Banner Saujana

Keunikan Suatu Keistimewaan

22 Ogos 2014, 5:50:19 PM

 

projek lawatan akademik ke Jepun

 

Pada 22 hingga 29 November 2008 lalu, majlis penghuni desasiswa (MPD) saujana telah mengadakan projek lawatan akademik ke jepun. Seramai 22 orang pelajar dan 4 orang pengiring telah mengikuti projek ini. Pengarah projek lawatan akademik ke Jepun ini ialah Jamilahtul Hayati bt Ahmad Nadzeri. Kami bertolak dari penang ke Bangkok dan ke Nagoya, jepun menggunakan Thai Airways. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertukaran budaya, cara hidup, sistem pembelajaran , dan persekitaran alam sekitar bersama pelajar daripada nanzhan universiti dan aichi shikotoku universiti. Kami juga melawat tempat “Environment learning centre” di Nagoya iaitu tempat untuk mendidik orang jepun tentang kepentingan menjaga alam sekitar mengikut peringkat umur. Kami juga ke Obara Mura iaitu perkampungan Obara. Di sini kami belajar pembuatan kertas. Kami juga melawat tempat- tempat bersejarah di Kyoto seperti kiyomizudera, kinkakuji, dan Nagoya castle. Kami juga telah memperkenalkan budaya Malaysia dan telah mengadakan Malaysian Night di mana kami telah mengadakan pertunjukan seperti tarian zapin tarian joget, tarian Malaysia True the Asia dan dikir barat. Kami juga telah mengadakan Homestay untuk mengenali budaya dan cara hidup orang Jepun. Akan tetapi, kami telah digegarkan dengan satu berita iaitu rusuhan di Bangkok an menyebabkan kami tidak dapat pulang ke Malaysia. Akan tetapi, pihak Thai Airways telah mengaturkan penerbangan alternative untuk kami pulang dengan selamat. Kami telah menaiki penerbangan dari Nagoya, Jepun ke Tokyo ke singapura dan akhir sekali ke Penang. Seramai 26 orang peserta selamat sampai ke Universiti Sains Malaysia. Terdapat banyak perkara yang kami pelajari semasa lawatan ini. diharap projek antarabangsa ini akan dijalankan lagi untuk MPD saujana

Arkib
 

Hakcipta © 2009 Desasiswa Saujana, Universiti Sains Malaysia.