Dokumen:
DTMK-01-03-09
Garis
Panduan Penggunaan Komputer Pelayan
9.1 Tujuan Garis Panduan
Garis panduan ini menerangkan peraturan dan perkara yang perlu dipatuhi untuk membangun dan mengoperasi komputer pelayan di USM.
9.2 Skop Garis Panduan
Pelayan
merangkumi semua sistem pelayan (perkakasan dan perisian) yang dibangunkan oleh
pengguna-pengguna yang dibenarkan. Ini termasuk pelayan-pelayan aplikasi,
pelayan-pelayan rangkaian dan pelayan-pelayan kegunaan setempat.
9.3 Garis Panduan Penggunaan
Setiap
jabatan atau pembangun pelayan perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:
i. Semua pelayan untuk kegunaan tempatan akan diberi alamat IP setempat. Alamat IP global boleh dipertimbangkan oleh Pusat Komputer (sebagai pengendali alamat IP di USM) atau pengendali alamat IP di jabatan masing-masing, untuk keperluan mencapai fail dari Internet melalui pelayan ini.
ii. Pelayan yang terlibat secara langsung dengan Internet seperti pelayan servis e-mel, laman web dan FTP akan diberi alamat IP global. Semua pelayan ini perlu didaftarkan dengan Pusat Komputer, berada didalam domain USM, dan perlu menyatakan dengan jelas fungsi pelayan tersebut.
iii. Staf Operasi perlu memastikan sendiri keselamatan pelayan dari pencerobohan luar. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada membuat pemeriksaan keatas proses tersembunyi (hidden processes), ‘daemons’, pengemaskinian perisian servis seprti e-mel dan laman web, dan pengenalpastian pengguna-pengguna. Jabatan juga boleh mengadakan ‘firewall’ khusus untuk tujuan ini.
iv. Pelayan yang melibatkan penyimpanan maklumat yang penting dan kritikal perlu mempunyai penduaan yang lengkap untuk mengelak kehilangan maklumat dan mengurangkan masa ‘downtime’.
v. Staf Operasi perlu mengenal pasti dengan jelas ruang lingkup pengguna dan penggunaan pelayan tersebut. Ini akan memberi capaian yang lebih terkawal.
vi. Pelayan yang terlibat dalam penyelidikan, dan menggunakan rangkaian secara intensif (high bandwidth usage), perlu ditempatkan dalam rangkaian persendirian yang dipisahkan dari USMNET melalui penggunaan ‘switch / router’ untuk mengelak gangguan kepada rangkaian utama. Sebarang ujian yang memerlukan penggunaan rangkaian USMNET secara terus perlu mendapat persetujuan dari Pusat Komputer.
vii. Semua pelayan untuk projek-projek pelajar perlu mendapat kelulusan penyelia / pensyarah / jabatan. Alamat IP setempat perlu digunakan untuk pelayan ini. IP global boleh diberi kepada projek yang memerlukan keadaan Internet, dan diperolehi dari pengendali alamat IP di pusat pengajian. Pelayan ini juga perlu mematuhi peraturan berikut:
a. Pelayan
perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
b. Pertukaran
alamat IP tidak dibenarkan sama sekali tanpa kebenaran pengendali alamat.
c. Login dan katalaluan untuk ‘root’ dan ‘super-user’ perlu diberi kepada pentadbir rangkaian / pelayan di pusat pengajian dan tidak boleh ditukar tanpa kebenaran pentadbir.
d. Pentadbir
rangkaian / pelayan di puat pengajian bertanggungjawab memastikan pelayan tidak
disalah guna.
9.4 Permohonan menyediakan komputer pelayan
Setiap komputer pelayan yang ingin dibangunkan perlu mendapat kelulusan Pusat Komputer dengan mengisi borang (DTMK-01-03-LAMPIRAN perkara 11.2).