KOT 222 - Kimia Organik II

Struktur Kursus:

Kursus in terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian I : Spektroskopi Organik

Bahagian II : Kimia Sebatian Organik - Aldehid, Keton, asid karboksilik, terbitan-terbitan asid karboksilik, amina dan fenol.

Matlamat Kursus - Bahagian I : Spektroskopi

Memberi pengetahuan tentang penggunaan kaedah-kaedah spektroskopi utama di dalam penentuan struktur sebatian organik. Spektroskopi-spektroskopi yang akan dipertekankan ia lah ultralembayung-nampak (UV-nampak), Infra-merah (IR), Resonans magnet nukleus (nmr) dan spektroskopi jisim (ms). Di akhir kursus ini anda perlu tahu menentukan struktur-struktur sebatian organik menggunakan spektra-spektra sebatian tersebut.

Keperluan Kursus:

1. Peperiksaan Akhir Semester (70% sumbangan markah)

2. Ujian Berterusan (Quiz dan 2 ujian) - (15% sumbangan markah)

3. Tugasan dan Esei (15% sumbangan markah)

4. Kehadiran di dalam kulian adalah wajib.

Buku Rujukan:

1. R.T. Morrison and R.N. Boyd, "Organic Chemistry" Edisi ke Enam , Prentice Hall 1992.

2. T.W. Solomans, "Organic Chemistry", John Wiley 1996.

3. Nota bercetak beberapa topic dalam Bahagian Spektroskopi.

4. Panduan kursus dalam laman web di http://www.chs.usm.my/chem/courses/kot222

Pembahagian masa kuliah dan Silabus Kursus KOT 222.

Bahagian I : Spektroskopi Organik

1. Pengenalan kepada spektroskopi - 1 jam

2. Spektroskopi ultra-lembayung nampak (UV-nampak) - 2 jam

3. Spektroskopi Inframerah (IR) - 3 jam

4. Spektroskopi 1H-nmr - 4 jam

5. Spektroskopi 13C-nmr - 2 jam

6. Spektroskopi Jisim (MS) - 4 jam

7. Pendekatan kepada penentuan struktur sebatian organik dengan data spektra - 2 jam

8. Kelas tutorial - 2 jam

9. Ujian Bahagian I - 1 jam

Balik ke Laman Kursus KOT 222