DOKUMEN: DTMK-01-04-01

 

 

Garis Panduan Capaian Teknologi Maklumat

Majlis Teknologi Maklumat USM

               

 

 

1.         Tujuan Garis Panduan

 

Garis panduan ini menerangkan polisi capaian atau akses kepada sumber-sumber Teknologi Maklumat (TM) yang terdapat di Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Semua akses kepada komputer-komputer, jaringan-jaringan dan infrastruktur sumber TM USM adalah tidak dibenarkan kecuali kebenaran/kelulusan untuk berbuat demikian diberikan dengan jelas dan nyata ('expressly given').

 

2.         Skop Garis Panduan

 

Akses kepada sumber TM ini, dalam bentuk akaun pengguna bagi sistem-sistem komputer multi-pengguna, akses kepada komputer peribadi dan poin/'port' jaringan serta alamat IP bagi penyambungan sesuatu komputer kepada jaringan USMNet bagi mereka yang layak) diberikan kepada pelajar, staf dan sesiapa yang berkenaan untuk tujuan pengajaran/pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran.

 

3.         Takrifan

 

Untuk tujuan ini,

 

-          Pelajar ditakrifkan sebagai seseorang yang mendaftar sesuatu program akademik (samada penuh atau separuh masa, pra-siswazah atau siswazah) di USM.

 

-          Staf ditakrifkan sebagai seseorang yang dilantik oleh USM untuk sesuatu jawatan samada secara tetap,sambilan,sementara atau kontrak.

 

Nota :

 

-          Permohonan untuk mengakses sumber TM USM oleh pihak yang bukan Pelajar, atau Staf USM (misalnya pelawat atau kontraktor) akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan individu tersebut.

 

-          Akses kepada sistem komputer USM bermaksud mendapat penggunaan komputer peribadi(secara individu bagi pengguna yang layak atau melalui perkongsian di makmal komputer/pejabat/bilik yang dikhaskan), ruang cakera atas sesuatu pelayan, servis e-mel, dan perisian-perisian serta aplikasi-aplikasi yang diselenggarakan oleh pihak USM.

 

4.         Syarat-Syarat Akses

 

Kemudahan akses adalah diberikan kepada seseorang pengguna secara individu dan pengguna tidak boleh memberi kemudahan tersebut kepada orang lain termasuk ahli keluarga pengguna itu sendiri, pelajar atau kakitangan USM. Ini termasuk berkongsi akaun pengguna dan katalaluan serta membenarkan komputer dan perisian digunakan oleh orang lain. Pengguna adalah bertanggung jawab keatas semua akses yang dibuat melalui akaun penggunanya.

 

Akses kepada sumber TM USM adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut, yang telah digubalkan untuk memastikan yang integriti dan sekuriti sumber-sumber tersebut terjaga dan juga 'privacy' serta perkongsian sumber yang saksama tercapai.

 

Pengguna yang mengakses sumber-sumber TM USM mestilah menghormati polisi penggunaan yang beretika ('acceptable use policy') dan menghormati hak intelek serta hak mengakses sumber-sumber yang sama oleh pengguna-pengguna yang lain.

Pengguna adalah tidak dibenarkan:

 

1.       menggunakan sumber TM USM untuk mendapat atau cuba mendapat akses 'unauthorised'(tidak sah) kepada mana-mana sistem komputer baik didalam atau diluar USM. Ini termasuk membantu, mendorong atau menyembunyikan percubaan untuk mengakses sistem-sistem komputer tersebut. Juga mengakses sumber TM USM dengan menggunakan identiti pengguna yang lain.

 

2.       menggunakan sumber TM USM untuk mengakses mana-mana perisian, fail teks, imej atau musik atau apa jenis fail sekali pun yang bersifat lucah, 'abusive', hasutan, 'slanderous', 'defamatory' atau yang melanggar ('violate') undang-undang negara ini; termasuk tetapi tidak terhad kepada mengakses dan menyebar musik/video terhakcipta (dalam bentuk fail mp3, ra, rm, ram, mpeg, dsbg.), perisian komputer serta teks dan imej yang terhakcipta, program-program komputer yang berbentuk pemusnah (seperti 'virus', 'worm', 'trojan' atau 'back-door').

 

3.       mengakses sumber TM USM untuk menghantar e-mel yang berbentuk 'spam' (penghantaran e-mel yang tidak diperlukan kepada ramai penerima), pengeboman mel (memenuhkan kotak mel seseorang pengguna dengan e-mel yang besar atau banyak), e-mel palsu (yang mana identiti penghantar dipalsukan atau disembunyikan), e-mel rantai (penghantaran e-mel yang mengandungi permintaan/desakan supaya e-mel tersebut disebarkan kepada lebih ramai penerima) dan e-mel yang berbentuk hasutan, lucah, gangguan seksual dan bersifat perkauman.

 

4.       mengakses atau cuba mengakses komunikasi elektronik (data, paparan, 'keystrokes', fail atau media storan) dalam apa bentuk yang dimiliki oleh pengguna yang lain tanpa mendapat kebenaran/kelulusan pengguna terbabit terlebih dahulu. Ini termasuk membaca, menyalin, menukar, merosak atau memadam data, program dan perisian. Penganalisis rangkaian ('network analyser') atau penghidu ('sniffer') adalah di haramkan.

 

5.       menyambungkan alat/peranti elektronik/komputer (termasuk tetapi tidak terhad kepada komputer 'desktop' atau 'laptop' dan 'hub' atau 'switch' peribadi serta modem) ke rangkaian USMNet dengan tujuan untuk mendapat akses kepada sumber-sumber TM USM tanpa mendapat kebenaran/kelulusan bertulis daripada pihak USM (Pusat Komputer). Kebenaran/kelulusan ini adalah bergantung kepada tahap piawai dan keselamatan untuk alat/peranti elektronik/komputer tersebut yang telah ditetapkan oleh pihak USM.

 

6.       mengakses sumber TM USM untuk tujuan komersial (melainkan kerja-kerja perundingan yang telah diberi kelulusan oleh pihak USM) atau untuk mendapat keuntungan peribadi. Ini termasuk iklan-iklan komersial pada laman web dan pemasangan perisian untuk mendapatkan wang semasa melayari Internet ('earn money while you surf') seperti AllAdvantage dan Spedia.

 

7.       seseorang pengguna yang mengakses suatu servis yang perlu dibayar (contohnya pangkalan data 'online' komersial), mestilah bertanggungjawab ke atas segala bayaran yang dikenakan.

 

Sebaliknya, pengguna-pengguna adalah digalak untuk menggunakan sumber TM USM dengan sebaik mungkin bagi memberi manfaatkan kepada misi dan matlamat USM dalam bidang pengajaran/pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran.

 

Akses kepada sumber TM USM dari luar kampus adalah tertakluk kepada syarat-syarat tambahan Pusat Komputer. Untuk akses yang berbentuk interaktif seperti 'telnet', pengguna digalakkan untuk menggunakan 'secure shell’ sebagai pengganti.