Banner Saujana

Keunikan Suatu Keistimewaan

2 September 2014, 5:00:30 AM

 

Kem Kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Saujana Sidang 2007/2008

 

Pada 8-9 September 2007 yang lalu telah diadakan kem kepimpinan bertempat di Desasiswa Saujana. Kem ini melibatkan Exco-exco Majlis Penghuni Desasiswa Saujana sidang 2007/2008 berserta mantan Majlis Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Saujana sidang 2006/2007 yang bertindak sebagai fasilitator.Kem ini brtujuan untuk meningkatkan keyakinan serta memimpin pelajar dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik .Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya 'Ceramah Pengurusan Stress','Ceramah Protokol',LDK dan mendaki Bukit Jambul. Setiap exco telah diberikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan telah diarahkan untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sidang 2007/2008. Setiap aktiviti yang dirangka itu telah dinilai pada hari terakhir kem berlangsung.Semoga kem ini dapat menyedarkan MPDS tentang kesedaran menguruskan sesuatu perancangan dengan cekap di samping menjayakan strategi yang telah dibincangkan dinilai keberkesanannya

Arkib
 

Hakcipta 2009 Desasiswa Saujana, Universiti Sains Malaysia.