Pengenalan
 
  • Struktur Kursus
  • Matlamat Kursus 
  • Keperluan Kursus 
  • Sinopsis Kursus
  • Rujukan

  • Nota Tambahan
     
  • Ultralembayung
  • Inframerah 
  • H-nmr 
  • C-nmr 
  • Spektroskopi Jisim 
  • Intepretasi Spektrum 

  •  

      Ujian


     
     

    Kuiz

    Tugasan Contoh Ujian
    • Ujian #1 
    • Ujian #2 
    • Peperiksaan #1 
    • Peperiksaan #2 
    • Peperiksaan #3 
     
     
    Selamat Datang Pelajar-Pelajar KOT 222 
    (Kimia Organik II)

    Laman web ini bertujuan untuk membantu di dalam pengajaran Bahagian Pertama Kursus ini ia itu Spektroskopi Organik. Di dalam laman ini dan link-link yang disediakan, pelajar dapat menggunakan www sebagai sumber bantuan di dalam pelajaran dan pembelajaran di dalam usaha Pusat Pengajian Sains Kimia, USM, membantu khasnya pelajar-pelajar lemah di dalam pengajian mereka.

    Di dalam laman ini akan disediakan nota-nota serupa dengan nota bercetak yang pensyarah sediakan di dalam kelas. Selain dari itu, akan disediakan beberapa kertas ujian akhir semester yang lepas. Saya akan cuba menerangkan jawapan kepada beberapa soalan dari kertas peperiksaan tersebut. Kertas ujian ini boleh di cetak untuk kegunaan pelajar.

    Jika pelajar-pelajar KOT 222 mempunyai masalah memahami bahan di dalam kursus ini, sila kemukakan soalan kepada saya secara e-mail atau fax atau surat. Saya akan cuba menjawab secara e-mail atau memaparkan di laman web ini.

    Pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi yang lain juga boleh menghantar soalan yang berkaitan dengan spektroskopi dan saya akan cuba menjawabnya jika masa dan ruang mengizinkan.

    Sebagai pengajar kursus dan penjaga laman ini, saya berharap mendapat maklum balas dari pelajar mengenai kandungan laman KOT 222 ini dan bagaimana ianya dapat dipertingkatkan untuk membantu pelajar dengan lebih berkesan (selain dari memaparkan ujian akhir semester sebelum tamat semester). Sila hantar maklum balas kepada saya di alamat di bawah:

    Prof. Madya Dr. Md. Sani Ibrahim

    Pusat Pengajian Sains Kimia
    Universiti Sains Malaysia
    Minden,
    11800 USM Pulau Pinang

    (Telefax: 04-6574854)

    e-mail: sani@usm.my