Dokumen: DTMK-01-03-10

 

Dasar Penggunaan Lain-lain Sumber

 

10.1      Tujuan Dasar

 

Dasar ini menyatakan peraturan penggunaan beberapa sumber Teknologi Maklumat yang diguna oleh ramai pengguna walaupun sumber ini dianggap tidak atau kurang sesuai untuk kegunaan di waktu pejabat.

 

 

10.2      Skop  Dasar

 

Sumber tersenarai adalah antara contoh penggunaan aplikasi yang diguna pakai oleh ramai pengguna di USM, dan ia tidak terhad kepada sumber tersebut sahaja. MTM berhak menambah mana-mana sumber tambahan yang diputuskan perlu.

 

 

10.3      Permainan Komputer

 

Sebarang bentuk permainan komputer tidak dibenarkan pada waktu kerja. Permainan komputer juga tidak dibenarkan didalam semua makmal komputer.

 

            Semua permainan komputer melalui Internet tidak dibenarkan sama sekali.

 

 

10.4      Chatting

 

Internet Chatting tidak digalakkan. Sekiranya ada keperluan, kebenaran dari Pusat Komputer melalui ketua jabatan perlu diperolehi.

 

            Chatting secara setempat dibenarkan.

 

 

10.5      Capaian Multimedia melalui internet

 

Penggunaan multimedia melalui internet adalah tidak digalakkan pada waktu pejabat. Penggunaan boleh dipertimbangkan oleh MTM untuk tujuan akademik dan pentadbiran.

 

 

10.6      Lain-lain Sumber

 

Penggunaan selain dari perkara-perkara tersenarai diatas adalah atas pertimbangan dan budibicara MTM. USM berhak meminda atau mengubah peraturan penggunaan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kepentingan Universiti.