Dokumen: DTMK-01-03-07

 

Dasar Membangun Laman Web

 

7.1        Tujuan Dasar

 

Dasar ini bertujuan menyelaras dan mengawasi pembangunan laman-laman web yang dibangunkan oleh pengguna bersesuaian sepertimana yang dikehendaki oleh USM.

 

 

7.2        Skop Dasar

 

Melibatkan semua pembangunan laman web di USM, sama ada dibangunkan secara berpusat (oleh Pengurus Laman Web USM menggunakan pelayan web utama) atau secara berasingan (oleh Pusat Pengajian / Jabatan mengguna pelayan web jabatan).

 

 

7.3        Dasar Pembangunan

 

USM menggalakkan warga kampus membangunkan laman web, tetapi hanya laman web rasmi Jabatan / Pusat / Unit / Pusat Pengajian / Persatuan / Projek / Aktiviti  atau seumpamanya sahaja yang boleh dimuatkan dalam laman web rasmi USM.

 

Ketua jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan dan keselamatan laman web jabatan jika melibatkan penggunaan pelayan tersendiri. Pihak USM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan hakcipta yang dilakukan oleh jabatan.

 

Semua laman web jabatan mesti mempunyai hubungan (link) dengan laman utama USM. Pentadbir laman web USM dengan nasihat dari MTM berhak menukar / mengubahsuai kandungan laman web jabatan atas kepentingan USM. Pentadbir laman web juga berhak menentukan perisian aplikasi laman web, bagi tujuan pengoptimuman penggunaan dan keselamatan.

 

Sebarang laman web peribadi terutama yang berbentuk ilmiah adalah dibenarkan, tetapi perlu dimaklumkan kepada Pusat Komputer.

 

Kandungan laman web mesti dipersembahkan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau kedua-duanya sekali. Penggunaan bahasa lain perlu mendapat kelulusan dari MTM.

 

Kandungan laman web tidak boleh mengandungi maklumat yang menyalahi undang-undang / peraturan USM, negeri dan negara. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) maklumat yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh menimbulkan atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian.

 

Ketua jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan dan keselamatan laman web jabatan jika melibatkan penggunaan pelayan tersendiri. Pihak USM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan hakcipta yang dilakukan oleh jabatan.

 

Semua laman web jabatan mesti mempunyai ‘link’ dengan laman utama USM. Pentadbir laman web USM dengan nasihat dari MTM berhak menukar / mengubahsuai kandungan laman web jabatan atas kepentingan USM. Pentadbir laman web juga berhak menentukan perisian aplikasi laman web, bagi tujuan pengoptimuman penggunaan dan keselamatan.

 

Semua laman web jabatan yang dibangunkan sendiri perlu dimaklumkan kepada Pusat Komputer dengan mengisi borang (DTMK-01-03-LAMPIRAN perkara 11.2).