DOKUMEN: DTMK-01-04-03
1. Tujuan Dasar
Dasar ini menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh staf operasi yang melibatkan capaian data, maklumat, atau kegiatan
pengguna yang difikirkan rahsia atau sulit. Dokumen ini memberi gambaran
munasabah terhadap perkara-perkara yang disebutkan di atas di mana pengguna
perlu tahu.
2. Takrifan
-
Akaun pengguna merujuk kepada
ruang storan yang telah diperuntukkan kepada setiap pengguna yang sah dalam
sesuatu sistem atau sumber teknologi maklumat. Setiap pengguna dikenalpasti
melalui pengunaan identiti pengguna.
-
Maklumat rahsia atau sulit
dalam dokumen ini merujuk kepada segala bentuk data samada teks, grafik, audio,
animasi, dalam pelbagai format samada yang boleh dicerna seperti teks ataupun
dalam format binari yang terdapat dalam akaun pengguna. Maklumat ini juga boleh
dicapai semasa dalam medium transmisi seperti data e-mel dalam talian atau
dalam simpanan fail sementara.
-
Aktiviti atau kegiatan
sulit/rahsia pengguna merujuk kepada arahan-arahan yang dilarikan, atau
keystrokes yang ditaip, semasa pengguna berinteraksi dengan sumber teknologi
maklumat yang disediakan oleh USM.
3. Capaian Maklumat Sulit
Staf Operasi sesuatu sistem atau sumber teknologi
maklumat berkuasa untuk mencapai, merekod, atau memantau data, maklumat atau
kegiatan pengguna dari semasa ke semasa sebagai rutin pemantauan keselamatan
IT. Maklumat-maklumat yang direkodkan ini akan digunakan untuk tujuan penjagaan
keselamatan IT. Contohnya, pekakasan softwer dalam sistem pelayan UNIX seperti
last, syslogd, acctcom, pacct - merekodkan aktiviti pengguna untuk tujuan
pengauditan.
Jika pengguna disyaki melanggar dasar keselamatan IT
maka staf operasi mempunyai mandat tanpa mendapat kebenaran terdahulu dari
pihak pengurus, untuk memantau dengan lebih jitu kegiatan dan aktiviti pengguna
berkenaan. Segala maklumat yang direkodkan boleh digunakan sebagai bukti. Jika
didapati pelangaran dasar keselamatan tersebut serius seperti menggunakan
identiti pengguna lain untuk mencuri data atau merosakkan sumber teknologi maklumat, maka bukti-bukti
yang dikumpul akan dimajukan kepada jawatankuasa penguatkuasaan IT USM.
Sebagai langkah pemeliharaan bukti, staf operasi boleh
membuat salinan keras atau salinan digital kesemua atau sebahagian kandungan
akaun pengguna. Staf Operasi dengan kebenaran dari pihak pengurusan boleh
mencapai maklumat atau data sulit/rahsia pengguna seperti e-mel, atau fail-fail
yang tersimpan dalam akaunnya.
Walaubagaimanpun, pengguna diberi jaminan bahawa
selain dari perkara-perkara yang disebutkan diatas, data atau maklumat rahsia
yang terdapat dalam akaun pengguna tidak akan dicapai oleh sesiapa pun. Dan
jika individu atau pengguna lain mencapai data atau maklumat pengguna lain
tanpa kebenarannya, maka individu tersebut (pengguna biasa atau staf operasi)
telah melanggar dasar akses.
Adalah menjadi polisi USM menegah pengguna dari
menyimpan data-data atau maklumat sensitif atau sulit di dalam akaunnya.
4. Pemantauan Data dalam
Rangkaian
Sebagai sebahagian dari rutin penjagaan keselamatan
sumber teknologi maklumat, staf operasi berkuasa untuk memantau dan merekodkan
data-data yang berada dalam rangkaian. Peralatan rangkaian seperti router atau
sistem pelayan yang menggunakan perisian-perisian tertentu mampu merekodkan
data-data dalam rangkaian. Jaminan diberikan bahawa data-data yang direkodkan
tidak akan didedahkan melainkan jika berlaku kejadian pelanggaran polisi
keselamatan IT.
Sama seperti kes capaian maklumat di atas, jika
sekiranya staf operasi mengsyaki pengguna melanggar dasar keselamatan, maka
staf operasi mempunyai mandat (tanpa mendapat kebenaran dari pihak pengurus)
untuk memantau dan merekodkan data-data dalam talian yang melibatkan aktiviti
pengguna dengan lebih teliti lagi. Iaitu, data komunikasi sessi dari mesin yang
digunakan oleh pengguna yang disyaki akan direkodkan, dan setiap ‘keystroke’
juga akan direkodkan. Data-data ini kemudiannya akan digunakan sebagai bahan
bukti dan untuk proses pengauditan yang akan dilakukan nanti oleh jawatankuasa
tatatertib keselamatan nanti.
Jaminan adalah diberikan kepada pengguna bahawa selain
dari perkara-perkara yang dinyatakan diatas, adalah menjadi kesalahan jika
pengguna (staf operasi atau pengguna biasa), memantau atau merekodkan data-data
yang berada dalam rangkaian.