Synopses of Courses Offered in

School of Chemical Sciences

Universiti Sains Malaysia

In Bahasa Melayu


Analytical Courses

Level 100

Level 200

Level 300

Industrial Courses

-

Level 200

Level 300

Inorganic Courses

Level 100

Level 200

Level 300

Organic Courses

Level 100

Level 200

Level 300

Physical Courses

Level 100

Level 200

Level 300

General Courses

Level 100

Level 200

Level 300


Level 100

 

KAT 141/3 Kimia Analisis I

 

Perhitungan stoikiometri, konsep am keseimbangan, analisis gravimetri, keseimbangan asid-bes, pentitratan asid-bes, pentitratan kompleksometri, pentitratan tindak balas pemendakan, sel-sel elektrokimia dan pentitratan redoks.

Buku Teks dan Rujukan

1. G.D. Christian, Analytical Chemistry; John Wiley (1994).

2. D.A. Skoog, D.M. West, F.J. Holler: Analytical Chemistry An Introduction, Saunders College (1994).

.....Return to Top


KFT 131/3 Kimia Fizik I

 

Sifat gas dan cecair: hukum gas, persamaan Van Der Waais, Prinsip keadaan persepadanan, teori kinetik gas, taburan Maxwell-Boltzman, efusi, pembauran, kelikatan dan kekonduksian ion.

Kinetik kimia: hukum kadar, kesan suhu, teori pelanggaran, tindak balas kompleks, keadah eksperimen. Hukum termodinamik pertama: kerja, haba, tenaga, perubahan entalpi, muatan haba, kerja pengembangan adiabatik.

Buku Teks dan Rujukan

1. P.N. Atkins, Physical Chemistry (Edisi Ke-5), Oxford University Press, Oxford, (1994).

2. G.W. Castellan, Kimia Fizik (Edisi Kedua) diterjemahkan oleh Liew Kong Yong dan Lim Poh Eng, USM, Penang (1982).

.....Return to Top


KOT 121/3 Kimia Organik I

 

Perhubungan struktur dan sifat sebatian. Metana dan alkana yang lain. Stereokimia. Alkil halida. Tindak balas penukargantian nukleofilik. Alkena. Tindak balas penyingkiran. Tindak balas penambahan. Tindak balas penambahan elektrofilik dan radikal bebas. Tindak balas stereospesifik dan stereopilihan. Diena dan kekonjutan, resonans. Akuna. Hidrokarbon alisiklik. Alkohol. Eter dan Epoksida. Benzena dan penukargantian elektrofilik aromatik. Kearomatikan. Arena dan terbitannya.

Buku Teks dan Rujukan

1. R.T. Morrison and R.N. Boyd, Organic Chemistry Prentice Hall (1992).

2. T.W. Solomons, Organic Chemistry, John Wiley (1996).

.....Return to Top


KTT 111/3 Kimia Takorganik I

 

Kursus ini akan memperkenalkan topik-topik asas kimia : stoikiometri, struktur atom, kimia nukleus, jadual berkala, pengikatan dan sifat-sifat pepejal.

Buku Teks dan Rujukan

1. B.M. Mahan & R.J. Meyers, University Chemistry, Benjamin Cummings (1987).

2. Chio Hwie Tek, Struktur & Pengikatan (USM).

 

* Silibus kursus mungkin diubahsuaikan mengikut keperluan

.....Return to Top


KUT 101/2 Kimia Amali Am I

 

Penitratan asid bes, peneutralan asid poliprotik, pentitratan pemendakan, penentuan suatu campuran yang mengandungi karbonat dan hidroksida, pentitratan pengoksidaan-penurunan, analisis kuantitatif dengan EDTA. Analisis gravimetri: Penentuan nikel di dalam aloi nikrom. Penitratan potentiometrik, kaedah iodometrik: penentuan kuprum di dalam loyang dan penentuan kalsium dalam kalsium karbonat.

Buku Teks dan Rujukan

Buku Panduan Amali (USM).


KUT 102/2 Kimia Amali Am II

 

Penggunaan Prinsip Le Chatelier, Haba peneutralan dengan cara kalorimetri dan Hukum Hess, penentuan kadar tindak balas dengan kaedah pentitratan, penentuan hukum kadar dan tenaga pengaktifan bagi tindak balas pengoksidaan ion iodida oleh hidrogen peroksida, penentuan pekali taburan kafeina dalam sistem metilena-air dan penentuan jumlah bikarbonat dalam alka-Seitzer.

Penghabluran ulangan dan penentuan takat lebur, persulingan mudah, pengekstrakan komponen-komponen dari campuran asid-bes dan penentuan takat didih/lebur, sintesis sebatian mudah, pengekstrakan sebatian semula jadi dan kromatografi lapisan nipis.

Buku Teks dan Rujukan

Buku Panduan Amali (USM).

.....Return to Top



Level 200

 

KAT 242/3 Kaedah Spektroskopi

(sKAT 141/3)

 

Prinsip-prinsip asas, peralatan dan kegunaannya dalam analisis kualitatif dan kuantitatif bagi teknik-teknik spektrometri yang berikut:

Spektrometri penyerapan ultralembayung dan nampak, penyerapan inframerah, pendafluor, pemancaran nyala dan penyerapan atom (kaedah nyala dan bukan nyala), pemancaran atom dengan sumber-sumber plasma dan discas elektrik, pendaflour sinar-X dan spektrometri jisim.

Buku Teks dan Rujukan

1. D.A. Skoog dan J.J. Leary, Prinsip Analisis Alatan, Bab 1-12, Edisi Keempat. Penerbit USM, 1996, (terjemahan oleh UTMK, disunting oleh Norita Mohamed).

2. D.A. Skoog and J.J. Leary, Principles of Instrumental Analysis, Fourth edition, Saunders College Publishing, 1992.

3. H.H. Willard, L.L. Merritt, Jr., J.A. Dean dan F.A. Settle, Jr., Kaedah Analisis Beralatan, Jilid I, DBP, 1993, (Terjemahan oleh Pauzi Abdullah et.al.).

4. J.W. Robinson, Atomic Spectoscopy, Second edition, Marcel Dekker, 1996.

.....Return to Top


KAT 243/2 - Amali Analisis I

 

Eksperimen-eksperimen yang menggunakan kaedah-kaedah berikut:

Spektrofotometri inframerah, spektrofotometri, ultralembayung-nampak, spektrofluorometri, fotometri nyala; spektrometri penyerapan atom, kromatografi gas; kromatografi cecair prestasi tinggi.

.....Return to Top


KAT 244/3 - Kaedah Pemisahan

(sKAT 141/3)

 

Pengekstrakan pelarut. Prinsip-prinsip umum kromatografi. Kromatografi gas. Kromatografi cecair prestasi tinggi: kromatografi sekatan, penjerapan, ion dan kromatografi eklusi saiz (gel).

Kromatografi planar: lapisan nipis dan kertas. Elektroforesis rerambut. Kaedah-kaedah khas.

Buku Teks dan Rujukan

1. Skoog, West dan Holler, Fundamentals of Analytical Chemistry, Edisi Keenam, Saunders, 1992.

2. G.D. Christian, Analytical Chemistry, Edisi Kelima, John Wiley, 1994.

3. A. Braithwaite dan F.J. Smith, Chromatographic Methods, Chapman dan Hall, 1985.

4. T.J. Bruno, Chromatographic and Electrophonetic Methods, Prentice Hall, 1991.

.....Return to Top


KAT 246/3 - Kaedah Kinetik dan Automasi

(sKAT 141/3)

 

Kaedah Kinetik

Asas-asas analisis dengan kaedah-kinetik. Kaedah-kaedah eksperimen. Penentuan kuantitatif berdasarkan data kinetik. Jenis-jenis tindakbalas yang sesuai untuk kaedah kinetik. Kaedah-kaedah pilihan.

Buku Teks dan Rujukan

1. H.A. Mottola, Kinetic Aspects of Analytical Chemistry, John Wiley, 1988.

2. H.B. Mark, Jr. and G.A. Rechnitz, Kinetics in Analytical Chemistry, Interscience, 1968.

3. J. Ruzicks and E.H. Hansen, Flow Injection Analysis, John Wiley & Sons, 1988.

4. M. Valcarcel and M.D. Luque de Castro, Flow Injection Analysis. Principles and Applications, Ellis Horwood, 1987.

 

Kaedah Automasi

Asas-asas kaedah automasi. Peralatan automasi. Sistem diskret dan berterusan. Sistem perakam dan pengawalan. Analisis suntikan alir. Prinsip dan aspek-aspek analisis. Peralatan. Teknik-teknik eksperimen. Analisis pengemparan laju. Penggunaan dalam industri, klinikal dan alam sekitar.

.....Return to Top


KAE 247/3 Kaedah Radioanalisis

(cKAT 242/3)

 

Sifat nukleus, kestabilan dan reputan. Radioisotop dan sebatian berlabel. Pengesanan sinaran dan pembilangan. Spektrometri gamma. Statistik. Perlindungan sinaran dan kawalan. Kaedah surih dan pengaktifan neutron.

Buku Teks dan Rujukan

1. W. Geary, Radiochemical Methods, John Wiley, London (1986).

2. D.J. Malcolm-Lawes, Introduction to Radiochemistry, McMillan, London (1979). atau Pengenalan Radiokimia, Penterjemah: Sulaiman Ab. Ghani dan Azizan Saad, USM dan DBP, 1993, RM 15.00

3. Z.B. Alfassi, Chemical Analysis by Nuclear Methods, John Wiley, Chichester, 1994.

4. J. Tolgyessy and E. Bujdoso, CRC Handbook of Radioanalytical Chemistry, vol. II, CRC Press, Boca Raton, Florida, 1991.

5. G.R. Choppin and J. Rydberg, Nuclear Chemistry: Theory and Applications, Pergamon Press, Oxford (1980).

6. G. Friedlander, J.W. Kennedy, E.S. Macias, J.M. Miller, Nuclear and Radiochemistry, 3rd. ed., John Wiley, N. York (1981).

6. H.A.C. McKay, Principles of Radiochemistry, Butterworth, London (1971).

.....Return to Top


KAE 248/2 Kimia Analisis: Amali Lanjutan

(cKAT 242/KAT 244)

 

Aplikasi amali mengenai teknik analisis dalam bidang berikut: Sains forensik; bahan makanan dan adulteran susu, minyak masak dan minuman; bahan, racun dan dadah berbahaya; logam toksik dan berbahaya.

.....Return to Top


KFT 232/4 - Kimia Fizik II

(sKFT 131/3)

 

Hukum-hukum termodinamik: kerja, haba dan tenaga, perubahan entalpi, muatan haba, kerja pengembangan adiabatik, entropi, tenaga Helmholtz dan Gibbs, keupayaan kimia, fugasiti, sistem terbuka dan perubahan komposisi.

Perubahan keadaan: transformasi fizik bagi bahan tulen dan campuran. Gambarajah fasa, kestabilan fasa, persamaan clapeyron, kuantiti molar separa, termodinamik percampuran, sifat-sifat larutan, keaktifan, gambarajah fasa untuk sistem dua dan tiga komponen.

Elektrokimia: Teori Debye-Huckel, sel, keupayaan elektrod, termodinamik sel.

Termodinamik permukaan: fenomena antara permukaan,, permukaan lengkung, fenomena pembasuhan, hubungan Gibbs-Duhem dan applikasinya.

Buku Rujukan

1. P.W. Atkins, Physical Chemistry, 5th Ed., Oxford University Press, 1994.

2. I.N. Levine, Physical Chemistry 4th Ed., McGraw-Hill International Ed., 1995.

3. G.W. Castellan, Kimia Fizik, Edisi Kedua. USM Press 1982 (diterjemahkan oleh Liew Kong Yong dan Lim Poh Eng).

.....Return to Top


KFE 232/2 Sains Koloid

(sKIT 253)

 

Koloid: Keadaan koloid, permukaan dan daerah antaramuka, penjerapan, tekanan permukaan dan tekanan menyebar. Sifat kinetik, kadar pengenapan, gerakan Brown, pembauran. Struktur dan kestabilan pelbagai koloid. Zat aktif permukaan dan misel. Pelbagai jenis koloid industri yang penting.

Buku Teks dan Rujukan

1. D.H. Everett, Basic Principles of Colloid Science, Royal Society of Chemistry (1992).

2. E. Dickinson, An Introduction to Food Colloids, Oxford University Press (1992).

3. R.J. Hunter, Foundation of Colloid Science, Oxford Science Publication (1993).

4. Duncan J. Shaw, Kimia Koloid dan Kimia Permukaan, Terjemahan Satapah Ahmad, DBP, 1989.

.....Return to Top


KIT 250/3 Pengurusan Industri

 

Prinsip Asas dalam Pengurusan Industri: Teori pengurusan industri. Percambahan pemikiran dalam pengurusan. Peringkat-peringkat pertumbuhan pengurusan.

Penghasilan, Pemasaran dan Pentadbiran: Fungsi organisasi dalam pembuatan (kilang, rekabentuk produk, pembuatan). Pelan penghasilan dan kawalan. Pengurusan pembelian dan kawalan, pengendalian bahan mentah. Pemasaran. Fungsi pentadbiran.

Pengurusan Sumber manusia dan Gaji: Hubungan industri. Pengambilan/ Penilaian kerja dan gaji. Masalah personel.

Pengurusan Kewangan: Asas-asas kewangan dan akaun kos. Pengurusan perakaunan. Kaedah statistik.

Pengurusan Persekitaran Industri: Peraturan-peraturan berkaitan alam sekitar. Persekitaran ekonomi.

Undang-undang Industri: Pengawalan kerajaan dan undang-undang berkaitan. Asas-asas kontrak dan undang-undang perniagaan dan industri.

 

Buku Rujukan

1. J. Batty, Industrial Administration and Management, ELBS, (1975).

2. C.A. Heaton, Introduction to Industrial Chemistry, Blackie, Glasgow Academic & Profesional, (1991).

.....Return to Top


KIT 252/3 Operasi Unit I

 

Imbangan Bahan: Cataralir proses kimia prototaip. Persamaan imbangan umum, teknik imbangan bahan, imbangan unit berbagai; tindak balas kimia, stoikiometri, perluasan tindak balas, kitarsemula.

Imbangan Tenaga: Persamaan-persamaan imbangan tenaga , sistem tertutup, penganggaran perubahan entalpi dan kegunaan, muatan haba, sistem-sistem reaktif, entalpi, persamaan-persamaan imbangan, teknik imbangan tenaga.

Aliran Cecair: Jenis-jenis cecair; termampatkan dan tak termampatkan, Newtonian dan tak Newtonian, region aliran, aliran laminar dan "turbulent", nombor Reynolds, lapisan sempadan, persamaan-persamaan imbangan bahan-bahan dan tenaga, persamaan momentum, aliran di dalam paip dan aliran laminar.

Pemindahan Haba: Mekanisme, penukar haba tiub dan "shell", persamaan-persamaan asas, pekali pemindahan haba keseluruhan.

Proses Pemisahan: Ciri-ciri proses pemisahan, keseimbangan fasa, penyulingan binari.

Teks dan Rujukan

1. C.A. Heaton , An Introduction to Industrial Chemistry.

2. Olaf A. Hougan, Keneth Watson, Roland A. Rogart, Chemical Process Principles - Part 1: Material and Energy Balance.

3. Howard L. White , Introduction to Industrial Chemistry.

.....Return to Top


KIT 253/3 Termodinamik Kejuruteraan Kimia

(sKFT 131/3)

 

Konsep dan Takrifan: Sistem termodinamik. Proses dan kitaran. Ukuran panjang, jisim, isi padu, daya dan tenaga dalam pelbagai unit. Skala suhu.

Kerja, Tenaga dan Haba: Takrifan kerja dan haba. Kerja dan haba melalui sempadan. Unit kerja dan haba.

Sifat-sifat Zat Tulen: Zat tulen. Rajah fasa air. Data sifat-sifat termodinamik zat tulen. Jadual stim dan penggunaannya.

Hukum Pertama Termodinamik: Persamaan hukum pertama. Tenaga Dalam Entalpi. Haba tentu. Analisa hukum pertama bagi isipadu kontrol dan penggunannya.

Hukum Kedua Termodinamik dan Entropi: Pengenalan hukum kedua. Entropi. Proses berbalik dan tak berbalik. Analisis hukum kedua bagi isipadu kontrol. Proses isentropik. Keberkesanan sistem. Proses kitaran dan kitaran carnot.

Analisis Kitaran: Kitaran kuasa wap. Kitaran kuasa udara.

Campuran Gas: Campuran gas unggul. Gas dan wap. Humiditi.

Perhubungan Termodinamik: (Termodinamik kimia): Perhubungan Maxwell. Sifat-sifat perhubungan. Persamaan Clapeyron. Perhubungan entalpi, tenaga dalam dan entropi dan haba tentu. Perlakuan gas unggul. Fugasiti dan persamaan keadaan.

Proses Pembakaran Bahan Bakar: Pembakaran bahan bakar. Analisis hukum pertama dan kedua dalam pembakaran. Pembentukan entalpi.

Buku Teks dan Rujukan

1. R.E. Sonntag & G.J. Van Wylen, Introduction to Thermodynamics, Edisi Ketiga, John Wiley (1991).

2. J.R. Howell & R.O. Buckius, Fundamental of Engineering Thermodynamics; S.I Version, MacGraw Hill, (1991).

.....Return to Top


KIT 254/3 Polimer

(sKOT 121/3)

 

Takrifan Polimer: Unit struktur, unit ulangan, darjah pempolimeran, linear dan tak linear bercabang, jaringan, homopolimer, kopolimer dan terpolimer.

Pengkelasan Polimer: Pengkelasan menurut penggunaan, pengkelasan berdasarkan jenis tindak balas perpolimeran.

Tatanama: Penamaan menurut punca polimer dan struktur polimer.

Pempolimeran: Kondensasi; kereaktifan monomer dan makromolekul, kinetik, berat molekul polimer, kondensasi linear.

Penambahan rantai radikal, kinetik pempolimer radikal bebas, panjang rantai kinetik dan darjah pempolimeran, kinetik pemindahan rantai, kesandaran ke atas suhu.

Pempolimer stereospesifik radikal bebas, Pempolimeran ionik, dan Pempolimeran emulsi.

Berat Molekul: Jenis-jenis berat molekul molekul. Perkiraan dan penentuan.

Sifat Umum: Takat peralihan kaca dan suhu lebur. Larutan Polimer

Buku Teks dan Rujukan

1. Prinsip Kimia Polimer - P.J. Fory (terjemahan Prof. Madya Jamil Ismail).

2. Prinsip Kimia Polimer - Mat bin Zakaria.

.....Return to Top


KIT 255/2 Amali Operasi Unit

(cKIT 252/3)

 

Eksperimen di makmal yang berkaitan dengan teori dan amalan asas operasi unit: Aliran bendalir, reologi, pencampuran, konduksi dan penyinaran. Proses penyejatan, penyerapan, penyulingan, pelembapan, pengeringan dan penurasan.


KIT 256/3 Kimia Pemprosesan I - Takorganik

(sKTT 111/3)

 

Pengenalan Industri Kimia Malaysia: Memperkenalkan beberapa aspek dan ciri industri kimia. Jenis-jenis bahan mentah setempat yang terdapat yang digunakan dan hasil-hasil industri kimia.

Bahan Mentah Untuk Industri Kimia Takorganik: Punca bahan mentah yang digunakan oleh industri kimia takorganik. Ekonomi bahan mentah.

Air dan Perawatannya: Punca-punca air. Kualiti air, penulenan dan perawatan. Perawatan air sisa buangan dan persekitaran. Kegunaan air di industri.

Gas-gas industri: Komponen-komponen gas dalam udara. Pemisahan komponen melalui penceraian dan penyulingan. Kegunaan gas-gas industri.

Industri Berasaskan Nitrogen: Penghasilan dan kegunaan amonia, urea, asid nitrik dan terbitan nitrat. Baja nitrogen.

Sulfur dan Asid Sulfurik: Pengekstrakan unsur sulfur dan penghasilan asid sulfurik melalui proses sentuh. Kegunaan.

Asid Hidroklorik: Penghasilan dari kegunaan industri asid hidroklorik.

Fosfat dan Industri Berasaskan Fosforus: Pengeluaran dan kegunaan unsur fosforus dan asid fosforik. Fosfat takorganik. Baja fosfat.

Kloro-Alkali dan Industri Bersabit: Penghasilan klorin dan soda kaustik secara elektrolitik. Beberapa aspek rekabentuk sel elektrolitik. Hasil-hasil bersabit seperti soda hipoklorit dan soda bikarbonat.

Bahan-bahan Kimia "Fine" dan "Specialiti": Takrifan dan klasifikasi. Pigmen takorganik dan kepentingannya. Pengeluaran beberapa pigmen takorganik. Sebatian boron dan litium, garam-garam logam lain.

Industri Bahan Ledakan: Sifat-fizik dan kimia bahan ke dalam industri dan kegunaannya.

Buku Teks dan Rujukan

1. R.N. Shreve and J.A. Brinklid, Chemical Process Industries 4th Edn. McGraw-Hill, (1977).

2. R. Thompson Eds, The Modern Inorganic Chemicals Industry; Special Publication, No. 3, Chemical Society, (1977).

.....Return to Top


KIT 257/3 Kimia Bahan

 

Bahagian 1 (60%)

Struktur Atom: Ikatan di dalam bahan, sel unit struktur hablur, logam, arah dan satah kristalografi.

Struktur Bahan Tak Organik: Struktur atom MX, MxXy (x=1, y=2), MxNyXz, struktur silikat, struktur lempung, struktur nitrida dan karbida.

Struktur Polimer: Monopolimer dan kopolimer, linear, bercabang, rangka silang, isomer dan kehabluran polimer.

Penentuan Hablur Secara Sinar-X.

Kecacatan Hablur: Pelbagai jenis kecacatan, alatan pemeriksaan kecacatan, kecacatan di dalam seramik.

Pembauran: Model pembauran, mekanisme, faktor-faktor yang mempengaruhi pembauran.

Rajah Fasa Keseimbangan: Jenis rajah fasa, interpretasi rajah fasa, rajah fasa logam dan seramik, transformasi fasa.

Komposit: Jenis-jenis komposit, fasa matriks dan fasa tersebar, logam dan aloi.

Sifat-sifat Bahan: Sifat mekanik, terma elektrik, optik dan magnet secara ringkas.

Pemilihan bahan.

 

Bahagian II (40%)

Bahan Mentah Seramik: Lempung, pengkelasan, sifat-sifat serta penggunaan lempung. Fluks, alumina dan silikat, oksida dan bahan oksida.

Simen: Sejarah simen, perbezaan antara simen hidrolik dengan bahan pengikat yang lain, jenis-jenis simen dan kandungannya. Proses pembuatan simen kelasik dan simen moden dan perubahan fasanya. Penghidratan simen dalam pasta, mortar dan konkrit. Hubungan beberapa jenama simen dengan sifat fizik dan kimianya. Batu-bata dan jenis-jenis serta perbezaannya. Komposit, jenis dan keperluannya.

Kakisan dan Degradasi Bahan: Mekanisme pelarutan dan pempasifan logam; faktor yang mempengaruhi, jenis dan bentuk-bentuk kakisan. Kaedah Pengawalan; pemilihan bahan, ubahsuai persektiaran, pelapisan bahan pengawalan cara elektrik dan pemilihan rekabentuk. Analisis permukaan hasilan kakisan; SEM, TEM, EDX, Auger, ESCA dan X-ray. Aspek kakisan dalam industri pembinaan, elektronik dan petrokimia.

Buku Teks dan Rujukan:

1. W.D. Callister, Material Science and Engineering: An Introduction John Wiley (1994).

2. Ismail Ab. Rahman, Pengenalan Sains Seramik, USM (1995).

3. W.E. Worall, Bahan Seramik (terjemahan oleh Ismail Ab. Rahman), USM (1993).

4. H.F.W. Taylor, Cement Chemistry Academic Press, (1992).

.....Return to Top


KOT 222/3 - Kimia Organik II

(sKOT 121/3)

 

Kaedah spektroskopi untuk penentuan struktur. Pentafsiran spektrum-spektrum ultralembayung, inframerah, jisim, resonans magnet nukleus untuk menentukan struktur molekul organik.

Aldehid dan keton. Asid karboksilik dan terbitannya. Tindakbalas penukargantian nukleofilik asil. Sebatian amina dan fenol.

Buku Teks dan Rujukan

1. R.T. Morrison and R.N. Boyd, Organic Chemistry Prentice Hall (1992).

2. T.W. Solomons, Organic Chemistry, John Wiley (1996).

.....Return to Top


KOE 221/2 Kimia Hasilan Semulajadi

(sKOT 121/3)

 

Kimia dan sifat molekul biologi, Lemak dan steroid. Vitamin. Monosakarida, disakarida dan polisakarida. Asid amino dan protein. Asid Nukleik. Mekanisme tindak balas enzim.

 

Kimia biogenesis dan biosintesis bagi berbagai sebatian yang tergolong dalam golongan besar hasilan semulajadi-terpena, alkaloid, poliketida dan terbitan asid shikimik. Lain-lain sebatian yang akan disifatkan juga termasuk prostaglandin, feromon serangga, antibiotik dan tajuk semasa yang menarik. Kimia sebatian semulajadi dan analog sintetiknya yang berguna dalam bidang perubatan dan pertanian.

.....Return to Top


KTT 212/3 Kimia Takorganik II

(sKTT 111/3)

 

Pengenalan kimia koordination: teori-teori pengikatan yang berkaitan dan pengikatan logam-logam. Penyediaan dan pencirian sebatian-sebatian asas organologam akan diberi penekanan.

Antara teknik-teknik yang mungkin akan dibincangkan dalam pencirian sebatian-sebatian tersebut ialah FT-IR, FT-NMR, MS dan Sinar-X. Kegunaan sebatian-sebatian organologam.

Buku Rujukan

1. Cotton, F.A., Wilkinson, G., Kimia Takorganik Dasar, John Wiley & Sons, Inc. 1980, diterjemah oleh Chio Hwi Tek. atau buku asalnya: F. Albert Cotton and G. Wilkinson, "Basic Inorganic Chemistry", John Wiley New York, 1976.

2. Shriver, P.W. Atkins, C.H. Langford, "Coordination Chemistry", Oxford University Press, 1990, pages 192-226 and pages 434-494.

3. Huheey, J.E., "Kimia Takorganik", Penerbit USM, 1986 - diterjemah oleh Prof. Teo Soon Beng atau buku asalnya "Inorganic Chemistry-Principles of Structure and Reactivity", Third Edition, Harpers & Row, 1987.

4. Jolly, W.L., Modern Inorganic Chemistry, McGraw Hill International Series, 1984.

.....Return to Top


KTE 211/2 Teori Kumpulan dan Spektroskopi

(sKTT 111/3/KFT 131/3)

 

Teori kumpulan. Peralihan elektron dalam atom. Prinsip asas spektroskopi elektronik: putaran dan geteran-putaran. Penggunaan spektroskopi Infra merah, Raman, RMN dan ESR dalam bidang Kimia Takorganik.

Buku Teks dan Rujukan

1. (a) M. Orchin, H.H. Jaffe, Symmetry. Point Groups, and Character Tables; I, Symmetry operations and their importance for chemical problems, J. Chem. Educ., 47, 372 (1970);

(b) M. Orchin, H.H. Jaffe, Symmetry Point Groups, and Character Tables; II, Classification of molecules into point groups, J. Chem. Educ., 47, 246 (1970);

(c) M. Orchin, H.H. Jaffe, Symmetry. Point Groups, and Character Tables; III, Character tables and their significance", J. Chem. Educ., 47, 510 (1970);

(d) M. Zeldin, An Introduction to Molecular Symmetry and Symmetry Point Groups, J. Chem. Educ., 43, 17 (1966).

2. W.L. Jolly, Modern Inorganic Chemistry, McGraw Hill, International Edition, 1991 dan terjemahan oleh DBP. Bab 2 di bawah tajuk, Symmetry and the Elements of Group Theory.

3. B. Douglas, D.H. McDaniel, J.J. Alexander, Concepts and Models of Inorganic Chemistry, John Wiley and Sons, Inc., 3rd Edition, 1994. Bab 3.

4. D.F. Shriver, P.W. Atkins and C.H. Langford, Inorganic Chemistry, Oxford University Press, (1990).

.....Return to Top


KUT 203/2 Amali Kimia III - Takorganik

(sKUT 101/2)

 

Teknik-teknik asas bagi penyediaan dan pencirian sebatian-sebatian takorganik.

Buku Rujukan: Buku Amali KUT 203/2.


KUT 204/2 Amali Kimia IV - Fizik

(sKUT 102/3)

 

Kursus ini mengandungi dua belas eksperimen yang berikut:

1. Elektrokimia larutan.

2. Haba pembakaran melalui kalorimetri bom.

3. Penentuan luas permukaan serbuk melalui penjerapan fizik gas.

4. Penentuan tekanan wap dan entalpi pengwapan molar bagi 2- propanol.

5. Ikatan-hidrogen antara molekul fenol.

6. Penentuan permalar kadar tindak balas tertib kedua dengan menggunakan konduksian elektrik.

7. Penentuan haba dan entropi larutan kalium hidrogen tartrat.

8. Penentuan pemalar penceraian zat-penunjuk.

9. Penentuan serentak campuran klorida - iodida = nilaian Ksp untuk AgCl dan AgI.

10. Penentuan berat molekul polimer tinggi dengan suatu kaedah kelikatan.

11. Termodinamik sel elektrokimia.

12. Keseimbangan heterogeneous: sistem cecair tiga komponen dengan keterlarutcampuran tak sempurna.


KUT 205/2 Amali Kimia V - Analisis

(sKUT 101/2)

 

Eksperimen tentang kaedah pemisahan iaitu pengekstrakan pelarut, kromatografi pertukaran ion, kromatografi lapisan nipis, kromatografi gas, dan analisis gravimetri.


KUT 206/2 Amali Kimia VI - Organik

(sKUT 102/2)

 

Kaedah asasi kromatografi (lapisan nipis, kolum dan gas-cecair), persulingan berperingkat, pengekstrakan dan pengasingan, spektroskopi (NMR, IR, UV, MS) serta analisis kualitatif klasik diperkenalkan melalui satu turutan eksperimen wajib. Kemudian pelajar dikehendaki mempelajari beberapa kaedah dalam kimia organik fizikal (seperti penyiasatan tentang tenaga resonansi bagi sistem karbonil a, b tak tepu) dan kimia organik preparatif yang melibat beberapa tindak balas terkenal seperti tindak balas Diels-Alder, penyusunan semula pinakol-pinakolon dan penambahan konjugat Michael.

Buku Teks dan Rujukan

1. John A. Landgrebe, Theory and Practice in the Organic Laboratory, Cole Publishing Company (1993).

.....Return to Top



Level 300

 

KAT 340/2 Amali Analisis II

(sKAT 243/2)

 

Kaedah elektronalisis. Kaedah kinetik. Kromatografi cecair prestasi tinggi.


KAT 341/3 Kimia Pencemaran dan Alam Sekitar

(sKAT 242/3)

 

Pencemaran air: Edaran hidrologis; sebab dan kesan daripada pencemaran buatan manusia; kekurangan oksigen dalam sungai tercemar, pemonitoran kekuatan pencemaran; proses pengolahan.

Pencemaran udara: Asal usul bahan pencemar udara; kimia asas mengenai pembentukan bahan pencemar daripada pembakaran; kaedah analisis dan pemonitoran bahan pencemar atmosfera; kimia atmosfera; serakan atmosfera; kawalan bagi pencemaran ke atmosfera.

.....Return to Top


KAT 347/3 Kaedah Elektroanalisis

(sKAT 242/3)

 

Rumusan teori asas elektrokimia seperti persamaan Nemst, struktur sel elektrokimia dan pambauran linear. Prinsip dan aplikasi kaedah protensiometri termasuk elektrod pemilihan ion. Kaedah polarografi termasuk jenis klasik dan moden serta teknik pelucutan Kaedah voltametri termasuk voltametri sapuan linear dan voltametri siklik.


 

KAE 343/3 Kaedah dan Tajuk Khusus Kimia Analisis

(sKAT 242/KAT 244)

 

Topik yang akan dibincangkan adalah salah satu atau campuran daripada perkara berikut:

Kimia forensik; kawalan mutu; bioanalisis.


KAE 345/3 Tajuk-tajuk Semasa Kimia Analisis

(sKAT 242/KAT 244)

 

Membincangkan tren semasa dan pembaharuan dalam pelbagai aspek kimia analisis.

.....Return to Top


KAE 346/2 Amali Kimia Pencemaran dan Alam Sekitar

(cKAT 341/3)

 

Analisis pencemaran logam plumbum, analisis pencemaran hidrokarbon, analisis BOD, analisis COD, analisis fosfat, analisis nitrogen, penentuan klorin dalam air, kinetik pengoksidaan besi(II) dan analisis nitrat dalam air tanah, ujian balang untuk penggumpulan.

.....Return to Top


KFT 331/4 Kimia Fizik III

(sKFT 232/4)

 

Teori kuantum: kedualan zarah-gelombang, postulat-postulat prinsip ketidakpastian, persamaan Schroedinger, sistem zarah dalam kotak satu dimensi, pengayun harmonik, atom hidrogen, aproksimasi dalam kuantum mekanik.

Termodinamik statistik: taburan Boltzmana, ensemble, fungsi pratisi, pengiraan fungsi termodinamik.

Kinetik: teori keadaan peralihan, termodinamik, tindak balas, tindak balas dalam larutan, tindak balas spesi aktif, fotokimia, tindak balas pengayun.

Elektrokimia dinamik: lapisan dubel elektrik, kadar pemindahan cas, polarisasi, sel bahan api, kakisan.

Buku Rujukan

 

1. P.W. Atkins, Physical Chemistry, 5th Ed., Oxford University Press, (1994).

2. I.N. Levine, Physical Chemistry 4th Ed., McGraw-Hill International Ed., (1995).

3. G.W. Castellan, Kimia Fizik, Edisi Kedua. USM Press 1982, (diterjemahkan oleh Liew Kong Yong dan Lim Poh Eng).

.....Return to Top


KFE 331/3 Tajuk-Tajuk Kini Dalam Kimia Fizik

(sKFT 331/4)

 

Kimia fizik pepejal dan permukaan pepejal

Penjerapan dan pemangkinan heterogen

Bendalir superkritikal

Aplikasi elektrokimia

Proses pengolahan fizik-kimia air buangan.

.....Return to Top


KIT 350/3 Operasi Unit II

(cKIT 252/3)

 

Pemindahan haba mantap dan tak mantap. Perolakan Prinsip pemindahan jisim dan pembauran.

Pemisahan:

1. Pemisahan cecair-gas; penyerapan dan teori-teori serta penggunaannya.

2. Pemisahan wap-cecair, penyulingan, teori dan penggunaannya.

3. Pemisahan cecair-cecair dan cecair-pepejal; pengekstrakan cecair-cecair dan melarut lesap, teori serta contoh-contoh penggunaan dalam unit operasi.

4. Pemisahan membran.

5. Penghabluran, dan

6. Penjerapan.

Pengewapan: Kaedah pengewapan dan peralatan.

Pengeringan: Teknik-teknik pengeringan, pencampuran dan peralatan.

Buku Teks dan Rujukan

1. Christie J. Geankoplis, Transport Processes and Unit Operations, Edisi ke-3, Prentice Hall, 1993.

.....Return to Top


KIT 351/3 Kimia Pemprosesan II - Organik

(sKOT 121/3)

 

Sumber bekalan tenaga dan bahan mentah.

Hasil-hasil asas sintesis industri olefin, asetilena 1,3-diolefin, sitnesis yang melibatkan karbon monoksida.

Hasil pengoksidaan etilena, alkohol. Sebatian berhalogen vinil dan sebatian beroksigen vinil.

Komponen untuk poliamida.

Hasil pengubahan propena.

Aromatik-pengeluaran dan pengubahan.

Terbitan benzena.

Hasil pengoksidaan xilena dan naflalena.

Buku Teks dan Rujukan

1. K. Welsermel and W.J. Arpe, Industrial Organic Chemistry, Springer Verlag, (1993.)

2. H.A. Witticoff and B.G. Reuben, Industrial Organic Chemistry in Perspective (Vol. 1 & Vol. 2) (1980).

3. R. Chener, Survey of Industrial Chemistry, VCH, New York, (1992).

.....Return to Top


KIT 357/2 Amali Industri

 

Amali berkaitan dengan proses industri: Penyediaan dan kegunaan bahan pencelup tekstil, analisis kayu, pengekstrakan logam dan saduran elektrik, kimia kakisan logam, kimia makanan, seramik dan polimer.


KIT 359/2 Sains Permukaan

 

Tegangan Permukaan dan Daya-daya Permukaan. Penjerap berliang dan tak berliang. Jenis isotherms dan keliangannya. Jerapan fizik dan pencirian kelianganan dan tak keliangan penjerap. Jerapan. Termodinamik, hubungan, analisanya dan ramalannya dengan keseimbangan jerapan. Peranan keliangan dalam industri. Pembauran mikroliang dalam zeolit dan karbon tapisan molekul.

Analisis Permukaan: rupabentuk, komposisi kimia, taburan elemen, struktur hablur dan kecacatan permukaan. Prinsip asas dan peralatan kaedah analisis berikut. Mikroskop elektron (SEM, TEM, dan difraksi elektron). Analisis mikro sinar-X (EPMA, ESCA dan EDX), Spektrometri Anger (AES), Spektrometri jisim ion Sekunder (STMS), Elipsometri dan spektrometri Laser Raman.

Rujukan

1. J.J. Hren, J.L. Goldstein and D.C. Joy, Introduction to Analytical Electron Microscopy, Plenum Press, New York, (1979).

2. Corrosion Engineering, Volume 41-43, (1992-1994).

3. D.M. Rutiven, Principles of adsorption and adsorption processes, John Wiley & Sons New York (1984).

4. S.J. Gregg and K.S.W. , Sing, The Adsorption of Gases on Porous Solids, John Wiley & Sons Inc. New York, (1976).

.....Return to Top


KIE 355/4 Pewarna Industri

 

Konsep asas mengenai warna. Kaitan di antara struktur kimia pewarna dengan warnanya.

Pengkelasan pewarna (pencelup dan pigmen) berdasarkan struktur kimia, komposisi, sifat fizik dan penggunaannya.

Penyediaan dan penghasilan pewarna organik dan takorganik sama ada pewarna sintetik maupun semulajadi.

Penggunaan pewarna dalam industri penglitup, plastik, kosmetik, tekstil, seramik, makanan dan percetakan.

Ekologi dan toksikologi pewarna.

Keadaan terkoloid, kestabilan koloid, pengemulsian dan pengstabilan koloid, koloid struktur; sifat kinetik dan optik koloid; Pengemulsian Pigmen Reologi, emulsi, dan fasa. Antara muka cecair - pigmen dan penyebaran koloid.

Buku Teks dan Rujukan

1. H. Zollinger, Colour Chemistry, VCH Verlag. Weinheim (1987)

2. R.L.M. Allen, Colour Chemistry, Thomas Nelson & Son Ltd. London (1971).

3. D.H. Everett, Basic Principles of Colloid Science, Royal Society of Chemistry (1992).

4. E. Dickinson, An Introduction to Food Colloids, Oxford University Press (1992).

5. Pigment Handbook, Vol. I, II, & III, T.C. Palton (Ed). John Wiley & Son N.Y. (1973).

.....Return to Top


KIE 356/4 Kimia Makanan & Minyak Sawit

 

Karbohidrat: Pengkelasan, pengenalpastian, struktur, kegunaan dieteri, komponen dalam makanan. Tindak balas termasuklah hidrolisis, pendehidratan dan degredasi terma, dan penerangan fungsi dalam makanan.

Protein: Pengenalan, sifat fizik-kimia, sifat am, tindak balas kimia dan interaksi amino asid dan protein. Pendenaturan protein, sifat penfungsian protein.

Minyak dan lemak: Penjenisan, komposisi, sifat-sifat fizik dan kimia, kawalan mutu, kestabilan, pengoksidaan dan bahan antipengoksidaan, pemprosesan dan teknologi minyak makan.

Perisa: Analisis dan pengenalpastian bahan-bahan perisa: struktur kimia dan mutu organoleptik, penghasilan beberapa bahan perasa tipikal (vanilin, sakarin dll).

Aditif makanan: Perbincangan meliputi peranan asid, bes, garam, agen pengkelat, agen antimikrob dan jenis-jenis pemanis. Bahan penstabil fasa pengteksruran.

Struktur dan komposisi minyak kelapa sawit. Sifat kimia minyak kelapa sawit serta komponen bukan-lipidnya. Sifat fizik minyak kelapa sawit. Teknologi minyak kelapa sawit. Tren penyelidikan dalam kimia dan teknologi kelapa sawit. Eksperimen amali mengenai pengawalan mutu bagi minyak kelapa sawit (1 unit).

Buku Teks dan Rujukan

1. Food Chemistry, 2nd Edition, Edited by Owen R. Fennma Marcel Dekker, Inc. (1985).

2. L. W. Aurang & A. E. Woods, Food Chemistry, AVI (1973).

3. W. Heimann, Fundamentals of Food Chemistry, AVI (1980).

4. I.D. Gerard, Introductory Food Chemistry, AVI (1976).

5. F.A. Lee, Basic Food Chemistry, AVI (1975).

6. N.N. Potter, Food Science, 3rd Ed., (1978).

7. Proceedings of Workshop on Quality in The Pump Oil Industry, Organised by Palm Oil Research Institute of Malaysia, 2-3 Aug. (1983).

.....Return to Top


KIE 358/4 Tajuk-Tajuk Semasa Dalam Kimia Industri

 

Kursus ini akan membincangkan tajuk-tajuk isu-isu semasa yang berkaitan dalam industri kimia. Ianya akan meliputi bidang-bidang seperti berikut:

1. Pewarna dan tekstil industri.

2. Industri makanan.

3. Industri berasaskan polimer.

4. Industri berasaskan seramik.

5. Keselamatan, pengursan persekitaran dalam industri berkaitan.

6. Pemprosesan dan operasi unit.

7. Industri berasaskan logam.

Tajuk-tajuk di atas akan ditentukan setiap semester apabila kursus ini ditawarkan.

Buku Teks dan Rujukan

1. Ismail Ab. Rahman, Pengenalan Sains Seramik, USM (1995).

2. D.W. Richarson, Modern Ceramic Engineering, Properties, Processing and Uses in Design, Marcel Dekker Inc. N.Y. (1982).

3. Ismail Ab. Rahman, Seramik Silikon Nitrida USM (1993).

4. H.F.W. Taylor, Cement Chemistry, Academic Press (1992).

.....Return to Top


KOT 323/3 Kimia Organik III

(sKOT 222/3)

 

Penukargantian nukleofilik aromatik.

Pembentukan, sifat dan penggunaan karbanion dalam sintesis kimia organik. Sebatian karbonil alfa-beta tak tepu dan penambahan konjugat. Tindak balas penyusunan semula dan kumpulan berjiran. Tindak balas perisiklik. Sebatian heterosiklik. Sebatian aromatik polinuklear.

Buku Teks dan Rujukan

1. R.T. Morrison and R.N. Boyd, Organic Chemistry Prentice Hall (1992).

2. T.W. Solomons, Organic Chemistry, John Wiley (1996).

.....Return to Top


KOE 321/3 Spektroskopi Organik dan Kimia Organik Fizik

(sKOT 222/3)

 

Spektroskopi organik: Interpretasi dan penjelasan mengenai struktur organik melalui kaedah-kaedah spektroskopi UV dan ternampak, NMR proton dan C-13, IR dan spektrometri jisim. Beberapa kaedah terbaru dan ubahsuaian kaedah-kaedah diatas akan diperkenalkan.

Kajian mengenai struktur, kereaktifan dan mekanisme terhadap kekuatan asid dan bes. Kaedah kajian mekanisme tindakbalas organik. Perhubungan tenaga bebas linear (persamaan dan hubungan Hammett). Persamaan Taft.

Tindak balas pada karbon tepu, karbokation, atom-atom N dan O yang kurang elektron, sistem aromatik, C=C dan C=0, karbanion dan radikal bebas.

Sintesis organik termasuk kaedah dan perancangan sintesis. Pengenalan fotokimia. Seminar latihan.

.....Return to Top


KTT 313/3 Kimia Takorganik III

(sKTT 212/3)

 

Rantai, gelangan, sangkar dan gugusan sebatian-sebatian takorganik. Halogen dan gas adi: halogen dalam keadaan pengoksidaan positif, halida dan pseudo-halogen. Tambahan pada kimia koordinatan: struktur kompleks dan mekanisma tindak balas.

Buku Teks dan Rujukan

1. D.F. Shriver, P.W. Atkins and C.H. Langford, Inorganic Chemistry, Oxford Univ. Press, Second Edition, 1994.

2. B. Douglas, D.H. McDaniel, J.J. Alexander, Concepts and Models of Inorganic Chemistry, John Wiley and Sons, Inc., 3rd Edition, 1994. Bab 17.

3. Richard A. Henderson, The Mechanisms of Reactions At Transition Metal Sites, Oxford Univ. Pres, 1993.

4. J.E. Huheey, Harper & Row, Inorganic Chemistry, Publishers, NY, 3rd Edition, 1989 Bab 14 and 15.

5. D.M.P. Mingos and D.J. David, Introduction to Cluster Chemistry, Prentice-Hall International Edition, 1990 Bab 1,2.

.....Return to Top


KTE 311/3 Kimia Biotakorganik dan Bukan Logam

(sKTT 212/2)

 

Tajuk-tajuk berkaitan dengan kimia biotakorganik dan kimia bukan logam akan dibincang dan diberi penekanan. Beberapa tajuk-tajuk lanjutan yang mungkin juga dibincangkan adalah daripada bidang organologam, mekanisma tindak balas takorganik dan perkembangan kimia takorganik semasa.

Buku Teks dan Rujukan

1. J.D. Atwood, Inorganic and Organometallic Reaction Mechanisms, Brooks-cole (1985).

2. Purcell and Kotz, Inorganic Chemistry, Saunders (1977).

3. M. Bochmann, Organometallic I, Complexes with transition metal-carbon sigma-bonds, Oxford Science Publications (1994).

4. M. Bochmann, Organometallic 2, Complexes with transition metal-carbon pi-bonds, Oxford Science Publications (1994).

.....Return to Top


KUT 307/2 Amali Kimia VII - Takorganik dan Analisis

(sKUT 203/2 KUT205/2)

 

Teknik-teknik lanjutan bagi penyediaan dan pencirian sebatian-sebatian takorganik.

Kaedah ultralembayung-nampak melibatkan pentitratan fotometrik. Penentuan almunimium dengan 8-hidrosikuinolina melalui kaedah fluorimetrik. Spektrometri pemancaran nyala. Spektrofotometri penyerapan atom. Kaedah kinetik bagi penentuan selenium.


KUT 308/2 Amali Kimia VIII - Fizik dan Organik

(sKUT204/2/KUT 206/2)

 

Penulingan berperingkat, spektrum satu zarah dalam kotak, penjerapan, kinetik.

Kursus amali ini dirancangkan untuk menguatkan kefahaman pelajar tentang prinsip sintesis organik dan mekanisme tindakbalas organik. Ia termasuk experimen yang melibati penggunaan beberapa tindakbalas organik terpilih dalam penyediaan sebatian organik terpilih dalam penyediaan sebatian organik dan beberapa kaedah untuk kajian mekanisme tindakbalas organik.


KUT 309/6 Projek Kimia

 

Projek penyelidikan sepanjang sidang dalam sesuatu tajuk kimia.

 



.....Return to Top