Course
Registration Procedures
Course Codes
Every course offered in USM is given a code in the form XYZ klm/n where
- X represent each school of sciences as follows:
- B - School of Biological Sciences
- K - School of Chemical Sciences
- M - School of Mathematics
- Z - School of Physics
- Y and Z represent classification of courses in each school.
- k - digit that signify the course level
- l and m - digits according to the course series in that level
- n - number of units for the course.
A unit of a theory course is defined as 10-12 hours of lectures and
2-4 hours recitation or tutorial class per semester while a unit of laboratory
course is defined as 18 hours of practical classes and 3 hours of tutorial
or reading.
Details of the course registration procedure and classification of courses
are explaned below (in Bahasa Melayu)
.....go back to top
Kod Kursus
Setiap kursus diberi kod XYZ klm/n yang mana
- X - mewakili Pusat Pengajian seperti berikut:
- B - Pusat Pengajian Sains Kajihayat
- K - Pusat Pengajian Sains Kimia
- M - Pusat Pengajian Sains Matematik
- Z - Pusat Pengajian Sains Fizik
- Y dan Z - menunjukkan pengkelasan kursus dalam
Pusat Pengajian
- k - angka yang mewakili peringkat kursus
- l dan m - menunjukkan nombor siri untuk kursus
- n - bilangan unit.
TAKRIFAN UNIT
1 unit kursus teori ditakrifkan sebagai 10-12
jam kuliah dan 2-4 jam pengukuhan per semester manakala 1 unit kursus amali
ditakrifkan sebagai 18 jam amali dan 3 jam pengukuhan. Jam pengukuhan meliputi
tutorial, tugasan dan pembacaan sendiri.
PRASYARAT KURSUS
Pada lazimnya pelajar-pelajar diperlukan memenuhi
kesemua prasyarat bagi sesuatu kursus sebelum beliau dibenarkan mengikuti
kursus itu. Ada tiga jenis prasyarat yang dikuatkuasakan.
Kelulusan (P)
Jika kursus A merupakan kursus prasyarat kelulusan
(P) kepada kursus B, maka kursus A mesti diluluskan sebelum mengambil kursus
B.
Berturutan (S)
Jika kursus A merupakan kursus prasyarat berturutan
(S) kepada kursus B, maka kursus A mestilah diikuti dan diperiksakan sebelum
mendaftar kursus B.
Serentak (C)
Jika kursus A merupakan kursus prasyarat serentak
(C) dengan kursus (B), maka kursus A mestilah diikuti dan diperiksakan
sekurang-kurangnya serentak dengan kursus B.
SISTEM PENDAFTARAN KURSUS
1. Sistem Pendaftaran Kursus Dalam Talian Di Pusat-Pusat
Pengajian
Di bawah Sistem Pendaftaran Kursus Dalam Talian
di Pusat-Pusat Pengajian, semua pelajar penuhmasa diwajibkan mendaftar
kursus sekali sahaja untuk setiap Semester. Pendaftaran diadakan sebelum
permulaan Semester untuk memastikan bahawa pengajian bermula pada hari
pertama Semester berkenaan.
2. Aktiviti Pendaftaran Kursus
Pendaftaran untuk kursus-kursus Ko-Kurikulum dan
Bahasa dikendalikan secara pusat oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum
Semester bermula, dan semua pelajar yang mendaftar kursus tersebut akan
diberikan Slip Pendaftaran oleh pihak-pihak tertentu.
Slip ini mesti dikemukakan bersama dengan Borang
Pendaftaran Kursus (DAFTALIAN) yang telah diisi oleh pelajar kepada Penasihat
Akademik/Panel Penasihat masing-masing untuk penasihatan akademik dan tandatangan
sebelum pelajar mendaftar kursus dalam talian.
3. Jadualwaktu Pengajaran & Senarai Kursus
Jadualwaktu pengajaran dan senarai kursus akan
disediakan oleh Pusat Pengajian masing-masing dan dipaparkan untuk membantu
pelajar memilih dan mendaftar kursus. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar
kursus yang bertindih/bercanggah dari segi jadualwaktu pengajaran.
4. Klasifikasi Jenis Kursus
Pelajar-pelajar dibenarkan mendaftar untuk mana-mana
kursus sekiranya mereka memenuhi prasyarat-prasyarat bagi kursus itu. Kursus-kursus
yang didaftar untuk memenuhi keperluan struktur-struktur Rancangan Pengajian
dibahagikan mengikut jenis-jenis yang berikut:-
- A - Kursus Asas
- T - Kursus Teras
- P - Kursus Elektif
- N - Kursus Minor
- V - Kursus Universiti/Opsyen
- Y - Kursus Audit yang diambil semata-mata untuk
menambah pengetahuan dan prestasinya tidak diambilkira dalam pengiraan
markah keseluruhannya untuk keperluan pengijazahan.
5. Jumlah Unit Minimum/Maksimum Yang Boleh Didaftarkan
Jumlah unit minimum dan maksimum yang dibenarkan
untuk setiap pelajar mendaftar adalah seperti berikut:-
Rancangan Pengajian
(Jumlah Unit Untuk Berijazah) |
Minimum
|
Maksimum
|
Bilangan Unit Kredit yang
boleh dikumpulkan dan Didaftarkan Pada Penghujung Semester Ke-5
|
111 unit |
11 |
20 |
100 unit |
118 unit |
12 |
22 |
106 unit |
Perhatian: Pelajar yang mengambil Ko-Kurikulum
boleh dibenarkan mendaftar lebihan 1 unit daripada maksimum di atas pada
semester berkenaan. Pelajar-pelajar yang terpaksa mendaftar melebihi/kurang
dari jumlah unit maksimum/minimum, diwajibkan mendapat kelulusan
daripada Dekan/Timbalan Dekan, Pusat Pengajian masing-masing.
6. Penambahan/Pengguguran Kursus
Penambahan dan pengguguran kursus tidak dibenarkan
selepas selesai aktiviti Pendaftaran Kursus. Walau bagaimanapun, hanya
dengan sokongan pensyarah kursus dan mendapat kelulusan Dekan/Timbalan
Dekan atas alasan-alasan yang munasabah, pengguguran kursus dibenarkan
hingga minggu ke-9 (untuk Semester Tambahan hingga minggu ke-3). Selepas
minggu ke-9, pelajar tidak dibenarkan menggugur sebarang kursus.
Pendaftaran Kursus ini merupakan pendaftaran yang
rasmi dan muktamad. Oleh itu, sebarang kesilapan dari segi penulisan butir-butir
kursus seperti kod kursus dan kod jenis kursus adalah tanggungjawab pelajar
sendiri.
7. Pengemaskinian Rekod
Pelajar-pelajar yang mendapati kesilapan butir-butir
yang terkandung dalam Borang Pendaftaran, CANGRED atau Cetakan Komputer
mereka yang lain, boleh membuat pengemaskinian yang perlu dengan menggunakan
borang-borang yang berkenaan serta melalui prosidur yang tertentu, seperti
mendapatkan tandatangan Dekan/Timbalan Dekan jika dinyatakan.
Borang-borang yang berkenaan boleh didapati di
Pusat Pengajian masing-masing atau di Bahagian Pemprosesan Data dan Rekod,
Jabatan Pendaftar. Pelajar-pelajar juga boleh berjumpa dengan pegawai di
Bahagian Pemprosesan Data dan Rekod, Jabatan Pendaftar supaya butir-butir
yang silap itu dapat diselidik punca masalahnya dan dibetulkan semula.
.....go back to top
|