|
Festival saujana 2012 merupakan karnival tahunan dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Saujana(MPDS) 2011/2012.Festival kali ini diadakan di tapak berbeza dari Karnival Saujana yang lepas.Dengan memilih tapak yang strategik,Dataran Pelajar,Dataran Bintang,Dewan Budaya dipilih sebagai tapak Festival Saujana 2012.Berkampung selama 3hari bermula 13 hingga 15 Mac 2012 dan banyak aktiviti yang menarik disediakan seperti pertandingan video pendek ,soduku,cubic rubic,guess it dengan menewarkan hadiah yang menarik sepanjang festival berlangsung.Hasil gabungan 3 Karnival iaitu Karnival Wanita,Expo Halal dan Expo Ict maka terbentuk satu festival iaitu Festival Saujana 2012.Festival ini juga,merupakan gabungan dari 3 portfolio iaitu portfolio Keusahawanan,Portfolio Pembangunan insan dan Kelestarian dan Portfolio ICT dan media Saujana.Dengan sasaran pengunjung seramai 10 ribu orang,Festival Saujana 2012 ini berjaya mencapai targetnya.Disamping itu, pemeriksaan kesihatan dari Pusat Sejahtera dan pameran AADK turut memeriahkan tapak pameran pada hari tersebut.Festival ini bertambah meriah dengan kehadiran jemputan khas Imam Muda Asyraf pada hari penutupan.Sepanjang festival ini,kami turut menjemput ustaz Idrus dan Pn Kartina untuk memberi ceramah pada hari ke-2 festival. :) Semoga festival tahunan anjuran MPDS ini dapat diwarisi pada masa hadapan.
|