan. Kos pendawaian rangkaian perlu diserapkan dalam kos peruntukan pembinaan bangunan.
3.7 Dasar
Pemberian Alamat IP
Atas sebab-sebab keselamatan dan kawalan mutu Rangkaian, pemberian alamat adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pusat Komputer dari semasa ke semasa.
Syarat-syarat pemberian alamat
adalah seperti berikut:
i Semua komputer pelayan rasmi yang perlu
dicapai dari luar USM boleh mempunyai
Alamat IP global;
ii. Semua komputer pelayan untuk kegunaan dalam USM hanya akan diberi Alamat IP dalaman;
iii.
Kakitangan Akademik boleh diberi Alamat IP global
dengan kebenaran dari Pusat Komputer;
iv. Kakitangan Bukan Akademik akan diberi Alamat IP dalaman, kecuali mereka yang dibenarkan mengguna Alamat IP global oleh Pusat Komputer.