Dokumen:
DTMK-01-03-04
4.1 Tujuan Garis Panduan
Garis
panduan ini menerangkan peraturan penggunaan makmal-makmal komputer di USM.
Peraturan yang digariskan adalah sebagai panduan umum untuk setiap pentadbir
makmal komputer di Pusat Pengajian / Jabatan.
Setiap
makmal boleh mempunyai garis panduan dan peraturan tambahan yang khusus untuk
pengguna masing-masing.
Pentadbir
makmal perlu memaklumkan kepada pengguna tentang garis panduan ini.
4.2 Skop Garis Panduan
Setiap
pengguna mesti mematuhi syarat dan peraturan penggunaan makmal yang ditetapkan
oleh pentadbir makmal masing-masing. Sebarang pelanggaran peraturan atau
penyalahgunaan adalah tertakluk kepada Dasar Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Elektronik.
4.3 Garis
Panduan Am Penggunaan Makmal
Peraturan-peraturan
berikut adalah peraturan am penggunaan makmal dan perlu di patuhi oleh
pengguna:
i. Pengguna
mesti membuat tempahan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pentadbir
makmal.
ii.
Didalam makmal, pengguna tidak boleh:
a. Makan dan minum
b. Menghisap rokok
c. Membuat bising
d. Mengganggu pengguna lain dengan apa cara sekalipun, termasuk menimbulkan rasa aib, marah dan tidak selesa.
e. Berkelakuan tidak senonoh dan mengaibkan.
iii.
Pengguna dilarang sama sekali:
a. Menukar kedudukan komputer dan peranti
b. Menukar konfigurasi komputer
c. Menambah atau membuang sebarang perisian
d. Membawa keluar sebarang peralatan dari
makmal
e. Mencuri peranti komputer
iv. Pengguna perlu mamatuhi sebarang arahan tambahan dari pegawai bertugas.
4.4 Garis Panduan Tempahan Makmal
Semua
penggunaan komputer didalam makmal (samada yang disambung ke USMNet atau tidak)
mesti direkodkan ke dalam buku log. Rekod tersebut seharusnya mempunyai
sekurang-kurangnya maklumat berikut:
i. Tarikh
ii. Nama
Pengguna
iii. Nombor
Matrik / Nombor Staf / No Kad Pengenalan
iv. Masa
mula penggunaan
v. Masa
tamat penggunaan
vi. Tandatangan
pengguna
Buku log
ini (samada berbentuk digital atau manual) perlu disimpan dengan baik
sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun bagi tujuan rujukan masa akan datang.
4.5 Pelanggaran Peraturan
Pengguna
yang melanggar mana-mana peraturan di atas boleh diambil tindakan tegas,
termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
i. Dilarang
masuk ke dalam makmal
ii. Kemudahan
USMNet (jika ada) akan di tarik balik
iii. Dihadapkan
ke Lembaga Disiplin