Dokumen: DTMK-01-03-06

 

Dasar Penggunaan Komputer / Pencetak / Pengimbas /Lain-lain Alatan

 

6.1        Tujuan Dasar

 

Dasar ini menyatakan tanggungjawab dan peranan pengguna dan pihak USM didalam mengguna pakai komputer / pencetak / pengimbas / lain-lain alatan (selepas ini disebut perkakasan).

 

 

6.2        Skop Dasar

 

Melibatkan semua perkakasan yang dimiliki atau diguna atau berada didalam simpanan pengguna, bagi tujuan penggunaan hal-hal berkaitan universiti, tidak kira dimana perkakasan itu berada.

 

 

6.3        Dasar Penggunaan

 

            6.3.1     Hakmilik

 

Semua perkakasan yang diperolehi untuk atau bagi pihak USM atau semua perkakasan yang dicipta / dipasang oleh staf atau pelajar USM untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan atau pentadbiran adalah menjadi hakmilik USM.

 

Bagi perkakasan yang dicipta / dipasang, maklumat tentang semua pencipta mestilah dikekalkan.

 

Perkakasan tersebut tidak dibenarkan dijual, disewa, dipaten, dipinjam, disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa kebenaran USM.

 

 

            6.3.2     Tanggungjawab Pengguna

 

Adalah menjadi tanggungjawab pengguna memastikan keselamatan perkakasan seperti komputer, pencetak atau pengimbas yang diperuntukkan kepadanya. Pengguna tidak boleh membiarkan perkakasan tersebut berada dikawasan yang terbuka dan boleh dicapai oleh orang lain.

 

Pengguna tidak berhak mengganggu dengan apa cara sekalipun perkakasan yang bukan berada dibawah kawalannya. Ini termasuk mengguna atau mengambil tanpa kebenaran, menceroboh dan mencuri perkakasan atau aksesorinya.

 

Sebarang penggunaan secara kongsian (sharing) adalah menjadi tanggungjawab bersama pengguna-pengguna terbabit. Sebarang kongsian perlu mempunyai syarat dan peraturan yang dipersetujui ahli (pengguna).

 

 

6.4        Dasar Pemberian komputer mikro (PC)

 

Pemberian komputer mikro (melalui Pusat Komputer) kepada kakitangan USM adalah seperti berikut:

 

                        i.          Kakitangan Akademik – layak mendapat satu unit PC setiap seorang. Kemudahan PC daripada sumber-sumber lain tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan;

ii.                   Kakitangan Pengurusan dan Profesional – layak mendapat satu unit PC untuk setiap seorang;

 

                                    iii.         Kakitangan kategori lain – layak diberi PC berdasarkan keperluan kerja yang ditentukan oleh ketua jabatan.            

 

Kakitangan perlu mengisi borang (DTMK-01-03-LAMPIRAN perkara 11.5) yang boleh diperolehi di Pusat Komputer bagi tujuan tersebut.