ABSTRAK Topik hendaklah menyentuh subtema seminar. Abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Ditulis dengan menggunakan font Arial , saiz 11pt dan dilangkau satu setengah baris ( 1.5 spacing ). Diserahkan kepada urusetia melalui emel dengan menggunakan format Microsoft Word ke alamat hasanah@usm.my. Format lain tidak dilayan. Tarikh tutup penerimaan abstrak dilanjutkan sehingga 15 Julai 2008. Penyumbang abstrak akan dimaklumkan tentang penerimaan abstrak mereka sebelum 22Julai 2008. Penyumbang yang berjaya dikehendaki menyerahkan kertas kerja penuh sebelum 31 Ogos 2008. FORMAT KERTAS KERJA PENUH Format Asas Kertas kerja hendaklah ditulis dengan menggunakan Microsoft Word sahaja dengan aturan halaman ( page setup ) jenis A4, margin kiri, kanan dan atas sebanyak 2.5 cm manakala margin bawah sebanyak 2 cm. 1. Tajuk Tajuk (pada muka surat pertama) hendaklah ditaip menggunakan font boldface saiz 14 Arial dan disusun dalam bentuk centered. Gunakan huruf besar untuk tajuk. Contoh: ANALISIS KRITIS TERHADAP PEMIKIRAN TAJDID FIQH DI ALAYSIA . Langkau dua baris selepas tajuk. 2. Nama pengarang dan institusi Nama pengarang (individu atau berkumpulan) hendaklah ditaip menggunakan font saiz 11 Arial dan disusun dalam format centered dibawah tajuk. Nama institusi hendaklah ditaip dibawah nama pengarang dengan menggunakan format yang sama. Masukkan alamat e-mel jika berkenaan. Bagi kertas kerja secara berkumpulan dan pengarangnya bertugas di institusi yang berbeza, sila tulis institusi tersebut di bawah setiap nama pengarang masing-masing. Langkau dua baris sebelum menulis teks utama. 3. Teks Keseluruhan teks tersebut mestilah tidak melebihi 15 muka surat menggunakan font saiz 11 Arial dan 1.5 spacing . Pastikan keseluruhan teks dalam bentuk justified . Nombor muka surat hendaklah dimasukkan di bahagian bawah (tengah) muka surat menggunakan format 1,2,3. Teks mestilah mempunyai pendahuluan dan penutup. 4. Petikan/ quotation Setiap petikan mestilah ditaip menggunakan font saiz 10 Arial dan single spacing . Petikan mestilah dimulakan dengan garis tepi lebih ke dalam ( indented ) pada bahagian kiri dan kanan serta disusun dalam bentuk justified . 5. Rujukan/citation Rujukan mestilah menggunakan format pengarang tarikh ( author date system ). Elakkan daripada menggunakan format rujukan nota kaki/ hujung. Senarai rujukan/ bibliografi mestilah disediakan di belakang kertas kerja dan disusun secara kronologi. 6. Penyerahan kertas kerja Kertas kerja boleh dibentangkan dalam bahasa Malaysia atau Inggeris dan perlu dihantar dalam bentuk soft copy melalui e-mel sahaja. Pihak jawatankuasa akan menyediakan kemudahan Microsoft Power Point sahaja untuk tujuan pembentangan oral. Kertas kerja yang lengkap bolehlah dihantar melalui e-mel ke alamat berikut: hasanah@usm.my |