Banner Saujana

Keunikan Suatu Keistimewaan

24 Mei 2013, 3:12:32 AM

Sejarah
 

Desasiswa Saujana berada dalam kompleks Restu, Saujana, Tekun (RST) yang terletak berhadapan dengan pintu stadium Universiti Sains Malaysia. Kompleks ini mula dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2003. Pada 17 Jun 2004, seluruh kompleks ini mula dihuni dengan rasminya oleh pelajar-pelajar tahun satu USM. Kompleks ini dirasmikan pada 12 September 2004 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

 
Maklumat Am
 

Blok yang dikhaskan untuk Desasiswa Saujana ialah blok M03 (blok C) dan M04 (blok D). Setiap blok terdiri daripada 10 aras yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penghuni. Kedua-dua blok ini menempatkan pelajar perempuan.

 

Blok C mengandungi 468 bilik dan 117 tandas dimana setiap empat bilik disediakan satu tandas (dua tandas, dua bilik mandi dan tempat membasuh pakaian. Blok D pula mempunyai 464 bilik dan 116 tandas.

 

Setiap bilik terdapat dua buah katil seorang, dua almari pakaian, dua cermin, dua kerusi, kipas syiling, lampu dan meja belajar yang disertakan tempat komputer dan lampu belajar.Bilik-bilik ini juga turut dilengkapkan dengan penyapu, penyodok dan bakul sampah bagi memelihara kebersihan bilik.

 

Setiap blok dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, dua buah bilik bacaan dua buah bilik televisyen yang dilengkapi saluran ASTRO, bilik komputer, bilik rekreasi serta rumah-rumah penggawa dan penolong penggawa. Semua kemudahan ini terletak diaras B1 dan B2 setiap blok.

  Bayaran yang dikenakan untuk setiap penghuni bilik berdua ialah RM 534 bagi setiap semester.
 

Kafeteria yang menjual pelbagai jenis sajian makanan dan koperasi yang menjual pelbagai barangan keperluan pelajar berada di bangunan M07.

 
Logo
   
   

Warna merah adalah warna rasmi Desasiswa Saujana.

Merah melambangkan keyakinan, kecerdasan, kecergasan, kesungguhan, keberanian, dan kemampuan mencapai matlamat. Secara keseluruhannya, merah bermaksud semangat serta keberanian menghadapi cabaran dan dugaan dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa/i dengan berjaya dan cemerlang.

Gabungan huruf 'S' yang disusunkan membentuk satu bulatan menunjukkan semua penghuni di desasiswa dalam perpaduan jitu untuk mencapai matlamat, misi dan visi yang satu:

"Aspirasi untuk menjadi pemimpin yang intelektual, berkepimpinan, berketerampilan, berwawasan, pintar bermasyarakat, dan berkerohanian tinggi serta bertanda aras antarabangsa."

Bentuk bulatan seperti "fireball" @ sinaran matahari menunjukkan semangat juang yang membara oleh penghuni-penghuni untuk mencapai aspirasi seterusnya mencapai kegemilangan dan menjadi yang terbilang.

Nama desasiswa berpelantarkan huruf 'S' bermaksud desasiswa sebagai satu asas kukuh dan mantap yang disediakan untuk semua penghuni dari segi prasarana dan pelbagai kemudahan yang lengkap, persekitaran yang kondusif dan sejahtera.

Warna biru pada nama desasiswa melambangkan harmoni, kedamaian dan ketenangan. Secara amnya, biru bermaksud perpaduan dan kedamaian di antara semua penghuni, tidak mengira perbezaan bangsa, etnik mahupun agama. Ia juga melambangkan perpaduan dan keamanan penghuni bersama-sama masyarakat di dalam serta di luar kampus.

 

Hakcipta © 2009 Desasiswa Saujana, Universiti Sains Malaysia.