Admission Requirements

To enroll in a full-time Bachelor of Science program in Chemistry, a candidate should pass should pass SPM/MCE or equivalent certificate with a pass in Bahasa Malaysia. The candidate should also has taken STPM or equivalent examination and pass the chemistry subject with principle (Grade P) and at least passes two science subjects at subsidiary levels. For USM Science Matriculation II students, they have to obtain an average passing marks for all chemistry courses in the Science Matriculation II examinations.

(In Bahasa Melayu - Untuk mengikuti kursus ijazah pertama Sains penuh masa pelajar-pelajar mestilah lulus SPM/MCE atau sijil yang setaraf dengannya serta memperolehi kelulusan dalam Bahasa Malaysia. Mereka juga mestilah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau setaraf dan telah memperolehi kelulusan Prinsipal (Gred P) bagi mata pelajaran Kimia dan sekurang-kurangnya lulus di peringkat subsidiari dua mata pelajaran sains yang lain. Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Sains Matrikulasi II yang ditawarkan oleh Universiti ini, mereka mestilah memperolehi markah purata yang lulus, dalam mata pelajaran Kimia di peperiksaan Sains Matrikulasi II)

.....go back to top


Type of Courses (in Bahasa Melayu)

Students are required to register undergraduate courses in two semester i.e. Semester I and Semester II. The courses will be offered and evaluated in the same semester. The courses offered are classified into three levels i.e. Levels 100, 200, and 300 which suited the three years degree programs.

The undergraduate courses offered according to the course structures of each program are as follows:

  • Basic Courses (Kursus Asas) Core Courses (Kursus Teras) Elective Courses (Kursus Elektif) Minor Courses (Kursus Minor) Laboratory Courses (Kursus Amali) University Courses (Kursus Universiti) Option Courses (Kursus Opsyen)

.....go back to top


Jenis-jenis Kursus yang Di Tawarkan

Pelajar-pelajar dikehendaki mendaftar kursus-kursus prasiswazah dalam dua semester, iaitu Semester I dan Semester II. Kursus-kursus akan ditawarkan dan diperiksakan dalam semester yang sama itu.

Kursus-kursus yang ditawarkan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Peringkat 100, 200 dan 300 yang juga bersesuaian dengan keperluan rancangan pengajian tiga tahun.

Kursus-kursus prasiswazah yang ditawarkan mengikut keperluan struktur rancangan ijazah-ijazah bagi Pusat-Pusat Pengajian Sains Tulen dinamakan sebagai kursus asas, kursus teras, kursus minor/elektif, kursus universiti/opsyen dan kursus audit.


Kursus Asas

Kursus Asas ialah pengantar yang membina aspek asasi dan merupakan prasyarat dan wajib bagi semua pelajar Rancangan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Kepujian. Kursus-kursus asas ini terdiri daripada 16 unit kursus-kursus umum daripada 3 Pusat Pengajian sahaja daripada berikut:

Sains Matematik

  • MAA 101/4 Kalkulus
  • MAA 111/4 Aljabar Linear
  • MAA 161/4 Statistik Permulaan

Sains Fizik

  • ZCA 101/4 Fizik I (Mekanik)
  • ZCA 102/4 Fizik II (Keelektrikan dan Kemagnetan)

Sains Kimia

  • KTT 111/3 Kimia Takorganik I
  • KOT 121/3 Kimia Organik I
  • KFT 131/3 Kimia Fizik I
  • KAT 141/3 Kimia Analisis I
  • KUT 101/2 Amali Kimia Am I
  • KUT 102/2 Amali Kimia Am II

Sains Kajihayat

  • BOI 111/4 Biodiversiti
  • BOI 112/4 Ekologi Asas
  • BOI 113/4 Biokimia Sel
  • BOI 114/4 Genetik Asas

Pemilihan kursus adalah bergantung kepada kursus-kursus yang dikenalpasti oleh setiap Pusat Pengajian.


Kursus Teras

Kursus Teras merupakan bungkusan kursus wajib yang melambangkan sesuatu bidang pengkhususan/major dalam sains. Bungkusan bagi sesuatu pengkhususan/major boleh mengandungi kursus Asas, Teras atau Elektif dari bungkusan bidang pengkhususan/minor yang lain.


Kursus Elektif

Pelajar yang tidak mengambil Minor akan mengambil sejumlah tidak kurang daripada 20 unit kursus lain (yang dibenarkan) yang menyokong pengkhususan/major sebagai Elektif. Pelajar Sains dibenarkan mengambil empat kursus lain (16 unit) dalam bidang pengkhususan/majornya sebagai Elektif.


Kursus Minor

Pelajar dibenarkan mengambil Minor dalam mana-mana bidang Minor yang ditawarkan oleh Universiti. Bidang Minor yang ditawarkan oleh Pusat-Pusat Pengajian Sains terdiri daripada Minor dalam Fizik, Kajihayat, Kimia dan Matematik. Setiap bidang Minor menawarkan dua bungkusan kursus seperti berikut:

Bungkusan 1:

  • Kursus Asas 8 unit
  • Kursus Teras 12 unit

Bungkusan 2:

Kursus Teras 20 unit

Bungkusan 1 dikhaskan kepada pelajar di luar Rancangan Pengajian B.Sc. Hons. dan B.App.Sc. Hons. ATAU pelajar B.Sc. Hons. dan B.App.Sc. Hons. yang mengambil Minor Sains di luar bungkusan Asasnya. Bungkusan 2 dimaksudkan untuk pelajar B.Sc. Hons. dan B.App.Sc. Hons. yang mengambil Minor dalam bungkusan Asasnya.


Kursus Amali

Kursus amali diadakan untuk memupuk kemahiran amali di kalangan pelajar mengenai pengetahuan peralatan yang biasa, dan kecekapan dalam penyediaan laporan saintifik. Ia juga akan mengukuhkan kursus teori.

Setiap unit amali melibatkan kerja makmal 1.5 jam seminggu bagi sepanjang semester. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan laporan berdasarkan kepada beberapa eksperimen yang dibuat olehnya. Penilaian kursus amali adalah berdasarkan kepada purata markah yang dicapai dalam laporan eksperimen mereka dan ujian yang dikenakan. Ada pula kursus yang berkehendakkan "viva voce" mengenai eksperimen mereka.

Setiap pelajar dikehendaki membuat sebilangan eksperimen yang tertentu bagi sesuatu semester. Tempoh masa dan bilangan berubah dari peringkat ke peringkat. Kehadiran di dalam kelas amali adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftar bagi kursus-kursus berkenaan. Pelajar-pelajar mesti membayar kos peralatan amali yang dipecahkan sebab kelalaian mereka.


Kursus Universiti

Kursus Universiti terdiri daripada kursus-kursus yang berikut:

  • Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris - 4 unit
  • Tambahan/Bahasa Asing/Opsyen Bahasa Malaysia/Opsyen - 2 unit
  • Tamadun Islam/Kajian Antara Agama/Opsyen - 4 unit
  • Ko-Kurikulum/Opsyen - 3 unit
  • Kursus Kemahiran/Analisis/Opsyen - 2 unit
    • Jumlah - 15 unit


Kursus Opsyen

Kursus Opsyen ialah kursus-kursus yang dipilih sendiri oleh pelajar daripada luar rancangan pengajiannya. Ia dimaksudkan sebagai kursus yang didaftarkan untuk menggantikan kursus-kursus Universiti.

Kursus Opsyen bagi pelajar B.Sc.Hons. dan B.App.Sc. Hons. ialah kursus yang tidak berasaskan sains tulen atau matematik (di luar Pusat Pengajian Sains Tulen). Kursus ini perlu diambil oleh pelajar yang tidak mengambil kursus Tamadun Islam dan Kokurikulum atau yang dikecualikan daripada Bahasa Malaysia LKM 300 atau Bahasa Inggeris peringkat rendah. Kursus seperti ini jika gagal boleh diulangi ataupun digantikan dengan kursus opsyen yang lain.

.....go back to top


Language Requirements

All students are required to pass Bahasa Malaysia IV course. However, prequisites in lower level Bahasa Malaysia courses must be fulfilled depending on the students' achievement in Bahasa Malaysia subjects in SPM and STPM levels. Details of the requirements are spelled out below (in Bahasa Melayu).

Four units of English language course is required for graduation in order to ensure competency in English language amongst the students. However, students with good command of English language may be exempted in taking all four units of the English courses or may be required to take only one course (2 units) and should replace them with other foreign languages. Details on the registration requirements for English language courses are shown in the table below (In Bahasa Melayu).

.....go back to top


Keperluan Bahasa

Bahasa Malaysia

Semua pelajar diwajibkan lulus kursus Bahasa Malaysia IV. Syarat pendaftaran kursus Bahasa Malaysia adalah seperti berikut:-

(i) Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan Bahasa Malaysia diwajibkan mengambil dan lulus kursus-kursus Bahasa Malaysia I, II dan III (mengikut urutan) sebelum mengikuti kursus Bahasa Malaysia IV.

(ii) Pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan Bahasa Malaysia Gred P7 atau P8 di peringkat SPM/MCE diwajibkan mengambil dan lulus kursus-kursus Bahasa Malaysia II dan III (mengikut urutan) sebelum mengikuti kursus Bahasa Malaysia IV.

(iii) Pelajar-pelajar yang lulus Bahasa Malaysia dengan kepujian di peringkat SPM/MCE atau pangkat subsidiari/prinsipal di peringkat STPM/HSC dikecualikan dari mengambil kursus Bahasa Malaysia I, II dan III.

Dua unit kursus Bahasa Malaysia adalah wajib dan akan dikira terhadap pengijazahan.


Bahasa Inggeris

Empat unit kursus Bahasa Inggeris adalah wajib dan akan dikira terhadap pengijazahan. Pelajar-pelajar yang diberi pengecualian mengikut peraturan kemasukan yang sedia ada perlu menggantikannya dengan kursus Bahasa Inggeris Tambahan atau Bahasa Asing atau Kursus Opsyen. Syarat pendaftaran kursus-kursus Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:-

1.
Kelulusan Bahasa Inggeris
Gred
Peringkat Dimasuki
Status 
Kursus
HSC English
1 - 6
Dikecualikan **
-
General Paper
- - -
Matrikulasi
A
- -
SPM 121/1119
A1, A2
- -
-Nasihat Pengarah
- - -
2.
Peringkat III USM
A - D
Bahasa Inggeris IV **
Perlu
Matrikulasi
B
- -
SPM 121/1119
C3, C4
- -
SPM 122/3222
A1, A2
- -
- Nasihat Pengarah
- - -
3.
Peringkat II, USM
A - D
Bahasa Inggeris III
Wajib
Matrikulasi 
C
- -
SPM121/1119
C5, C6
- -
SPM 122/3222
C3, C4
- -
- Nasihat Pengarah
- - -
4.
Peringkat Intensif, USM
A - D
Bahasa Inggeris II *
Wajib
Matrikulasi
D
- -
SPM 121/1119
P7, P8
- -
5.
SPM 121/1119
SPM 122/3222
-nasihat Pengarah
F9
P7, P8, F9
Perlu mengikuti Kursus Intensif Bahasa Inggeris yang akan dikendalikan oleh Pusat Bahasa dan Terjemahan pada Semester I. Kursus ini didaftarkan sebagai Audit dan selepas mengikuti kursus ini para pelajar terus mengambil peringkat 200. -

* 2 unit tambahan ini adalah daripada komponen kursus kemahiran atau opsyen.

* Pelajar-pelajar yang diberi pengecualian mengikuti peraturan ini mesti menggantikannya dengan kursus Bahasa Inggeris Tambahan atau Bahasa Asing sahaja.

.....go back to top


University Courses

The university courses are courses that are required by Universiti Sains Malaysia to be taken by the students as a graduation requirement. These include the languages requirement (Bahasa Melayu - 2 units and English Laguage courses - 4 units) plus Tamadun Islam or equivalent courses(4 units), co-curriculum courses (3 units) and courses on skill and analytical development (2 units). The required university courses total to 15 units.

Details on these courses are explaned below (In Bahasa Melayu).

.....go back to top

 

Keperluan Kursus Tamadun Islam

Kursus ini ditawarkan seperti berikut:-

(i) Sebagai kursus perlu bagi semua pelajar Islam yang mempunyai taraf bersamaan dengan tahun kedua.

(ii) Sebagai kursus opsyen bagi pelajar bukan Islam yang mempunyai taraf bersamaan tahun kedua.

Pelajar yang tidak mengambil kursus Tamadun Islam boleh menggantikannya dengan kursus Kajian Antara Agama atau Opsyen.

Rancangan Ko-Kurikulum

Kursus-kursus Ko-Kurikulum ditawarkan untuk mencapai matlamat pengeluaran graduan yang serba boleh dan berupaya menyesuaikan diri di dalam pelbagai keadaan. Jumlah unit maksimum yang diambilkira di dalam kursus ini ialah 3 unit. Di antara kegiatan yang dijalankan termasuklah:

Pakaian Seragam Bersenjata Pakaian Seragam Tidak Bersenjata Sukan Kebudayaan Khidmat Masyarakat

Kursus Kemahiran/Analisis

Kursus-kursus berbentuk kemahiran/analisis yang berjumlah 2 unit digalakkan dibawah komponen kursus Universiti. Pelajar boleh mengambil mana-mana kursus kemahiran yang ditawarkan oleh Universiti tetapi kursus Bahasa Inggeris Pertuturan, Pemikiran Kritis atau Sejarah dan Falsafah Sains digalakkan.

Kursus Audit

Kursus audit adalah untuk membolehkan seseorang pelajar memperkayakan lagi pengetahuannya. Pelajar-pelajar dibenarkan mendaftar dan mengikuti kursus-kursus audit dengan pemilihan sama ada menduduki peperiksaan atau tidak. Pelajar-pelajar mesti mendapat kelulusan Pusat Pengajian berkenaan untuk mendaftar sesuatu kursus audit. Gred yang diperolehi bagi kursus-kursus yang diaudit itu akan ditunjukkan dalam transkrip akademik sebagai audit sahaja dan markahnya tidak diambilkira untuk tujuan pengijazahan. Di samping itu kursus audit tersebut kemudiannya tidak boleh dianggap sebagai menggantikan mana-mana kursus asas/teras/elektif/opsyen.

Mana-mana pelajar yang ingin mengambil peperiksaan bagi kursus-kursus yang diauditnya diperlukan mematuhi peraturan-peraturan Sistem Peperiksaan Universiti. Bagi pelajar-pelajar yang tidak berhasrat untuk menduduki peperiksaan, transkrip akademik tidak akan mengandungi sebarang catitan untuk menunjukkan bahawa mereka telah mengambil kursus-kursus tersebut sebagai audit.

.....go back to top


Course Registration Procedures

Course Codes

Every course offered in USM is given a code in the form XYZ klm/n where

  • X represent each school of sciences as follows:
    • B - School of Biological Sciences
    • K - School of Chemical Sciences
    • M - School of Mathematics
    • Z - School of Physics
  • Y and Z represent classification of courses in each school.
  • k - digit that signify the course level
  • l and m - digits according to the course series in that level
  • n - number of units for the course.

A unit of a theory course is defined as 10-12 hours of lectures and 2-4 hours recitation or tutorial class per semester while a unit of laboratory course is defined as 18 hours of practical classes and 3 hours of tutorial or reading.

Details of the course registration procedure and classification of courses are explaned below (in Bahasa Melayu)

.....go back to top

Kod Kursus

Setiap kursus diberi kod XYZ klm/n yang mana

  • X - mewakili Pusat Pengajian seperti berikut:
    • B - Pusat Pengajian Sains Kajihayat
    • K - Pusat Pengajian Sains Kimia
    • M - Pusat Pengajian Sains Matematik
    • Z - Pusat Pengajian Sains Fizik
  • Y dan Z - menunjukkan pengkelasan kursus dalam Pusat Pengajian
  • k - angka yang mewakili peringkat kursus
  • l dan m - menunjukkan nombor siri untuk kursus
  • n - bilangan unit.

TAKRIFAN UNIT

1 unit kursus teori ditakrifkan sebagai 10-12 jam kuliah dan 2-4 jam pengukuhan per semester manakala 1 unit kursus amali ditakrifkan sebagai 18 jam amali dan 3 jam pengukuhan. Jam pengukuhan meliputi tutorial, tugasan dan pembacaan sendiri.

PRASYARAT KURSUS

Pada lazimnya pelajar-pelajar diperlukan memenuhi kesemua prasyarat bagi sesuatu kursus sebelum beliau dibenarkan mengikuti kursus itu. Ada tiga jenis prasyarat yang dikuatkuasakan.

Kelulusan (P)

Jika kursus A merupakan kursus prasyarat kelulusan (P) kepada kursus B, maka kursus A mesti diluluskan sebelum mengambil kursus B.

Berturutan (S)

Jika kursus A merupakan kursus prasyarat berturutan (S) kepada kursus B, maka kursus A mestilah diikuti dan diperiksakan sebelum mendaftar kursus B.

Serentak (C)

Jika kursus A merupakan kursus prasyarat serentak (C) dengan kursus (B), maka kursus A mestilah diikuti dan diperiksakan sekurang-kurangnya serentak dengan kursus B.

SISTEM PENDAFTARAN KURSUS

1. Sistem Pendaftaran Kursus Dalam Talian Di Pusat-Pusat Pengajian

Di bawah Sistem Pendaftaran Kursus Dalam Talian di Pusat-Pusat Pengajian, semua pelajar penuhmasa diwajibkan mendaftar kursus sekali sahaja untuk setiap Semester. Pendaftaran diadakan sebelum permulaan Semester untuk memastikan bahawa pengajian bermula pada hari pertama Semester berkenaan.

2. Aktiviti Pendaftaran Kursus

Pendaftaran untuk kursus-kursus Ko-Kurikulum dan Bahasa dikendalikan secara pusat oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum Semester bermula, dan semua pelajar yang mendaftar kursus tersebut akan diberikan Slip Pendaftaran oleh pihak-pihak tertentu.

Slip ini mesti dikemukakan bersama dengan Borang Pendaftaran Kursus (DAFTALIAN) yang telah diisi oleh pelajar kepada Penasihat Akademik/Panel Penasihat masing-masing untuk penasihatan akademik dan tandatangan sebelum pelajar mendaftar kursus dalam talian.

3. Jadualwaktu Pengajaran & Senarai Kursus

Jadualwaktu pengajaran dan senarai kursus akan disediakan oleh Pusat Pengajian masing-masing dan dipaparkan untuk membantu pelajar memilih dan mendaftar kursus. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus yang bertindih/bercanggah dari segi jadualwaktu pengajaran.

4. Klasifikasi Jenis Kursus

Pelajar-pelajar dibenarkan mendaftar untuk mana-mana kursus sekiranya mereka memenuhi prasyarat-prasyarat bagi kursus itu. Kursus-kursus yang didaftar untuk memenuhi keperluan struktur-struktur Rancangan Pengajian dibahagikan mengikut jenis-jenis yang berikut:-

  • A - Kursus Asas
  • T - Kursus Teras
  • P - Kursus Elektif
  • N - Kursus Minor
  • V - Kursus Universiti/Opsyen
  • Y - Kursus Audit yang diambil semata-mata untuk menambah pengetahuan dan prestasinya tidak diambilkira dalam pengiraan markah keseluruhannya untuk keperluan pengijazahan.

5. Jumlah Unit Minimum/Maksimum Yang Boleh Didaftarkan

Jumlah unit minimum dan maksimum yang dibenarkan untuk setiap pelajar mendaftar adalah seperti berikut:-

Rancangan Pengajian (Jumlah Unit Untuk Berijazah) Minimum Maksimum Bilangan Unit Kredit yang boleh dikumpulkan dan Didaftarkan Pada Penghujung Semester Ke-5
111 unit 11 20 100 unit
118 unit 12 22 106 unit

Perhatian: Pelajar yang mengambil Ko-Kurikulum boleh dibenarkan mendaftar lebihan 1 unit daripada maksimum di atas pada semester berkenaan. Pelajar-pelajar yang terpaksa mendaftar melebihi/kurang dari jumlah unit maksimum/minimum, diwajibkan mendapat kelulusan daripada Dekan/Timbalan Dekan, Pusat Pengajian masing-masing.

6. Penambahan/Pengguguran Kursus

Penambahan dan pengguguran kursus tidak dibenarkan selepas selesai aktiviti Pendaftaran Kursus. Walau bagaimanapun, hanya dengan sokongan pensyarah kursus dan mendapat kelulusan Dekan/Timbalan Dekan atas alasan-alasan yang munasabah, pengguguran kursus dibenarkan hingga minggu ke-9 (untuk Semester Tambahan hingga minggu ke-3). Selepas minggu ke-9, pelajar tidak dibenarkan menggugur sebarang kursus.

Pendaftaran Kursus ini merupakan pendaftaran yang rasmi dan muktamad. Oleh itu, sebarang kesilapan dari segi penulisan butir-butir kursus seperti kod kursus dan kod jenis kursus adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

7. Pengemaskinian Rekod

Pelajar-pelajar yang mendapati kesilapan butir-butir yang terkandung dalam Borang Pendaftaran, CANGRED atau Cetakan Komputer mereka yang lain, boleh membuat pengemaskinian yang perlu dengan menggunakan borang-borang yang berkenaan serta melalui prosidur yang tertentu, seperti mendapatkan tandatangan Dekan/Timbalan Dekan jika dinyatakan.

Borang-borang yang berkenaan boleh didapati di Pusat Pengajian masing-masing atau di Bahagian Pemprosesan Data dan Rekod, Jabatan Pendaftar. Pelajar-pelajar juga boleh berjumpa dengan pegawai di Bahagian Pemprosesan Data dan Rekod, Jabatan Pendaftar supaya butir-butir yang silap itu dapat diselidik punca masalahnya dan dibetulkan semula.

.....go back to top


Examination/Assessment Procedures

Examinations are conducted at the end of semester including an additional third semester. A student need to fulfill the course requirements such as attending lecture/tutorial/practical classess before he/she is allowed to sit for this final examination. The final letter grade is determined by weighted percentage points from this final examination plus contribution from coursework including continuous assessments.

The grading system is based on cummulative grade point average (CGPA) based on a four point system as follows:

Grade

A

A-

B+

B

B-

C+

C

C-

D+

D

D-

F

Points

4

3.67

3.33

3.00

2.67

2.33

2.00

1.67

1.33

1.00

0.67

0.00

Under this CGPA system, a C grade is used as the level of passing the course and students must pass the course with a grade of C or better. At the end of a semester, a semester grade point average (GPA) will be calculated based on all the courses that the student take, the corresponding unit of the course and the grade points as shown above. CGPA will be tallied and a student need to maintain a CGPA of 2.0 or better to be in good standing (non-probation).

Detailed of the examination and assessment system is explaned in the Bahasa Malaysia version below.

.....go back to top

SISTEM PEPERIKSAAN/PENILAIAN

Peperiksaan diadakan pada akhir setiap semester iaitu Semester I, Semester II dan Semester Tambahan. Pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus yang didaftarkan semasa pendaftaran kursus. Setiap pelajar mestilah terlebih dahulu menjelaskan semua yuran dan juga memenuhi syarat keperluan kuliah/tutorial/amali dan keperluan-keperluan lain bagi setiap kursus sebelum ia layak menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus yang didaftarkan. Keseluruhan peperiksaan ditentukan berdasarkan kepada prinsip penilaian secara berterusan daripada komponen kerja kursus dan peperiksaan bertulis. Penilaian kerja kursus boleh mengandungi aspek-aspek seperti penglibatan di dalam tutorial, ujian, esei, kertas projek, kerja studio, kerja luar dan sebagainya. Peratusan komponen kerja kursus ditetapkan oleh Pusat-Pusat Pengajian dan dilaksanakan setelah diluluskan oleh Senat.

SISTEM GRED

Penilaian prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada sistem Purata Nilai Gred Kumulatif [PNGK]. Sistem [PNGK] adalah sistem yang kini diamali oleh bahagian utama Universiti-Universiti keseluruhan dunia. Setiap penilaian kursus atau bahagian kursus digredkan dengan mata penilaian sepertimana yang dibentangkan di bawah ini:

Gred

A

A-

B+

B

B-

C+

C

C-

D+

D

D-

F

Mata

4

3.67

3.33

3.00

2.67

2.33

2.00

1.67

1.33

1.00

0.67

0.00

Di bawah Sistem [PNGK] ini, gred C telah digunakan sebagai had lulus bagi semua kursus yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar prasiswazah. Prestasi setiap pelajar dalam tiap-tiap kursus dicatat dalam transkrip akademik dengan menggunakan gred huruf seperti di atas.

PURATA NILAI GRED SEMESTER [PNG] DAN PURATA NILAI GRED KUMULATIF [PNGK]

Mata penilaian bagi setiap kursus yang diambil oleh pelajar dikumpulkan dan dipuratakan mengikut bilangan unit. Formula yang digunakan untuk kursus diikuti pada satu Semester tertentu ialah:

Purata Nilai Gred Kumulatif [PNGK] ialah tanda pencapaian pelajar untuk semua kursus yang sudah diambil. Formula yang digunakan ialah:

Selepas peperiksaan pada setiap semester pelajar akan diberikan keputusan rasmi peperiksaan iaitu SEMESTER GRED [SEMGRED] yang memberikan gred bagi setiap kursus yang diambil peperiksaan dan juga PNG dan PNGKnya.

Kedua-dua [PNG] dan [PNGK] pelajar akan digunakan untuk menentukan pencapaian dan pentarafan pelajar setiap sidang atau semester lalu.

Maklumat-maklumat terperinci mengenai kaedah sistem gred yang baru ini akan dikeluarkan berasingan. Pelajar-pelajar dinasihatkan merujuk kepada pengeluaran berasingan itu.

.....go back to top


Program Course Structures

Students enrolling in the B.Sc. (Hons) in Chemistry are required to take certain number of credit units in each type of courses as stated below;

Type of Courses Type Codes Minumum no. of Credit units required
Basic Courses A 16
Core Courses T 60
Minor Courses N 20 or 0 (non-minor)
Elective Courses P 0 or 20 (non-minor)
University Courses V 15
Total - 111

The types of courses has been explained above. However, the recommanded list of basic, core and elective courses for each programs of study are outlined below (In Bahasa Melayu)

 

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

(a) Rancangan B.App. Sc. (Hons) (Industri)

(i) Kursus Asas - 16 Unit Keperluan
MAA 101/4 Kalkulus -
MAA 161/4 Statistik Permulaan -
dan pilih 2 kursus dari berikut: -
BOI 111/4 Biodiversiti -
BOI 114/4 Genetik Asas -
ZCA 101/4 Fizik I (Mekanik) -
ZCA 102/4 Fizik II (Keelektrikan dan Kemagnetan) -

 

(ii) Kursus Teras - 60 Unit Keperluan
KTT 111/3 Kimia Takorganik I -
KOT 121/3 Kimia Organik I -
KFT 131/3 Kimia Fizik I -
KAT 141/3 Kimia Analisis I -
KUT 101/2 Amali Kimia Am I -
KUT 102/2 Amali Kimia Am II -
CMM 102/2 Kenalfaham Komputer -
CMM 202/2 Multimedia dan Internet -
KAT 242/3 Kaedah Spektroskopi sKAT 141/3
KTT 212/3 Kimia Takorganik II sKTT 111/3
KUT 203/2 Amali Kimia III - Takorganik sKUT 101/2
KIT 250/3 Pengurusan Industri -
KIT 257/3 Kimia Bahan -
KIT 252/3 Operasi Unit I -
KIT 253/3 Termodinamik Kejuruteraan Kimia sKFT 131/3
KIT 254/3 Polimer sKOT 121/3
KIT 255/2 Amali Operasi Unit cKIT 252/3
KIT 256/3 Pemprosesan Kimia I - Takorganik sKTT 111/3
KIT 350/3 Operasi Unit II sKIT 252/3
KIT 351/3 Pemprosesan Kimia II - Organik sKOT 121/3
KIT 357/2 Amali Industri -
KIT 359/2 Sains Permukaan -
KAT 341/3 Kimia Pencemaran dan Alam Sekitar sKAT 242/3
KUT 309/6 Projek Kimia -

 

(iii) Kursus Elektif - 20 Unit Keperluan
KFE 232/2 Sains Koloid sKIT 253
KIE 358/4 Tajuk-Tajuk Semasa Dalam Kimia Industri sKIT 257/3, KIT 254/3
KIE 355/4 Pewarna Industri cKIT 352/2
KIE 356/4 Kimia Makanan dan Minyak Sawit -
dan/atau Sebarang Kursus B.Sc.Hons. (Kimia) dan B.App. Sc. Hons (Kimia Analisis)

 

 

(b) Rancangan B.App. Sc. (Hons) (Analisis)

(i) Kursus Asas - 16 Unit Keperluan
MAA 101/4 Kalkulus -
MAA 161/4 Statistik Permulaan -
ZCA 101/4 Fizik I (Mekanik) -
ZCA 102/4 Fizik II (Keelektrikan dan Kemagnetan) -

 

(ii) Kursus Teras - 67 Unit Keperluan
KTT 111/3 Kimia Takorganik I -
KOT 121/3 Kimia Organik I --
KFT 131/3 Kimia Fizik I -
KAT 141/3 Kimia Analisis I -
KUT 101/2 Amali Kimia Am I -
KUT 102/2 Amali Kimia Am II -
CMM 102/2 Kenalfaham Komputer -
- -
CMM 202/2 Multimedia dan Internet -
KTT 212/3 Kimia Takorganik II sKTT 111
KOT 222/3 Kimia Organik II sKOT 121
KAT 242/3 Kaedah Spektroskopi sKAT 141
KUT 203/2 Amali Kimia III sKUT 101
KFT 232/4 Kimia Fizik II sKFT 131
KIT 252/3 Unit Operasi I -
KAT 243/2 Amali Analisis I -
KAT 244/3 Kaedah Pemisahan sKAT 141
KAT 246/3 Kaedah Kinetik dan Automasi sKAT 141
- -
KFT 331/4 Kimia Fizik III sKFT 232
KUT 309/6 Projek Kimia -
KAT 341/3 Kimia Pencemaran dan Alam Sekitar sKAT 242
KAT 340/2 Amali Analisis II sKAT 243
KAT 347/3 Kaedah Elektroanalisis sKAT 242
KTT 313/3 Kimia Takorganik III sKTT 212

 

(iii) Kursus Elektif - 20 Unit -
KAE 247/3 Kaedah Radioanalisis cKAT 242
KAE 248/2 Kimia Analisis: Amali Lanjutan cKAT 242/

KAT 244

KAE 343/3 Kaedah Dan Tajuk Khusus Kimia Analisis sKAT 242/

sKAT 244

KAE 345/3 Tajuk-Tajuk Semasa Kimia Analisis sKAT 242/

sKAT 244

KAE 346/2 Amali Kimia Pencemaran dan Alam Sekitar cKAT 341
dan/atau Sebarang Kursus B.Sc. Hons. (Kimia) dan B.App. Sc. Hons. (Kimia Industri) -

 

(c) Kursus Minor dalam Kimia untuk pelajar-pelajar yang bukan bermajor dalam Kimia - 20 unit

Bungkusan 1 (Untuk pelajar yang tidak mengambil Kimia sebagai Asas)

KTT 111/3 Kimia Takorganik I
KOT 121/3 Kimia Organik I
KFT 131/3 Kimia Fizik I
KAT 141/3 Kimia Analisis I
KUT 101/2 Amali Kimia Am I
KUT 102/2 Amali Kimia Am II

dan 4 Unit lagi dari mana-mana Kursus Teras Kimia

 

 

Bungkusan 2 (Untuk pelajar yang mengambil Kimia sebagai Asas)

8 unit Kursus Peringkat 100 yang tidak didaftarkan sebagai Kursus Asas dan pilihan 12 Unit daripada mana-mana Kursus Teras B.Sc. (Hons.)

 

KTT 111/3 Kimia Takorganik I
KOT 121/3 Kimia Organik I
KFT 131/3 Kimia Fizik I
KAT 141/3 Kimia Analisis I
KUT 101/2 Amali Kimia Am I
KUT 102/2 Amali Kimia Am II
KTT 212/3 Kimia Takorganik II
KOT 222/3 Kimia Organik II
KFT 232/4 Kimia Fizik II
KAT 242/3 Kaedah Spektroskopi
KUT 203/3 Amali Kimia III - Takorganik
KUT 204/2 Amali Kimia IV - Fizik
KUT 205/2 Amali Kimia V - Analisis
KUT 206/2 Amali Kimia VI - Organik
KAT 244/3 Kaedah Pemisahan
KTT 313/3 Kimia Takorganik III
KOT 323/3 Kimia Organik III
KFT 331/4 Kimia Fizik III
Rancangan Minor Semua Rancangan Minor yang ditawarkan oleh Pusat-Pusat Pengajian yang lain boleh diambil oleh pelajar Kimia tertakluk kepada keperluan-keperluan yang dikenakan oleh Pusat Pengajian/Pusat yang menawar kursus Minor yang berkenaan. Keutamaan diberikan kepada Rancangan Minor dalam Pengurusan, Komputer, Komunikasi, Bahasa Inggeris atau Sains lain.

.....go back to top