Dokumen: DTMK-01-03-08

 

Dasar Capaian Internet

 

8.1        Tujuan Dasar

 

Dasar bertujuan melahirkan pengguna Internet yang beretika, selaras dengan kedudukan USM sebagai sebuah institusi ilmu.

 

 

8.2        Skop Dasar

 

Dasar merangkumi semua penggunaan Internet, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) capaian laman web, pemindahan data atau maklumat dan perbincangan melalui list group atau chat room.

 

 

8.3         Laman Yang Boleh Dilayari

 

Laman-laman yang boleh dilayari, dilanggan dan diguna adalah berbentuk akademik dan pengetahuan. Laman yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh menimbulkan atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali mendapat keizinan dari Pusat Komputer melalui ketua jabatan bagi tujuan akademik atau pentadbiran.

 

Penggunaan laman-laman yang  berbentuk hiburan, hobi atau 'leisure' tidak digalakkan di waktu pejabat.

 

Melayari internet tanpa tujuan / meninggalkan penggunaan internet ‘unattended’ adalah amat tidak beretika dan tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan talian.

 

Pengguna tidak dibenarkan mengguna laman web untuk tujuan komersial, kecuali dengan kebenaran pihak Universiti.

 

Pentadbir Rangkaian dengan arahan / kebenaran MTM berhak menapis, menghalang dan menegah penggunaan mana-mana laman web yang dianggap tidak sesuai.

 

 

8.3        Penyalahgunaan Laman Web

 

Pengguna dilarang keras mengganggu atau menceroboh laman yang tidak dibenarkan oleh pentadbir laman.

 

Pengguna dilarang memasukkan / menyalin / menciplak / mencetak / menyebarkan maklumat-maklumat dari Internet yang menyalahi undang-undang negara.