ETIKA PAKAIAN PELAJAR-PELAJAR
PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI
Berikut merupakan etika pakaian yang perlu dipatuhi oleh semua
pelajar Pusat Pengajian Sains Farmasi sewaktu kuliah, amali, klerksyip, eksternsyip dan berurusan dengan pensyarah serta berurusan di pejabat
am.
PELAJAR LELAKI
Pakaian yang dibenarkan
Kemeja lengan pendek/panjang, tali leher, seluar
‘slack’, bersepatu (kasut)
– bukan jenis yang dipakai semasa bersukan, kot makmal
(untuk amali dan klerksyip).
Pakaian yang tidak dibenarkan
Baju-T kolar/tanpa
kolar, seluar jeans, selipar, bersunting telinga atau di
mana-mana bahagian muka dan tubuh,
rambut berwarna ganjil (kuning, hijau, biru, ungu,
merah dsb.) dan rambut panjang
mencecah kolar.
PELAJAR WANITA
Pakaian yang dibenarkan
Kemeja lengan panjang/pendek dan tidak jarang,
‘blouse’ lengan panjang/pendek
(tidak menampakkan pusat, tidak ketat,
jarang dan mendedahkan tubuh), skirt yang melebihi paras lutut, seluar ‘slack’, baju kurung dan
kot makmal (untuk amali dan
klerksyip).
Pakaian yang tidak dibenarkan
Baju-T kolar/tanpa
kolar, seluar jeans, selipar, kasut sukan, rambut berwarna
ganjil (kuning, hijau, biru, ungu,
merah dsb.).
PELAJAR-PELAJAR
JUGA PERLU MEMATUHI PERKARA-PERKARA BERIKUT SEWAKTU MENGHADIRI KULIAH/AMALI.
1.
Semua pelajar tidak
dibenarkan ‘on’ telefon bimbit. ‘Off’kan telefon atau set dalam mod getaran.
1.
Semua pelajar tidak
dibenarkan keluar masuk dewan kuliah
secara sesuka hati semasa kuliah
sedang dijalankan.
2.
Semua pelajar harus
mematuhi waktu kuliah yang telah ditetapkan.
3.
Pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk melalui pintu
hadapan di mana pensyarah sedang memberikan kuliah.
4.
Tag nama harus
dipakai sepanjang masa termasuk ketika
berurusan di Pejabat Am pusat pengajian.
Semua
pelajar diarahkan mematuhi etika yang telah ditetapkan. Mana-mana pelajar yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib.