|
|
PERATURAN KESELAMATAN UMUM DI MAKMAL/BENGKEL
|
§ Jangan bersikap sambil lewa semasa berada di makmal
dan sentiasa berhati-hati terhadap sebarang sumber bahaya.
§ Gunakan peralatan keselamatan dan alat lindung diri (ALD) yang sesuai dengan sumber bahaya semasa berada atau
bekerja di makmal/bengkel seperti kot makmal, kasut
yang tidak bertapak licin, sarung tangan
getah apabila mengendalikan asid pekat dan
seumpamanya.
§
Jangan berlari atau bermain di
makmal/bengkel atau di sepanjang koridor
makmal/bengkel.
§
Jangan makan/minum, membawa
atau menyimpan makanan/minuman
di dalam makmal/bengkel, termasuk menyimpan makanan/minuman di
dalam peti sejuk makmal/bengkel.
§
Pastikan pintu/laluan kecemasan tidak terhalang dan dapat
dibuka dengan mudah semasa kecemasan/kebakaran.
§
Pastikan semua bekas bahan kimia
termasuk sisa kimia dilabel dengan
betul dan jelas.
§
Apabila mencairkan
asid pekat terutamanya asid sulfurik, sentiasa dahulukan dengan mencampurkan asid ke dalam
air. Lakukan kerja pencairan ini di dalam
kebuk wasap.
§
Jangan pipet larutan dengan mulut: gunakan penyedut pipet.
§
Jangan rasa atau hidu bahan
kimia.
§ Jangan bawa atau benarkan mereka yang tidak berkenaan masuk atau berada di makmal/bengkel.
§
Setiap tumpahan mestilah dibersihkan dengan segera.
§
Gunakan bekas/alatan yang sesuai untuk membawa
atau memindahkan bahan kimia/barangan.
§
Jangan bekerja sendirian
di makmal/bengkel. Pastikan
Peraturan Bekerja Di Makmal/Bengkel
Selepas Waktu Pejabat dipatuhi.
§
Pastikan semua peralatan
elektrik, kipas, lampu dan
seumpamanya dipadamkan
sebelum anda meninggalkan makmal/bengkel.
§ Pastikan radas kaca, jarum picagari, botol kosong, bekas bahan kimia dan seumpamanya tidak dibuang bersama sampah biasa atau dibuang dalam tong sampah biasa.
§
Jangan tinggalkan botol atau bekas
bahan kimia di dalam
kebuk wasap selepas digunakan.
§ Jangan menuang atau membuang sisa kimia ke dalam sinki kimia ke dalam sinki biasa. Ikuti Prosedur Pengurusan dan Pelupusan Sisa Kimia Universiti.
§ Setiap kemalangan mestilah dilapor dan disiasat. Setiap kecederaan perlu dirawat.