Majlis Penyerahan Bendera SUKAD

futsal 25 November 2015 - Memulakan langkah pertama MPDAD sidang ini dalam pertandingan sepunya desasiswa, para athelet SUKAD fasa 1 berkumpul bagi menyaksikan penyerahan bendera peringkat Aman Damai. Majlis ini sebagai simbolik bermulanya semangat membara para atlet dalam misi memburu kejayaan untuk setiap pertandingan fasa 1 ini. Dengan semangat To Be No 1, semoga kejayaan milik Aman Damai!

 
Bengkel MT/Exco MPDAD 15/16 Lancar

futsal 27 Oktober 2015 - Bertempat di Dewan Aman, para perwakilan MPDAD SA 2015/2016 berkumpul selama 2 malam bermula 27 hingga 28 Oktober 2015. Bengkel yang diadakan lebih bertumpu kepada sesi percambahan minda dalam merangka perlaksanaan aktiviti sepanjang sidang ini. Dalam masa yang sama, para perwakilan dapat menjalin hubungan yang lebih erat dengan pihak pengurusan dan sesama sendiri. Semoga cadangan-cadangan yang dibentangkan akan dapat diperhalusi lagi dan dapat dijayakan.

 
Barisan MT dan Exco MPDAD 15/16 Siap Dibentuk

futsal 22 Oktober 2015 - Bermula malam ini secara rasminya terbentuklah barisan MPDAD 15/16. Diketuai oleh Saudara Madzlan Bin Musau selaku YDP, MPDAD sidang ini bergerak dengan kekuatan 30 orang exco. Dengan keazaman untuk meneruskan kegemilangan Aman Damai dan menambahbaik faktor-faktor positif sedia ada, MPDAD kali ini akan melangkah lebih berani dengan menjadi yang berbeza. Semoga kekuatan barisan MT dan EXCO sidang ini akan terus maju dengan sokongan kuat seluruh penghuni.

 
MPDAD SA 2014/2015 Selamat Dibubarkan

undi1429 September 2015 - Tepat 12.04 pagi, dengan berakhirnya ucapan pembubaran oleh Saudara Engku Mohd Shahrulaiza, selaku YDP maka secara rasminya terbubarlah MPDAD 14/15. Ternyata satu sidang yang dilalui oleh para MT dan Exco telah melakar sejarah pahit manis dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar. Aman Damai amat menghargai jasa baik kalian dan meletakannya pada kelas yang tersendiri. Tahniah dan terima kasih!

 
Selamat Datang Penghuni Baharu SA 2015/2016

undi1431 Ogos 2015 - Bersempena semangat kemerdekaan, Aman Damai berkobar-kobar memerima kedatangan para penghuni baharu yang terdiri daripada lebih kurang 248 pelajar Tahun Satu Sidang Akademik 2015/2016. Pihak Aman Damai amat berbesar hati untuk menerima ahli keluarga baharu ini. Sekalung tahniah kami ucapkan dan semoga anda gembira dan selesa di sini. Kami dengan tangan terbuka sedia untuk membantu anda dalam menyesuaikan diri di tempat baharu ini. Sama-sama kita melakar kejayaan di Aman Damai dan USM.

 
Lagi Berita

Hari Akademik Desasiswa Aman Damai (HADAD) Meriah!

Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Membuka Tirai

Salam Merdeka dan Selamat datang Pelajar Baharu

Karnival Sukan Aman Damai(KASAD) : Sepak Takraw

Karnival Sukan Aman Damai(KASAD) : Bola Jaring

Sesi Lawatan Blok : K03/K04

Karnival Sukan Aman Damai(KASAD) : Badminton

Kem Kepimpinan Pembantu Exco, K Blok dan K Aras

Dato' VC Serikan Earth Hour Aman Damai!

Arkib...


   
 
TOT 2015 : Anugerah Khemah Terbaik Maskot Paling Mesra, Perbarisan Terbaik dan Pasukan Sorak Terbaik
 
SUKAD 2015 : Juara Takraw.
 
Larian Earth Hour 2015 : Juara Kategori Lelaki dan Wanita.
 
Kempen Keselamatan USM 2015 : Kategori Membentang Saluran bantu Mula dan Kawad Kebakaran (Kategori Kerjasama)
 
TERBITAN MPDAD
 
 
 

Komen / Cadangan

 

   

Borang Permohonan Jawatan Tertinggi MPD SA 2015/2016 boleh dimuat turun di sini.
   
Sila semak peraturan-peraturan asrama di lampiran yang disediakan.
   

Hakcipta terpelihara Desasiswa Aman Damai 2009